Hanyut – 7

“Mak Yah. Qalesya mana?” Puan Izzati dan Yb.Hassan baru pulang. Terkejut meraka apabila kepulangan mereka tidak di sambut oleh Hakimi ataupun Qalesya. Mungkin pergi honeymoon kut.

“mereka kerja.” Dua patah perkataan dari mulut Mak Yah macam susah sangat untuk di proses dalam otak.

Yb.Hassan yang tadinya hendak memanjat tangga menuju ke bilik turun semula. “Qalesya kerja apa?bila?”

“pensyarah dekat UIA,dah dua hari dah…” Perlahan Mak Yah menjawab.

“Hakimi hantar?” giliran Pn.Izzati.

Mak Yang menggeleng. “Pak Abu.”

“Abang call Kimi sekarang.” Arahan dari permaisuri. Yb.Hassan hanya menuruti sahaja. Lagipun kalau ayah yang suruh pasti tidak akan di bantah oleh Hakimi,tapi kalau ibu yang memberi arahan berjuta alasan akan di cipta.

Hakimi tarik muka. Ayah ni suka sangat guna kuasa vetonya. Geram apabila tengah tekun berkerja di arahkan ‘balik sekarang’. Sewaktu dia sampai di rumah memang tarik muka anak-manja-kena-marah. Selepas ayah dan ibu berceramah terasa anak manja tadi dah bertukar jadi suami yang sangat tegas.

“Kimi naik atas dulu.” Geram apabila ayah menyoalkan ‘kenapa beri Qalesya kerja?’ dia pun tak tahu yang Qalesya kerja. Selamat tadi dia jawab ‘Qalesya,bosan duduk rumah’. Mujur skema jawapan itu di terima pakai.

Masuk sahaja dalam bilik. Pintu di tutup. Telefon di keluarkan. Panggilan di buat. Tak sempat berbalas salam “balik sekarang.” Talian di matikan. Nombor Pak Abu pula di-dail “tolong jemput Qalesya sekarang.”

Hakimi baring di atas katil. Geram betul dengan tindakan Qalesya! Nak kena ni. Bukannya dia nak jemput Qalesya di UIA tapi di suruh Pak Abu yang menjemput. Suami jenis apakah dia? Bukannya apa,dia nak elakkan daripada di serbu oleh peminat.

_____________________________________________

“Assalammualaikum.” Qalesya tersenyum gembira melihat ibu dan ayahnya sudah sampai. Oh,ini ke sebab Hakimi call? Kenapa cakap tadi serious sangat.

Mereka bersalaman. “bukan kamu kerja ke?” Pn.Izzati menyoal. Mereka tak tahu yang Hakimi menggunakan kuasa vetonya untuk Qalesya pulang ke rumah.

“haah. Tapi ambil half-day. Lagipun tak ada kelas tadi.” Baru Qalesya nak ambil tempat di sebelah ibunya,Hakimi dari ruang tamu atas memandang ruang tamu bawah bersuara.

“Qal,naik” mendata. Qalesya senyum pada ibu dan ayahnya. Kenapa si Kimi tu? Dia meminta diri.

Pn Izzati dan Yb.Hassan hanya mengangkat bahu. Tak akan Hakimi merajuk sampai tak bagi ibu bapanya bercakap dengan isterinya pula. Entah. Anak bongsunya itu pelik sikit.

Qalesya duduk di birai katil. Hakimi berdiri di hadapannya. “kenapa kerja tak cakap?” suara mendata.

“oh,I nak cakap but..” belum sempat explain.

“but? What?!” terjah Hakimi. Terkedu Qalesya. “I tak tahu you kerja but Mak Yah and Pak Abu tahu…mazhab mana you ikut suami kena tahu last ni?”

Qalesya hanya tunduk. Nak nangis. Kuat Qalesya jangan lemah.

“kenapa tak jawab?!” jerkah Hakimi lagi. “Ibu and ayah tanya I tau…dia ingat I tak reti jaga isteri…tapi dia tak tahu yang isteri I ni….”

Qalesya memintas. “I nak beritahu you semalamkan? I kata ‘I have something to tell you’ tapi you terus keluar kata busy.. I call you banyak kali semalam,tapi you tak angkat..” Ah,akhirnya meleleh juga. “..I sms you..tapi you balas apa? ‘ok’ je kan?..ada you tanya?” teresak. “..salah I ke Hakimi?” .air mata di seka “I minta maaf.” Dari duduk di birai katil terus dia melutut di depan Hakimi. Tak perlu nak simbah petrol dekat api.

Hakimi terkedu melihat perbuatan Qalesya itu. Perlahan-lahan dia memegang kedua bahu Qalesya agar bangun. Dia lupa sms tu dia hanya baca sekerat je. “sorry,sayang..” bisik Hakimi. Sembur tanpa siasat. Makan diri sendiri Hakimi oii.. “maaf sangat-sangat.” Tangan Qalesya di cium.

Qalesya hanya membiarkan sahaja. Yang dia tahu,dia nak nangis puas-puas ! Hakimi menarik Qalesya ke dadanya. “Qal,sorry..jangan nangis macam ni sayang.. I tak reti nak handle.” Dalam tangis Qalesya tergelak kecil. Tak gentleman langsung!

“teruklah you ni.” dia bangun dari dada Hakimi. “dia yang buat hal..”

Hakimi mengesat air mata Qalesya. “sorry.. tak buat hipotesis terus je pergi conclusion, ini lah padahnya..” di tariknya Qalesya di dalam dakapannya lagi. “Qal,sorry eh..my bad…”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s