“ha,dah hari keempat ni. Apa jawapan kamu?”
Syahazyle senyap. Dia pun keliru. Tiga hari dia buat solat istiharah, tiga hari dia nampak uminya. Mana pergi ‘si dia’ ? selalunya kalau dia buat mesti dia nampak dia atau hatinya tergerak dan yakin ‘dialah’ jodohnya. Ya Allah,kenapa ni? hamba keliru sesangat.
“kenapa senyap? Jawapan kamu apa?”
“saya ikut je.” Entah macam mana ayat itu yang terkeluar.
Pn. Alisa senyum. “sebelum kamu balik Jepun tunang dulu. Lepas habis belajar baru nikah ya?”
Syahazyle Aliff Bin Baharum hanya senyap sahaja. Kenapa Nur Zaharatul Jannah tak keluar dalam mimpinya? Allah tenangkan hati hamba jika dia bukan jodoh hamba.
_______________________________________________
Dua minggu kemudian…
Diary !!!!!
Ya Allah sedihnya. Sedih sangat ! tenangkan hati hamba Ya Allah. Tenangkan hati hamba.
Air matanya mengalir sewaktu menulis diarynya. Hatinya bagai di
siat-siat. Sakit !
Tadi,aku buka facebook Hazel seperti biasa dengan itu sahajalah aku dapat mengetahui tentangnya. Sedihnya hati ini apabila statusnya kini telah bertunang. Ya Allah, maafkan hamba kerana menangis kerna ini. Maafkan hamba. Jika dia bukan jodohku KAU redhakanlah hati ini.
Lepas ini aku kena cuba lupakan dia. Dia bakal menjadi hak orang lain. Ya Allah tenangkan hati ini….
Nur menutup diarynya. Dia tahu hanya satu perkara sahaja yang boleh menenangkan hatinya. Solat. Dia bangun untuk menuju ke tandas mengambil wuduk.
________________________________
Akmalz : kau tunang dengan siapa?
Syahazyleliff : pilihan mak aku.
Akmalz : ha? Apa citer yg kau solat istiharah 2 tahun tu?
Syahazyleliff : tu aku keliru ni. aku buat tu 2 tahun. Ni aku buat
tiga hari jawapan dah berubah drastik.
Akmalz : kau terima?
Syahazyleliff : dah tunang dah pun.
Akmalz : kau dekat mana ni?
Syahazyleliff : aku dah balik Tokyo.
Akmalz : tak ada jodoh tu.
Syahazyleliff : betul. Kadang apa yang kita fikir baik itu tak
semestinya baikkan. Hm,aku yakin Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku. Aku redha.
Akmalz : InsyaAllah.
_______________________________________
“Nur tadi ada panggilan dari Malaysia waktu Nur solat tadi.”
“siapa?”
“Mira.”
“oh,terima kasih ya.”……..
whoaaaaa..
takkan hazel tunang ngan mira??
no no