Hanyut – 14

Hakimi baru selesai mesyuarat mengenai konsert besar-besarannya. Telefon dari seluar di belek. 21 missed called dari abangnya. 3 missed called dari Qalesya. 1 missed called dari rumah. Dia mendail nombor abangnya. Tut..tut..tut.. salam berbalas.

“bang,kenapa call Kimi?” dia menuju ke tempat letak kereta.
“ha?yeka???” cuak dia mendengar kata-kata dari abangnya. “sekarang macam mana?” alarm kereta di tekan. “huh. Terima kasih lah bang..” Hakimi menghidupkan enjin kereta. “hmm…Kimi nak balik dah ni.” talian di matikan.

Hakimi merenung sekeliling. Inilah sebabnya dia tak nak kahwin lagi. Dia tak reti nak bahagi masa untuk meluangkan masa dengan isterinya. Dia mengeluh berat. Perlahan-lahan dia meninggalkan tempat letak kereta itu.

Hakimi tercegat di luar pintu. Lupa lagi nak bawa kunci. Nak kejutkan si Qalesya tu dia tak sihat. Nak tak nak,dia mendail nombor abangnya.
“Kimi lupa bawa kunci.”

Lama Izzhar Hakimi menunggu abangnya membuka pintu. Sedang leka dia membelek telefon bimbitnya sambil bersandar di kereta. Pintu utama di buka.

“Hakimi.” Sapa abangnya.
Hakimi senyum. “sorry ek ganggu abang.” Mereka menuju ke ruang tamu.

“hmm.hari-hari kamu balik lambat.” Hakim duduk menghadap Hakimi di sofa ruang tamu.

“kerja lah bang..” tali leher di longgarkan.

“orang lain pun kerja juga.”

“hmm.bang thanks buka pintu. Kimi penat nak naik atas dulu.” Hakimi meninggalkan Hakim di ruang tamu. Tak nak dengar ceramah.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Hakimi terdengar orang muntah-muntah di bilik air dalam kamarnya. Cepat-cepat dia menuju ke bilik air. Terlihat Qalesya lemah.

Cepat dia mengurut belakang isterinya. “Qal,are you okay?”
Qalesya membasuh mukanya di sinki. Cepat Hakimi memapah isterinya itu ke katil. Lemah longlai.

“you kata nak balik awal?” nada macam nak nangis.

“sorry.. I ada keja tadi..”

Qalesya mengambil tangan kanan Hakimi dan di letakkan di perutnya.
“I’m pregnant”

Teruja Hakimi. “serious?” Qalesya hanya mengangguk dan tersenyum. Tadi abang kata Qalesya sakit je. Tak beritahu pula yang dia….. hm,mungkin Qalesya nak beritahu dia orang first kot. Hakimi bangga tanpa tahu cerita sebenar.

“thanks sayang..” erat Hakimi memeluk Qalesya. Tak sangka begitu cepat dia bakal di gelar seorang ayah. Dalam dakapan Hakimi, Qalesya berharap suaminya itu akan berubah. Tanpa di sedari air matanya mengalir. Murah sungguh air matanya hari ini.

“Qal…kenapa you nangis..?hmm” Hakimi mengesat air mata isterinya.

“terharu.” Sekali lagi Hakimi membawa isterinya dalam pelukkannya.

__________________________________________

Hakimi membaca sms yang baru di terima daripada Qalesya. Dia mengeluh perlahan.

‘Hakimi,I teringin nak makan mempelam. ’ – Qalesya

“hui,lama kau tenung telefon tu. Muka nampak macam ada masalah je.?” Tegur Ammar yang baru masuk dalam pejabat Hakimi.

“nak cari mempelam dekat mana?”

Dahi Ammar berkerut. “sapa yang mengidam ni? ” setahunya sahabatnya ini belum bernikah.

“dekat mana ada jual?” Hakimi tidak menghiraukan soalan Ammar.

“dekat pasar.”

Hakimi melihat jam di tangan. Otaknya ligat memikir sesuatu.

“Izz,aku keluar dulu. Ada hal. Jangan lupa temu bual dengan wartawan” Hakimi hanya mengangguk dengan pernyataan Ammar itu.
Mana nak cari mempelam ni. Akhirnya idea terkeluar. Hakimi tersenyum. Nombor sesorang di dail.

“Abang..i need your favour..” Hakimi memusingkan kerusinya. “..tolong belikan mempelam untuk Qalesya..” senyum makin bertambah lebar apabila abang tersayang berkata ‘ok’ . “thanks abang. Assalammualaikum.” Talian di matikan. Untung ada abang yang penyayang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s