hanyut – 2

Qalesya baru sahaja mahu keluar rumah mengambil angin malam. Tiba-tiba ada panggilan dari Malaysia. “Waalaikumsalam,ya uncle kenapa?” Qalesya kembali membuka baju sejuknya. “er..yeke. bila?..” kemudian tudung pula di buka dan di letakkan di penyangkut. “..uncle,I hope you not force him..” Qalesya duduk di birai katil “oh,really? Hmm. Apa yang baik bagi uncle, baik juga untuk Lesya..uncle dah Lesya anggap macam papa Lesya sendiri.” Selepas salam berbalas talian di matikan.

‘Ya Allah,aku berharap keputusan untuk berkahwin ini adalah keputusan yang tepat, amin.’ Qalesya merebahkan badannya ke katil. Rindu mama. Rindu papa. Rindu Along.

“Qalesya.”

Mata di buka. Perlahan-lahan kepala di arahkan pada empunya suara di depan pintu bilik. “Eh,kak Mai. Kenapa?” Qalesya terus duduk kembali.

“betul ke kawan baik arwah papa Lesya nak datang?” Maisarah telah pun duduk di sebelah Qalesya.

“hmm..” Qalesya bangun menuju ke meja ‘jepun’ dalam bilik itu.
“..Qalesya dah agree dah nak nikah dengan anak dia.” Calendar di capai. “next week mereka sampailah..” di selak kalender itu. “..and..i will stay at Malaysia. Forever.”

“apa yang Lesya rasa terbaik. Akak sentiasa support. Kalau ada masalah don’t forget to tell me ya! kalau your husband buat hal ke..straight to here.. pintu sentiasa terbuka.” Maisarah senyum pada adik ‘angkat’nya itu. Lama juga mereka sudah berkenalan. 7 tahun mungkin.

“thanks akak.” Mereka berpelukkan. “I’m gonna miss you.”

_______________________________________________________

“serious? ”

“yes,Khai. I will back to Malaysia.” Khai dan Qalesya berjalan beriringan di Busan. Tak ramai orang ketika ini. Mungkin cuaca sejuk yang membuatkan orang ramai tidak mahu keluar rumah.

“why? Out of the blue?” Khai berhenti ketika terlihat tempat duduk awam. “sit here.” Qalesya duduk di sebelah Khai tetapi masih ada jarak.

“I nak balas budi mereka. Banyak dah mereka lakukan for my family.”

“tapi ada jalan lain kan nak membalas budi mereka.”

“you can’t understand.”

“ok. Fine. I respect your decision but if you tak bahagia dengan dia. I always for you..”

“hm,please..dont.” Qalesya sudah bangun dari kerusi itu. Tangan di masukkan dalam poket baju tebal. “don’t waste your time untuk tunggu saya..” Qalesya terus berlalu meninggalkan Khai..atau mungkin meninggalkan segala kenangan bersama kekasihnya itu.

“Qalesya.I.love.you.!!” jerit Khai sepatah-sepatah. Namun tidak membuatkan gadis itu menoleh malah menjatuhkan air mata wanitanya. Qalesya terus berjalan. ‘I love you too,Khai but just as a bestfriend.’

Qalesya mengesat air matanya. Saluran suara cuba di betulkan. Dia menarik nafas. Tombol pintu rumah itu di pulas. “Assalammualaikum.” Dia terkejut melihat ramai orang dalam rumah itu.

“eh,Qalesya apa yang dok tercegat dekat pintu tu. Ni haa uncle kamu datang.” Maisarah menarik tangan Qalesya.

“er..but uncle cakap nak datang akhir bulan means next week..but today?” Qalesya bersalaman dengan Yb.Hassan dan Pn.Izzati. Matanya cuba juga cari Izzhar Hakimi. Tak jumpa.

“Kimi kata dia nak cepatkan.” Pn.Izzati menarik lembut Qalesya agar duduk di sebelahnya. “cantik ya Qalesya sekarang.” Gadis itu hanya tersenyum.

“cepatkan bila ya aunty?”

“katanya lusa boleh?” nak terkeluar anak mata Qalesya. Biar benar si Kimi ni.

“er..but why?”

“dia busy akhir-akhir ni. waktu tu je dia free.” Qalesya dah terkelu.
Kalau sekarang dah busy nanti dah kahwin isteri entah ke mana rumah tangga entah ke mana “so how Qalesya?” soalnya kembali.

Qalesya memandang Maisarah. Nampaknya kakak ‘angkat’nya itu hanya tersenyum. Apakah maknanya? “err..apa yang baik bagi aunty dan uncle lah” hui,betul ke ayat tu keluar dari mulut Qalesya. Dah sedia ke dia hendak memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri ? Oh.tuhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s