hanyut – 5

Sudah dua hari Qalesya tinggal di rumah keluarga Izzhar Hakimi. Ibu dengan ayah kata nak pulang selepas mereka balik tapi tertunda kerana cuaca buruk di sana. Qalesya dengan Mak Yah je lah yang tinggal di rumah. Hakimi ? pagi-pagi lagi dah kerja. Bosannya Qalesya ! teringat sewaktu sampai di KLIA.

Hakimi memakai cermin mata hitam. Bertopi dan memakai jaket. Qalesya tengok dah macam ejan penyiasatan dah. “..Hakimi,kenapa macam takut-takut je ni..? ” tak akan suaminya ini buruan polis ?

“Qal,nanti kereta BMW berhenti dekat situ..” Hakimi menunjuk ke arah yang di kata kan “..you,naik kereta tu ya..nama driver tu Pak Abu..”
Hakimi menarik bagasi isterinya menuju berhampiran tempat yang di tunjuk tadi.

Qalesya muka bosan. “..I je? You?naik apa?” dah lah dia baru sampai Malaysia. Lama dah tinggalkan Negara tanah tumpah darahnya ni.

Hakimi berhenti. “I ?..err..” dia memegang tangan Qalesya. “I ada emergency call tadi.. ada probs sikit dengan kerja I..nanti my friend pick up..ok..Pak Abu dah tunggu..” Hakimi melambai Pak Abu.

Dengan beberapa langkah Pak Abu sampai. “Pak Abu..bawa Qalesya balik rumah Yb. Ni barang-barang dia. Jaga dia ya.” Qalesya semakin pelik.

“Hakimi..tak akan you nak tinggalkan I dengan ….” Dia menunjuk ke arah Pak Abu. Sewaktu itu Pak Abu sudah pun membawa barang-barang ke bonet kereta.

Hakimi pandang sekeliling. Haru kalau peminat serbu ni. “hm,Qal. Jumpa dekat rumah. I dah lambat ni bye..” Hakimi terus berlalu meninggalkan Qalesya. Hati Qalesya tiba-tiba sebak. Sakit sangat !

“Qalesya..”

Dia menoleh pada empunya suara. Senyum. “ya Mak Yah ?”

“kamu nak apa-apa ke? Dari tadi termenung je.”

Qalesya membetulkan tudungnya. “ err. Tak ada apa-apa.” Dia memang bertudung dalam rumah tu. Hanya dalam bilik dan bila bersama dengan suaminya sahaja dia tak bertudung. Dalam banglo ni ada tukang kebun lelaki. Driver lelaki. Walaupun mereka semua dah tua tapi
still aurat jugakan? Tak rugi dia menutup aurat.

“nanti kalau ada apa-apa panggil Mak Yah ya?”
Qalesya bosan ! “err. Mak Yah.” Wanita tua itu menoleh. “ada nombor
telefon Hakimi?”

“ada. Dekat meja telefon itu ada.. nanti Mak Yah ambilkan.”

“err..tak pe. Biar saya ambil.” Qalesya sudah bangun dari kerusi.
“..kalau Mak Yah penat,panggil Lesya..nanti saya tolong ok.” Mak Yah hanya mengangguk. Rasanya dari pagi tadi Qalesya yang buat kerja. Sarapan. Basuh baju. Kemas rumah. Semua dia.

Dia tersenyum apabila menemui nombor suaminya. Dengan berhati-hati nombor itu di dail. Tut..tut..tut.. senyum semakin melebar selepas salam berbalas.

“Hakimi. Jom hang out. I dah lama tak pergi KLCC.”

“Qal,I sibuk ni..er.. malam ni kita keluar.”

“la. Bosanlah duduk rumah sorang-sorang.” Wayar telefon di main.

“Qal,you ajak Pak Abu keluar. Dia dah khatam satu KL tu.”

“hmm,you balik jam berapa ni?” tertekan sungguh dengan si Hakimi ni.

“not sure..ok lah. I sibuk sangat ni bye.” Terkedu Qalesya apabila talian telah di putuskan oleh Hakimi. Kejamnya!

Qalesya merenung telefon rumah tu. Sampai hati Hakimi.! Dengan langkah yang lemah dia ke sofa ruang tamu. Surat khabar Utusan di capai. Baca tajuk sahaja. Selak. Selak lagi. Selak.

Tiba-tiba dia teruja. Gambar Hakimi yang bergaya satu muka surat. ‘Izz di gilai ramai wanita’ Dia tersenyum. Bangga kerana menjadi isteri Izzhar Hakimi. Tapi rasa macam sakit itu lebih banyak dari bangga. Kenapa Izz tak hebohkan dekat media dia dah kahwin? Kalau dah hebohkan mesti tak ada kontroversi tentang dia di gilai ramai.? Hakimi tak suka dia ke?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s