hanyut – 3

Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum masuk ke dalam pejabat itu untuk urusan ijab dan kabul. Izzhar Hakimi telah bertekad akan mempertahankan perkahwinan ini walaupun pada mulanya dia membantah. Dia mengenali Qalesya dari kecil lagi. Nampaknya cinta yang 15 tahun lenyap telah muncul kembali saat bertentang mata dengan Qalesya di luar bilik pejabat itu.

Izzhar Hakimi teruja melihat isterinya itu. Dengan sekali lafaz je tadi. Mana tak senangnya ‘yes I do’ je. Tangan Qalesya di angkat lembut untuk menyarungkan cincin di jari manis. Qalesya tunduk mencium tangan suaminya. Secara spontan Izzhar Hakimi mencium dahi isterinya yang sah. Sempat lagi berbisik. “you looks so beautiful”

Qalesya hanya tunduk. Adakah itu kata-kata bahagia yang akan menunggu? Dia tidak pasti.

Selesai acara akad nikah dan urusan sijil pernikahan Qalesya dan Izzhar Hakimi pulang ke rumah yang Qalesya menetap untuk mengemas barang-barang yang perlu di bawa Qalesya untuk pulang ke Malaysia.

“tak terlalu cepat ke? ” Qalesya meletakkan bagasinya di tepi pintu. Keputusan suaminya nak balik ke Malaysia selepas pernikahan mereka sangat mengguris hati Qalesya. “Hakimi,dengar tak ni….” rengek Qalesya.

“Qal,you know that I’m busy right now…please..understand me..” lembut suaminya itu berbicara sambil tangan cekap mengangkat kotak-kotak untuk di pos ke Malaysia.

Qalesya duduk di birai katil. “hm,nanti dah tak dapat jumpa kak Mai.” Air mata cuba di tahan dari keluar. Suaminya bangun dan duduk di sebelah Qalesya.

“nanti bila free kita ke sini lagi ya.” pujuk si suami. Dia tahu tergesa-gesa. Ayah dan ibunya juga terkejut tadi apabila dia mengutarakan cadangan ini. “don’t cry lah Qal…you kan kuat.” Teringat sewaktu mereka kecil-kecil. Qalesya memang perempuan besi. Tak mudah menangis.

“that…er. 15 years ago lah Hakimi…”

“so,what the different.? You still the old Qalesya yang I kenal kan..”

“..whatever. dah lah,cepat kemas.” Arah Qalesya.

“ceh,tadi dia juga yang buat drama queen..” Qalesya mencubit lengan suaminya. “ouch,sakitlah Qal…” Izzhar Hakimi mengurut kesan cubitan tadi. “..masih sama berbisa macam dulu ya.” usik Izzhar Hakimi.

_____________________________________________

Qalesya merenung kosong troli yang sarat dengan barangnya. Ayah dan ibunya masih akan duduk di Korea Selatan ini. Apabila dia kata ingin juga turut serta di tentang oleh Hakimi. Suaminya kata tempat isteri di sisi suami. Dah mula guna kuasa veto. Nak tak nak dengan tergesa-gesa. Dia akan meninggalkan kota ini. Selamat kak Maisarah setuju hendak menguruskan perpindahan barang-barangnya ke Malaysia.

Izzhar Hakimui menghampiri isterinya. “jauh menung..nah..” di hulur secawan hot chocolate. “ayah dan ibu kejap lagi datang. Nak check-in
hotel.” Qalesya hanya mengangguk.

“Kimi.Lesya.” sapa Yb.Hassan.

“eh,cepatnya check-in? ”

“dekat je hotel tu.”sambut ibu mereka Pn.Izzati. “ni..Kimi..jaga Lesya baik-baik..lagi dua tiga hari kami baliklah..” pesan seorang ibu.

“don’t worry lah ibu.” Izzhar Hakimi cuba memberi jaminan yang dia akan baik-baik jaga Qalesya. “Ibu,ayah. Dah panggil dah tu. Kimi dengan Qal pergi dulu ya.” mereka semua bersalaman.

“Lesya,dah sampai nanti call ibu.” Pn.Izzati sempat menunjukkan gaya menelefon ke arah Qalesya. “lagi dua tiga hari ibu balik. Jangan nakal-nakal ya.”

Qalesya hanya mengangguk. Tangannya kiri di genggam tangan kanan suaminya. Mereka berjalan ke balai berlepas. Selamat tinggal Korea. Selamat tinggal kenangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s