Hanyut – 19

“Izz,feeling sikit..” pesan Ammar pada Izzhar Hakimi yang akan membuat persembahan terakhir setelah penyanyi jemputan Anuar Zain membuat persembahan.

“hmm.” Memang aku feeling habis ni. Nak nangis pun ada ni. Sebak.

Ammar menepuk-nepuk bahu Izz. “all the best..”

Sehari sebelum konsert Ammar dah paparkan dekat media yang Izz akan menyanyikan lagu ‘slow’ untuk seseorang. Jika hendak mengetahui siapakah orang yang di maksudkan Izz tunggu sehingga konsert tamat.

Naik sahaja Izz di atas pentas,flash kamera bersilau-silau, sorakkan dari peminat kuat. Nak pecah rasanya dewan terbuka itu. Walaupun sebelum ini Izz ada membuat persembahan tapi hatinya rasa lain.
Berdebar-debar.

“this song just for you….” Qalesya…..

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

“Qalesya..please..jangan tinggalkan saya..” lemah Hakimi cuba menghalang isterinya itu.

Nama pun dah tak makan tiga hari kan. Wanita itu masih lagi senyap dengan tangan yang sibuk mencari passport dalam almari.

“Qal…sayang..please…” Qalesya menguraikan tangan Hakimi yang memegang tangannya. Sebak.

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Sepasang mata itu sedang memerhatikan persembahan Izzhar Hakimi. Tersentuh hatinya apabila mendengar lunakkan suara Izzhar Hakimi menyanyikan lagu hanyut nyanyian asal Faizal Tahir.

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

“saya pergi tandas jap..”dia hanya mengangguk dan memandang kembali persembahan

Izzhar Hakimi di atas pentas itu. Lelaki yang menemaninya itu telah hilang di pandangan.

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Qalesya terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi. Sapa yang call pagi-pagi buta ni? hatinya lega apabila telah berbalas salam.

“kenapa Hakimi?” mata di gosok-gosok. “oh,you tak bawa kunci spare. jap I turun.” Tudung di capai. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke bawah. Gelap. dia sudah tiba di pintu utama. Pintu di buka. Hakimi berdiri.

“thanks sayang.” Sebuah kucupan hinggap di pipi Qalesya. “sorry eh,disturb tidur you.” Pinggang Qalesya pula di lingkari tangannya.

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Tangan Qalesya di angkat lembut untuk menyarungkan cincin di jari manis. Qalesya tunduk mencium tangan suaminya. Secara spontan Izzhar Hakimi mencium dahi isterinya yang sah. Sempat lagi berbisik. “you looks so beautiful”

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Tanpa di sedari air mata mengalir melihat persembahan Izzhar Hakimi itu. Sorakkan daripada peminat semakin kuat. Riuh.

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

“Hakimi. Jom hang out. I dah lama tak pergi KLCC.”

“Qal,I sibuk ni..er.. malam ni kita keluar.”

“la. Bosanlah duduk rumah sorang-sorang.” Wayar telefon di main.

“Qal,you ajak Pak Abu keluar. Dia dah khatam satu KL tu.”

“hmm,you balik jam berapa ni?” tertekan sungguh dengan si Hakimi ni.

“not sure..ok lah. I sibuk sangat ni bye.” Terkedu Qalesya apabila talian telah di putuskan oleh Hakimi. Kejamnya!

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu

Izzhar Hakimi terus melutut. Semua penonton terkejut termasuk sepasang mata yang telah berair itu. Keadaan menjadi sunyi sepi. Dalam keadaan gelap tiba-tiba satu sportlight besar menunjuk arah empunya ‘sepasang mata’ itu. Hakimi mengangkat kepalanya yang tunduk itu perlahan-lahan. Matanya bertentangan dengan ‘sepasang mata’ itu.

“Qalesya..” perlahan-lahan Izzhar Hakimi bangun dan menuju ke arah ‘sepasang mata’ itu. Wartawan serta peminat terdiam hanya memerhati. Izzhar Hakimi berdiri di hadapan Qalesya. Mata mereka bertentangan.

Sunyi.

Izzhar Hakimi terus memeluk Qalesya di tengah-tengah peminat yang anggaran 50 ribu orang. “dengar baik-baik Qalesya…” erat dia memeluk isterinya itu. “..saya akan cakap benda ni selalu..” Qalesya dah tersesak-esak. “..I love you..really love you….my wife..” tepukan gemuruh bergema satu dewan. Izzhar Hakimi cakap menggunakan microphone.

Lelaki yang menemani ‘sepasang mata’ itu tersenyum dari satu sudut yang lain. ‘moga kau berbahagaia Hakimi dan Qalesya’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s