Hanyut – 13

Banyak kali Hakim menelefon adiknya tapi tak di angkat. Doktor keluar dari bilik rawatan Qalesya tadi. Hakim terus menerpa.

“How?” cemas.

Senyum. “tahniah! Your wife pregnant.” Hakim terkedu. Wife? Dia senyum kelat. Doktor perempuan itu telah pun beredar. Hakim menghampiri Qalesya yang baru keluar dari bilik rawatan itu.

“tahniah.” Perlahan Hakim mengucapkan. Sebak.

Qalesya hanya tersenyum kelat. Mana Hakimi? Kenapa mesti Hakim orang first yang tahu? Kenapa bukan Hakimi?

“Khai…” panggil Qalesya. “..teman saya pergi beli buah mangga nanti.” Entah,Qalesya tak tahu kenapa itu yang terkeluar. Terlalu mengidam kot.

Hakim tersenyum. “ok.” . Mereka menuju ke kereta. Ibu dan ayah tak dapat nak ikut tadi. Lagipun Hakim tak sedar yang dia dah tinggalkan ibu dan ayah. Terlalu cemas nak bawa si Qalesya ni ke hospital hingga lupa. Terkejut juga Yb.Hassan dengan Pn.Izzati melihat kelakuan Hakim. Macam Qalesya itu isteri dia je.

_______________________________________

“Abang awak tak rasa ke si Hakim tu suka Qalesya.” Pn.Izzati duduk di sofa bersebelahan Yb.Hassan yang leka membaca buku.

Suaminya menutup buku. “kan si Hakim tu dah ada teman wanita.” Surat khabar pula di capai.

“abang tak perasan ke? Pergi kerja si Hakim hantar..dulu mungkin Pak Abu cuti. Ni Pak Abu dah tak cuti dia still juga offer diri hantar si Qalesya tu..pergi KLCC sama-samalah… beli baju samalah..” Pn.Izzati mencuit lengan suaminya. “dengar tak ni bang..”

“ya..saya dengar ni..biarlah. abang ipar dengan adik ipar je tu.. tak akan si Hakim tu nak rampas Qalesya dari Kimi kot..” ingat ni cerita novella melayu ke.

“tadi..kemain cemas dia bawa si Qalesya sampai tinggalkan kita..” rajuk si ibu.

“awak ni..jangan fikir bukan-bukan lah..” mereka senyap apabila Hakim dan Qalesya memberi salam masuk ke rumah. Pn.Izzati terus mendapatkan Qalesya.

“Lesya ok? Doktor kata apa?”

“ibu nanti dapat cucu lagi..” sampuk Hakim yang menjinjing buah mangga.

“ye ke,Alhamdulillah.” teruja Pn.Izzati. Qalesya hanya senyum.

“Lesya..saya letak mangga ni dekat dapur ya… ni ubat jangan lupa makan..” Pn.Izzati hanya memerhatikan sahaja Hakim. Kalau dulu si Hakim ini terima permintaan dia untuk menikahi Qalesya pasti mereka akan bahagia. Nak buat macam mana si Hakim dah ada teman wanita. Si Hakimi tu tak reti nak jaga isteri !

“ibu..ayah..Lesya naik dulu..” Qalesya memanjat tangga. Tanpa di sedari Hakim yang telah hilang di dapur itu cepat-cepat melangkah agar sempat menaiki tangga bersama Qalesya.

“Lesya..” Hakim di belakang. Qalesya memberhentikan langkahnya. “kalau nak apa-apa,call je lah saya..”

“thanks.” Qalesya meneruskan lagi langkah. Sampai di depan pintu biliknya. Hakim menghampiri. Berdebar-debar juga hati Qalesya.

“..I still.love.you…” lembut Hakim berbicara sepatah-sepatah. Qalesya tunduk dan terus masuk ke biliknya. Dia menutup pintu. Air mata mengalir. Aku rindu dia !

Sudah 3 tahun dia berkenalan dengan Khairul Hakim. Seorang lelaki yang sangat penyayang. Dulu Qalesya suka bersama dengannya sebab lelaki itu selalu membuatkannya ketawa. Pernah juga dia terbayang andai dia jadi isteri Khai suatu hari nanti pasti dia perempuan paling bertuah dalam dunia.

Manusia hanya merancang dan Allah juga yang menetukan. Dia menerima Hakimi dalam hidupnya. Memang tak di nafikan dia sangat menyayangi Hakimi sejak kecil lagi. Setelah berkahwin rasa sayang itu bertukar ke rasa cinta. Hakimi seorang lelaki yang romantik dan bertanggungjawab tapi cara hidupnya telah banyak mengguris hati Qalesya yang selalu di tinggalkan.

___________________________________________

“Abang…abang..abang..” gelabah Pn.Izzati menghampiri suaminya yang sedang khusyuk menonton televisyen. Kelam kabut turun dari tangga. Niat nak pergi bilik Qalesya. Lain pula yang jadi.

“kenapa awak ni?”

“bang…saya dengar Hakim cakap I love you dekat Lesya..”

Yb.Hassan menelan air liur. “eer,salah dengar tu..” mustahil.

“bang..saya tak ada masalah pendengaran tau ”

“dia cakap macam mana?”

“I still love you.” Pn.Izzati cuba untuk mengingati kata-kata anak keduanya itu.

“memanglah awak masih cintakan saya.” Seloroh Yb.Hassan.

“bang..saya serious ni..”ish laki aku ni lah kan.

“jap..awak kata ‘still’ maksudnya..” kedua-dua berfikir. “..dorang pernah bercinta ke before ni?”

Pn.Izzati merenung suaminya penuh makna. “kita kena slow talk dengan Hakim, bang… Qalesya tu isteri adik kandungnya sendiri..saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku dalam keluarga kita ni..”

Suaminya mengeluh. “yang si Kimi tu satu hal.. isteri tak reti nak jaga..”

“macam mana ni bang?”

“hm,kita tunggu masa yang sesuai.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s