Hanyut – 9

“Qalesya.” Suara itu.

Dia masih lagi tunduk.

“kenapa Hakimi, Qalesya? Kenapa mesti adik kesayangan saya yang awak nikahi. Kenapa bukan lelaki lain Qalesya?” lemah suara itu.

Qalesya masih tunduk. Sebak.

“saya tak tahu nak lalui hidup ini macam mana” sayu sahaja.

Qalesya memberanikan diri. “Khai,ini lah yang di namakan takdir.” Bila nak bergerak kereta ni.

“apa saya nak jawab bila ibu tanya? Macam mana teman wanita saya? Saya nak jawab yang teman wanita saya dah bernikah dengan adik saya? Hmm?”

Qalesya dah resah gelisah. “Khai,please.. saya harap awak rahsiakan hubungan kita yang dulu. Kita mulakan hidup baru.” Sudahlah tu emosional.

“mudah awak cakap.” Khairul Hakim terus melepaskan ‘hand break’ dan meluncur pergi. Suasana dalam kereta itu sunyi sepi.

_______________________________________________

Selepas makan malam Hakim dan Yb.Hassan duduk di ruang tamu. Qalesya sibuk mengemas dapur. Mak Yah dan Pak Abu cuti. Justeru itu tadi petang Hakim menjemput adik iparnya. Hakimi? Tak pulang lagi.

“esok mula kerja Hakim?”

Khayalan Hakim berderai. “hmm.” Pendek jawapan yang di beri.

Pn.Izzati dan Qalesya datang ke ruang tamu apabila kerja di dapur sudah selesai. Berdebar-debar juga Qalesya hendak berdepan dengan abang iparnya atau bekas kekasihnya itu. Qalesya masih menutup aurat dalam rumah itu. Kagum Hakim melihat.

“Lesya,Kimi kata dia balik bila?”

“entahlah ibu.” Qalesya bangun dari kerusi. “naik dululah.penat.” Hakim menghantar Qalesya dengan pandangan mata hingga ke tangga. Yb.Hassan dan Pn.Izzati perasan. Bahayanya dengan anak kedua mereka ni. Isteri orang tu.

“Hakim tak tidur ke?” Pn.Izzati dan Yb.Hassan telah bangun.
“hmm.ayah dengan ibu tidur dulu. Nite. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.” Sunyi. Hanya televisyen yang menemani Hakim.

__________________________________________

Qalesya terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi. Sapa yang call pagi-pagi buta ni? hatinya lega apabila telah berbalas salam.

“kenapa Hakimi?” mata di gosok-gosok. “oh,you tak bawa kunci spare. jap I turun.” Tudung di capai. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke bawah. Gelap. dia sudah tiba di pintu utama. Pintu di buka. Hakimi berdiri.

“thanks sayang.” Sebuah kucupan hinggap di pipi Qalesya. “sorry eh,disturb tidur you.” Pinggang Qalesya pula di lingkari tangannya.
Qalesya menutup semula pintu.

“lewatnya you balik..?”

Tanpa mereka sedari aksi manja itu di saksikan oleh Khairul Hakim. Hanya Allah yang tahu bertapa sakitnya hati dia. Bukan benci tapi sakit !

“hm,akhir-akhir ni I busy sikit.”

“you dah makan?”

“belum. Lapar sangat-sangat ni…” rengek Hakimi. Mereka menuju ke dapur. “you nak tidur pergilah tidur.”

“tak apa. I teman you makan.”

Hakimi senyum. “thanks.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s