Hanyut – 6

Qalesya duduk di kerusi rehat luar rumah. Ralit dia melihat Pak Abu membasuh kereta. Dia dah boleh jadi gila duduk rumah tanpa kerja. Malam tadi Izzhar Hakimi mungkiri janji. Kata nak keluar tapi tak jadi. Qalesya dah tidur baru dia balik. Lepas Subuh terus pergi kerja lagi. Tak penat agaknya. Robot! Dah,tak nak fikir tentang suaminya itu. sakit hati!

“Pak Abu.”

Lelaki tua itu menoleh. “kenapa Lesya?” tangan masih lagi berkerja.

“saya nak cari kerja. Tolong boleh?”

“boleh.”

“hantarkan saya ke UIA. Tahu?”

“tahu. Bila tu?”

“nanti. Dalam jam 9.30 pagi.”

“Lesya apply kerja apa?”

“interview jadi pensyarah dekat sana.” Dia tersenyum. Seronok lepas
Subuh tadi kak Maisarah call dan katakan kawan kak Mai ada kerja dekat situ. Mungkin boleh tolong. Dia ada kelulusan. Ada juga pengalaman mengajar sewaktu di Jepun dahulu.

Selesai berbual dengan Pak Abu dia masuk ke dalam rumah. Banyak kali dia menelefon Hakimi untuk meminta izin keluar tapi tak diangkat. Dia meminjam telefon Pak Abu dan menghantar sms untuk kebenaran keluar. Hakimi hanya membalas ‘ok’. Bukan nak tanya pergi mana. Buat apa.?

________________________________________________

Senyum dari tadi tak lekang. Ucapan syukur Alhamdulillah dah berulang kali di ulang. Kaki melangkah ke kereta yang setia menunggu.

“macam mana Lesya?” tegur Pak Abu.

“Alhamdulillah. Lesya dapat,esok lapor diri. Tak adalah bosan duduk rumah.”

“Alhamdulillah.” Qalesya sudah pun masuk ke dalam kereta begitu juga Pak Abu. Senang hati. “Lesya nak pergi mana-mana ke?”
Qalesya hanya menggeleng. Pak Abu dapat lihat melalui cermin pandang belakang.

Hati yang tadinya berbunga indah bertambah riang apabila melihat kereta sport milik Hakimi tersadai di halaman rumah. Tergesa-gesa dia berjalan masuk ke rumah. Di ruang tamu. Tiada.

“Hakimi dekat bilik Lesya.” Tegur Mak Yah. Mungkin dia perasan
Qalesya seolah mencari seseorang. Dia hanya tersenyum ‘terima kasih’ dan terus memanjat tangga menuju bilik.

Pintu di tolak. “Hakimi!” terus di peluk suaminya yang tengah membuka almari bilik.

Hakimi membalas pelukkan itu. “I miss you.” Bisik Hakimi. Walaupun tinggal satu bilik memang mereka jarang bertemu.

Pelukkan di leraikan. Mereka duduk di birai katil. “you penipu la..” nada merajuk. “kata nak hang out malam tadi. Tak pun.”

Hakimi hanya senyum “sorry,I sibuk sangat. I ada konsert terbesar nanti. So,busy sikit.” Tangan Qalesya di main-main.

“Konsert? I boleh pergi?” soalan Qalesya membuatkan Hakimi terdiam.
Hakimi hanya senyum. Dia mengambil kotak di tepi katil. “tadaaa!!” di hulur kotak itu pada Qalesya. “handphone you…kesian I tengok you hantar sms guna nombor Pak Abu.”

Qalesya senyum. “..thanks..” belum sempat kotak itu di buka. Hakimi
menghulurkan pula kad.

“ni kad ATM you. Gunalah.”

Qalesya meletakkan semuanya di tepi. Kedua-dua tangan Hakimi di pegang. “I have something to tell you..” belum sempat bersuara telefon Hakimi berbunyi.

“Sorry..” Hakimi mencapai telefon di meja make-up. “ya..what?” Qalesya hanya memandang. “ok,aku datang sekarang.” Talian di matikan. “Qal, sorry sesangat. I kena keluar. See you later…” Hakimi laju menyambar jam tangan,dompet dan kunci kereta. Dia terus keluar. Qalesya terkedu. Sibuknya.

Dia mengubati hatinya dengan tersenyum melihat kad ATM dan telefon bimbit yang baru tadi di beri Hakimi. Sekurang-kurangnya Hakimi tak lupa pada tanggungjawabnya. Tanpa di sedari air matanya mengalir. Ya Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s