Hanyut – 10

Selepas solat Subuh, Hakimi telah bersiap-siap untuk keluar. Baju semua telah di siapkan oleh Qalesya. Bertambah sayang dia pada wanita bergelar isteri itu. Tapi untuk mengaku di ‘public’ yang dia telah bernikah. Dia tetap rahsiakan. Hancur karier nanti. Dah tak hot.
Kadang-kadang hatinya meronta ingin memberitahu umum yang hatinya telah di miliki tapi di tahan rasa itu.

“Hakimi,hari ni I ada makan-makan. You partner I eh?” Qalesya membetulkan tali leher Hakimi.

“I sibuk.” Dia merenung isterinya yang telang muncung. “hm,nanti I suruh abang Hakim teman you lah.”

Nak tercabut telinga dengar Hakimi kata macam tu. “er.tak apa lah. Tak ada partner pun tak pe. I tak nak susahkan abang Hakim.” Dia sudah pun ke pintu bilik untuk keluar.

“la,kesian dekat you..” Hakimi memeluk isterinya. “..jom,sarapan.” Mereka berjalan beriringan turun.

Di meja makan hanya ada Hakim yang tengah membaca surat khabar NST. Hakimi mengambil tempat di sebelah Hakim manakala Qalesya di sebelah Hakimi.

“Abang busy tak?”

Hakim menurunkan surat khabar. “tak sangat kot. Kenapa?”

Untungnya Hakimi makanan di hidangkan oleh isteri. “hm,teman Qalesya pergi makan-makan.” Tersedak Qalesya. Hakim hanya memerhati. “ok tak sayang?” Hakimi mengurut belakang isterinya. Dia hanya mengangguk ‘ok’.

“bila?” sengaja Hakim memancing. Nak dengar suara Qalesya!

“bila you punya makan-makan?” Hakimi yang tengah memakan nasi goreng itu bertanya.

“lunch.”

“boleh ke bang? Tak ganggu?”

“ok je.”

“ha. Qal,nanti abang Hakim jemput you dekat UIA tau.” Minuman di teguk. Jam di lihat. “ ok,Qal,I dah lambat ni. bye..” sempat dia bersalam dengan isterinya dan menghadiahkan kucupan di dahi licin Qalesya.

Kecut perut Qalesya berduaan di dapur bersama Khairul Hakim. “ Pak Abu tak ada. Saya hantar awak ke UIA. Saya tunggu dekat ruang tamu.” Selesai berpesan Hakim terus berlalu.

________________________

“nombor telefon Qalesya ?” Hakim duduk di seat memandu dan dia di seblah kiri. Itu Hakim bukan Pak Abu yang boleh dia duduk macam tuan besar dekat belakang.

“hm.0123456789.”

Hakim menyimpan kembali telefonnya. “sama nombor dengan Hakimi beza satu digit di belakang je.” Qalesya pun tak perasan nombornya sama dengan Hakimi. Susah nak ingat nombor orang ni.

“hmm” jawapan Qalesya.

“sweet couple.” Macam saja je nak menyindir orang si Hakim ni.

“berhenti dekat sini je.”

Hakim terkejut. “ tak apa,saya hantar awak dekat lobi. Ada nak berhenti dekat pak cik guard ni. jauh tau jalan kaki.” Celoteh Hakim.
Qalesya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Perlahan Hakim memberhentikan keretanya di hadapan lobi.

“thanks.” Qalesya terus turun dari kereta. Hakim meneruskan perjalanan. Senyum terukir di bibir.

_________________________________________

Tengah hari itu, Hakim menemani Qalesya untuk lunch di hotel yang telah di sediakan oleh Jabatan di tempat kerja Qalesya. Kekok rasanya. Sementara menunggu Hakim yang sedari tadi beriya-iya mahu mengambil makanan Qalesya terlihat satu kertas ‘Konsert Besar-Besaran Izz’ .

“nah…” Hakim menghulurkan pinggang yang telah tersedia lauk-pauk. “..tengok apa tu?” kertas di tangan Qalesha di lihat.

“oh..Kimi mesti nanti jempu awak. Jangan risau.”

Qalesya hanya senyap. “thanks,ambilkan makanan.” hanya itu terkeluar.

“is ok.”

“Khai..” Hakim yang tengah makan itu memandang sayu Qalesya. “teman saya beli tiket ni.”

Luas mata Hakim terbuka. “dia husband awak lah. Mesti dia bawanya.”

“nak teman ke tak?”

Hakim terus mengangguk lemah. Malas dia hendak berdebat dengan Qalesya. Jika Hakimi main-mainkan Qalesya,tak teragak-agak dia akan merebut Qalesya kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s