Hanyut – 11

Qalesya menemani suaminya makan malam. Dia dah makan dah dengan ayah,ibu dan Hakim selepas maghrib tadi. “Kimi,esok pergi shopping nak?” mug di tangan di main.

Hakimi meletakkan sudu di pinggan. “er..sorry Qal..busy..you nak beli apa?” dia memandang isterinya.

“kita tak pernah keluar jalan-jalan..” nada merajuk.

Hakim masuk di dapur. “Abang.” Hakim menoleh pada Hakimi.
“esok tolong temankan Qalesya pergi shopping.” Sekali lagi Qalesya rasa macam nak ketuk si Hakimi ni.

Hakim memandang Qalesya yang dari tadi tunduk. “abang onn je. Nak pergi mana?” air dalam peti ais di keluarkan.

“Qal,you nak shopping dekat mana?” Qalesya hanya senyap. Sakit hati! “..KLCC boleh bang? Hari tu Qalesya nak sangat pergi sana.” Sambung Hakimi lagi.

“ok je.” Hakim pergi ke sinki.

Qalesya bangun. “I naik dulu. Penat.” Hakimi hanya mengangguk. Hakim hanya memerhati dari hujung mata.

Setelah Qalesya hilang. Hakim duduk berhadapan dengan adiknya. “Kimi,kenapa tak nak keluar dengan isteri kamu tu?” adiknya di pandang.

“bahayalah bang.”

“bahaya apanya? Dia tu isteri kamu.”

“orang tak nak nanti di serbu dengan peminat. Macam dulu tu,nyaris nyawa orang nak melayang bila ramai sangat yang menyerbu. Tak nak lah.”

“kalau macam tu. At least bagi tahu media yang Kimi dah kahwin. Kesian Qalesya tau. Dah macam kekasih gelap je.” Nasihat abang kepada adik.

“belum sampai waktunya bang..”

“kamu jangan menyesal nanti.”

Hakimi hanya senyap. Hakim telah keluar dari cabin dapur itu.

_____________________________________

“nak pergi mana lagi ni?” Hakim berjalam beriringan dengan Qalesya dalam Suria KLCC itu.

“kita baliklah.”

“ok.” Hakim tahu Qalesya tak selesa. “er..tapi kita pergi makan dulu. Saya lapar lah.” Qalesya hanya mengangguk.

Qalesya duduk di meja makan dalam premis KFC itu. Telefon di belek-belek. Mana tahu Hakimi ada bagi sms ke? Ada call ke? Tapi semuanya hampa. Kosong.

Hakim datang dengan sedulang makanan “er..tepikan beg tu.” Qalesya mengalihkan beg itu. “saya order fresh orange. Ok ya.?” Hakim telah pun duduk bertentangan dengan Qalesya.

“ok je. Thanks.”

“tiket konsert tu. Saya dah beli dah.” Hakim cuba memecah kesyunyian.

“oh.” Qalesya hanya mengangguk. “harga? Nanti saya bayar balik.”

Hakim senyum. “tak pe. Saya belanja.”

“maaf menyusahkan awak.” Perlahan Qalesya berkata.

“eh,tak lah.” Cubitan ayam itu di suap ke mulut. “..kalau saya nak balasan boleh?”

Qalesya terkedu. Jangan minta bukan-bukan dah lah. “apa?”

“teman saya beli baju. Esok ada meeting dengan client. First time tau saya jumpa client.” Qalesya senyum dan mengangguk.

________________________________________

Baju di butik itu di belek-belek. “Qalesya,mana ok. Ini atau ini?” kedua-dua tangan menunjuk baju itu pada Qalesya.

Tangan memegang dagu. “warna biru ni cantik. Merah ni nampak garang sangat.”

“Miss..” baju di hulur. “saya ambil ni ya.” mereka menuju ke kaunter pembayaran. “Lesya,tak nak apa-apa?” Qalesya hanya menggeleng.

“Encik,baju ini ada offer untuk satu baju.” Si tukang kedai mulakan bicara.

“oh,baju apa?”

“baju untuk perempuan. Memang untuk couple. Dua-dua warna biru.”

“oh. Ok. Saya nak tengok.” Arahan dari Hakim. Tak sampai beberapa minit perempuan yang sebaya dengan Qalesya itu datang ke kaunter dengan sepasang baju perempuan berwarna biru.

“Lesya,awak test baju ni.”

“er..tak apalah.” Dalam hati. Cantiknya baju ni.
“cepatlah. Offer ni.” dengan lemah Qalesya mengambil baju dari perempuan tadi.

Hakim setia menunggu di luar. “ha,macam mana ok?” Qalesya mengangguk. Hakim mengambil baju itu dan di bayar di kaunter bersama bajunya tadi.

“thanks.” Qalesya berkata pada Hakim setelah mereka masuk ke dalam kereta.

Hakim hanya tersenyum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s