Hanyut – 15

Mata ini,indah melihatmu
Rasa ini, rasakan cintamu
Jiwa ini, getarkan jiwamu
Jantung ini, detakkan jantungmu.

Hakim melihat Qalesya yang sibuk mengemas dapur setelah minum petang tadi. Adik iparnya itu mendapat cuti seminggu akibat pembawakan kandungan yang teruk. Qalesya tidak sedar Hakim lama memerhatikannya.

Dan biarkan ku padamu,
Tak kan menyesat hidup di dalam hidupku,
Rasa ini tulus padamu,
Tak kan ku biarkan ,
Sampai aku mati..

“Qalesya..” panggil Hakim lembut.
Kepala di tolehkan pada arah suara. “eer..kenapa?” bila Khai ada dekat ini.?

“ni mempelam yang awak pesan dekat Hakimi.” Qalesya tersentap. Sampai hati suaminya menyuruh orang lain yang membelikan makanan yang dia idamkan. Perlahan-lahan dia mengambil plastik itu.

“terima kasih.”

“Qalesya.” Hakim merenung mata Qalesya. Dia rindu gadis itu. “saya masih sayangkan awak ” nak terjatuh plastik yang di pegang Qalesya.

“Please Khai…saya isteri orang..” dia membelakangkan Khairul Hakim. Sebak. Air matanya terus mengalir. Tidak sanggup untuk Qalesya berdua dengan Hakim di dalam cabin dapur itu lagi. Terus dia ke biliknya.

Hakim hanya menghantar dengan pandangan mata. Dadanya di pegang. Sakit!

Biarkan aku jatuh cinta
Personaku pada pandangan saat kita jumpa.
Biarkan aku kan mencuba,
Tak peduli kau berkata tuk mahu atau tidak.

• ST-12 biarkan aku jatuh cinta.

______________________________________

“Apa? Seminggu? ” sahabat di hadapannya di tenung dalam.

“laa.seminggu je dekat Singapore..macam tak biasa lak kau ni..”

Izz resah gelisah. Dah lah Qalesya tengah sakit tak akan dia dengan-suka-ria pergi Singapore just nak bercuti dengan peminat terpilih.
“kalau the answer is no?”

“laa Izz..tak mau lah macam tu.. dah lama tau dorang organize benda ni..”

Kusut! Lama dia berfikir. Ammar setia menunggu jawapan sahabat ataupun majikannya itu. “hmm.ok lah.” Tergamaknya Hakimi nak tinggalkan Qalesya. Nak buat macam mana kerja.

“ha.macam tu lah artis yang sporting.. tak sombong..”

“hmm.yang konsert aku tu apa cerita?”

“Oh tu..lepas kau balik Singapore 2 weeks lepas tu la..kenapa?”

“tak da apa-apa. Just asking.” Tak sabar nak tunggu konsert besar-besaran tu habis. Nanti dapat luangkan masa dengan Qalesya tersayang ! lepas konsert tu dia dah free !

“er..kot ye pun..kenapa senyum sorang-sorang?” Hakimi tidak menghiraukan persoalan Ammar itu.

_________________________________________________

Qalesya rasa macam nak nangis puas-puas. Sebak ! hatinya sakit ! dia hanya memerhatikan suaminya yang sibuk berkemas. Lebih pentingkan orang luar dari isteri yang tengah sakit! Air mata di tahan malas dia nak tunjukkan pada Hakimi yang tak ada perasaan itu.

Hakimi sedar Qalesya yang duduk atas katil tu merenungnya. “Qal… I pergi seminggu je lah..” isterinya msih lagi senyap. Dah lah apa yang di idam di suruh orang lain beli. Bertambah marah ni!

“Eh,you dapat tak mempelam?” Hakimi cuba tukar topik.

Senyap.

“you mengidam apa lagi cakap lah..? ”saja nak pujuk isteri terchenta.

Diam.

“nak apa-apa dari Singapore tak?”

Qalesya terus baring di katil. Comforter di tarik hingga menutupi muka. Nangis. Hakimi hanya angkat bahu. Baju masih di kemas masuk dalam bagasi. Tak ada perasaan betul Hakimi ni. Bukan nak pujuk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s