hanyut – 4

Pintu bilik hotel itu di ketuk beberapa kali. Mana penghuni ni ? sesekali jam di tangan di lihat. Tiba-tiba ada satu suara yang cukup di rindui menyapa dari belakang “Hakim?” empunya nama menoleh.

“Ayah…ibu..” tangan di hulur tanda bersalaman. Selesai berpelukkan

“..Kimi mana,bu?” mereka berdiri di luar pintu sementara si ayah membuka pintu.

Ayah mengarahkan untuk masuk. “hm,budak bertuah tu..” Yb.Hassan mengajak anak keduanya itu duduk di depannya. “..lepas je nikah tadi terus balik Malaysia.”

Dahi Hakim berkerut. “apalah Kimi tu. Tak dapat lah Hakim nak tengok adik ipar ‘tersayang’..” ketawa mereka pecah. “Ibu,buat apa tu..? ” matanya beralih pada Pn.Izzati yang sibuk di bar dapur. “Bu,tak yah buat air lah.. Hakim kejap je ni..”

“nak siap dah ha..” jawab si ibu.

“Kamu bila nak balik Malaysia?”

Hakim menggaru kepala yang tak gatal. “hmm..nanti Hakim balik lah,yah…” dia menyambut minuman dari ibu tersayang. “..thanks bu.”

“Hakim,kalau kamu balik boleh tengok-tengokkan adik kamu si Kimi tu..” Pn.Izzati sudah pun duduk bersama suami dan anaknya. “..asyik kejar popularity dia je. Agaknya kalau ibu dan ayah tak paksa kahwin, sampai ke sudah tak kahwin.”

Hakim menyedut minuman. “nama tengah naik yah,bu…biasalah tu jaga imej..”

“ibu bukan apa Hakim.. dia tu dekat U dulu belajar Bisness Management.. tup,tup jadi penyanyi..sapa tak geramnya..boleh je kalau dia nak handle syarikat ayah kamu ni… budak tu memang lah..” geram Pn.Izzati apabila memikirkan anak bongsunya itu.

Hakim hanya tersengeh. “kakak tak datang ke?” sengaja topic perbualan di tukar agar adik bongsunya tak ‘tersedak’.

“biasalah Heliza tu..dah kahwin..ikut suami lah dia..tak akan nak berjauhan dengan Ikram kot..”

“oh,abang Ikram still kerja dekat kedutaan Turkey ke?”
Yb.Hassan yang dari tadi menyepi bersuara. “hm,lagi 5 tahun, baliklah mereka ke Malaysia.” Hakim hanya mengangguk. “Ayah,pun dah rindu dengan cucu-cucu ayah tu..”

“kamu bilanya nak berdua,bertiga, bereempat..?” whoa,bila ibu sudah membuka perbicaraan mengenai perkara ini rasa mahu keluar je dari bilik hotel ini. Eh,tak boleh. Kurang ajar namanya.

Hakim melemparkan pandangan di balkoni bilik hotel itu. “ada jodoh nanti,saya tunjukkan dekat ibu ya..” dia tersenyum mungkin senyuman plastik. “er..sekarang ni sibuk sikit.” Macam tak nak keluar je suaranya. Sebak.

“kamu jangan lama-lama Hakim, cakap dengan teman wanita kamu tu. Usia makin lama makin bertambah..” nasihat si ibu.

Hakim mengangguk. “jangan risaulah ibu.” Dia melihat jam. “Hakim ada kerja ni. balik dulu ya.” dia bangun dan bersalam dengan kedua ibu bapanya. Mereka menuju ke pintu

“kamu tak nak ikut ibu dengan ayah balik Malaysia ke? ” Hakim memakai kasut.

“bila ibu dengan ayah balik?”

“hm,lusa.”

Hakim berdiri. “InsyaAllah..” dia tersenyum nakal. “…sebulan lepas tu.” Tangan ibu pantas mencubit lengannya.

“main-main.”

Hakim ketawa. “oklah. Ayah,ibu.. anakmu pulang dulu. Assalammualaikum ” Yb.Hassan dan Pn.Izzati menghantar anak keduanya itu dengan pandangan mata. Senyuman di bibir ibu terukir.

Teringat sewaktu Hakim merajuk tidak mahu di jodohkan dengan pilihan ibunya kerna sudah memiliki teman wanita. Puas di pujuk. Puas di rayu. Keputusan anaknya itu tetap sama. Setia sangat pada teman wanitanya itu. Nak tak nak Hakimi lah mangsa seterusnya.

Lagipun Izzhar Hakimi tu memang kawan dengan Qalesya sejak kecik. Hakim mana pernah kawan dengan Qalesya sebab dulu Hakim tinggal bersama neneknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s