Hanyut – 18

“Kimi,makanlah nak…dah 4 hari kamu tak makan..”pujuk ibu.
Air mata lelakinya akhir-akhir ini mudah sangat meleleh. Kalau peminat tahu buat malu je. “Ibu…Kimi nak Qalesya…”

Hakim yang berada di luar pintu itu tak sanggup melihat adiknya menderita tapi nak buat macam mana buah hatinya juga terluka.

Ammar naik buntu dengan sikap Hakimi. Konsertnya nak dekat dah. Kalau dah macam mayat hidup ni nak buat konsert apa. Lagu-lagu Izzhar Hakimi ni semua rock-rock mana ada lagu balada. Sahabatnya ini sudah tahu yang si Hakimi ni dah kahwin. Itu pun Hakimi masih pesan. ‘rahsiakan ya.’ tak serik-serik!

“Izz,kau kena ada tenaga weh..kalau kau tak buat konsert ni..nanti kau kena saman..”

Pn.Izzati kecut. “ha,dengar tu Kimi..kalau ada tenaga bolehlah kamu cari Qalesya juga..”

Hakimi hanya menggeleng. Abangnya yang sedari tadi di luar bilik masuk. “Abang..please…Kimi nak Lesya…” rayu Hakimi sebaik sahaja melihat Hakim masuk.

“makanlah. Nanti abang cari Qalesya. Buat konsert tu. Syarikat ayah bukan cop duit nak bayar saman kamu nanti.” Terus Hakim keluar dari bilik.

Pn.Izzati memandang Hakimi. “..nah..makan ni..” lemah Hakimi mengambil makanan dari ibunya itu. Abang garang !

________________________________________________

Hakim mengeluarkan telefon. Enjin kereta di hidupkan. Nombor seseorang didail. “waalaikumsalam..” tangan di ketuk perlahan di stereng. “..postpone your flight…hmm.. please..”
fail kerja di tempat duduk sebelah di ambil. “..lusa saya jemput awak..” jadual akaun dalam fail itu di teliti.

“..saya dah beli tiket tu,tak akan nak burn macam tu je..” fail kembali di tutup. “..hm,for last Qalesya..please..” masih merayu manusia di talian. “..ok,thanks.. assalammualaikum.” Senyum kelat terukir di bibir.

Let’s make people happy.!

Hakim melepaskan ‘hand-break’ di tangan. Dia ada agendanya tersendiri. Keretanya meluncur laju. Cekap tangan dan kakinya berfungsi untuk membawa kereta ke destinasi terpenting.

Senyum terukir apabila sampai di hadapan rumah teres Ammar. Semalam sewaktu Ammar datang melawat Hakimi dia dah nyatakan hasrat untuk ke rumah Ammar. Hakim memperlahankan keretanya. Enjin di matikan. Pintu kereta di buka. Ammar telah pun berada di luar rumah.

“Assalammualaikum.”

Ammar membuka pintu. “waalaikumsalam..masuklah.” mereka berdua masuk ke rumah. “penting sangat ke datang?sampai tak boleh bincang dekat rumah kau semalam.?”

“huii.penting ni.”

“apa dia.?”

Hakim menghulurkan sesuatu pada Ammar. “aku nak last konsert dia bawa lagu ni.”

Jatuh rahang Ammar. Gila apa dia ni. “oi.aku tak rasa yang dia boleh bawa lagu ni.” sekali lagi kertas itu di tatap. Hakim ni nak jatuhkan karier adik dia ke?

“please.tolong aku.” Merayu.

“Hakim,susah sikit ni..dia biasa nyanyi lagu rock..lagu ni…slow lah weh..”

“lagi satu jangan cakap aku yang suruh dia nyanyi lagu ni.”
Macam tu pula. “eh,kau dengan dia kenapa ni?rahsia-rahsia lak..”

“Ammar,aku gerenti..konsert kali ni gempak..”

“yakin je kau ni.. haish..susah ni weh..”

“Ammar.”

“hmm..yela-yela..”

_________________________________________________________

Izzhar Hakimi sudah pulih dari sakit merindui-isteri-tercinta. Dia kembali kerja. Tak tahu nak cari Qalesya dekat mana. Bila call kak Maisarah,wanita itu kata isterinya itu tak pernah datang selepas mereka bernikah. Yang penting abang dah janji nak cari Qalesya.
Izzhar Hakimi membelek satu-satu jadualnya untuk konsert itu. Ammar datang menghampiri.

“nah…lagu..”

Izz mengambil kertas dan CD itu. Terbeliak matanya. “weh..aku mana boleh bawa lagu slow weh..”

“ni untuk last show..practise la..ada masa lagi ni..aku keluar dulu..”
Izzhar Hakimi melihat lirik lagu itu. puas dia nak memproses lirik lagu itu dalam kepala..eh,perli aku apa ni bagi lagu macam ni. Laptop di onn. Lirik lagu itu di tatap lagi.

Qalesya.I.miss.you.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s