Hanyut – 8

Qalesya sudah ke kerja pada pagi tadi. Hakimi baru sahaja keluar rumah. Yb.Hassan duduk di dalam pejabat di rumah. Penat masih terasa nak ke pejabatnya di syarikat. Pn.Izzati pagi-pagi lagi sudah ke pasar bersama Mak Yah.

Hakim masuk ke rumah. Kosong. Ada ke patut dah lama tak balik ke rumah tapi di sambut oleh tukang kebun. Hairan. Mana semua orang? Ayah?ibu? pengantin baru? Salam diberi. Tak berjawab. Kaki terus melangkah masuk.

Yb.Hassan yang baru keluar dari pejabat di rumah itu terkejut. “Hakim?”. Anaknya itu tersenyum dan memeluknya.

“mana semua orang yah?”

“ada hal. Maaflah kamu balik tak bersambut. Sapa suruh buat surprise lagi..”

Hakim ketawa. “tak pe. Tak kisah.” Mereka duduk di sofa.

“balik terus ke ni?”

Hakim senyum. “ayah nak suruh Hakim pergi lagi ke?” saja nak test ayah ni.

“tak usah lah. Tolong ayah dekat syarikat tu.”

Hakim senyum lagi. Murah dek senyuman. “hmm.ayah,Hakim nak ke bilik dulu. Penat.” Yb. Hassan hanya mengangguk. Senang hatinya apabila Hakim dah pulang tanah air. Bolehlah tolong handle syarikatnya. Harap si Hakimi tu. Entah tunggu KLCC runtuh agaknya.

______________________________________________

Qalesya tersenyum membaca sms yang di terima. Tak pernah si Hakimi ni nak memberi sms tanya khabar. Ni mesti kes ‘rasa bersalah ter-tengking Nur Qalesya’.

‘Qal,dah makan?’ – Hakimi

Selang beberapa minit.

‘dah. Hakimi?’ – Qalesya.

Selang beberapa jam.

‘sorry,late reply. Busy. Hm,dah. Qal,hari ni abg Hakim balik’ – Hakimi

‘oh.happy? so?’ – Qalesya

Selang 30 minit

‘happy mesti. Nanti jgn lupa pakai tudung ya. I balik lambat sikit. Jgn tunggu.’ – Hakimi.

‘ok. Take care.’ – Qalesya

Selang 45 minit.

‘take care too,sayang’ – Hakimi.

Qalesya mengemas meja di bilik pejabatnya. Waktu untuk pulang! Gembira tak terkira. Setiap hari dia akan di jemput oleh Pak Abu. Nak tunggu Hakimi jemput? Tak berani nak bocorkan jawapan.

Kakinya girang melangkah ke kereta BMW itu. Selalunya Pak Abu akan tunggu di luar kereta. Ini tidak. Di dalam kereta? Mungkin cuaca panas kut. Pintu kereta terus di buka. Qalesya sudah duduk di tempat duduk belakang. Hatinya berdebar-debar. Haruman minyak wangi yang pernah menjadi kesukaannya dahulu. Pak Abu?

“eerr..Pak Abu?” tergagap Qalesya memanggil.

Jantung bagai nak terjatuh ke lantai. Saat manusia yang duduk di tempat pemandu itu menoleh. Ya Allah… pemandu itu juga terkedu.

Siapa dia?mana Pak Abu? Nak nangis…tolong….help me….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s