Hazel – 1

Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada bertandang kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Tepukkan gemuruh kedengaran saat kumpulan nasyid Al-Ikwan memulakan persembahan dengan membawa nasyid bertajuk ‘Seri di hati’ nyanyian asal Zulfan. Kumpulan nasyid yang terdiri daripada 4 orang jejaka yang sangat di gilai ramai kerana hampir ‘perfect’.

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

“lagu slow betul..” rungut sahabat yang duduk di sebelahnya.

Matanya focus memandang pentas. “cuba hayati liriknya Mira.” Nasihat Nur pada Mira. Si sahabat hanya mencebik.

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau selami rahsia keimanan… uuhooo

“Nur,saya kenal tau semua yang nyanyi dekat atas pentas tu..”

“oh,yeke.” Acuh tak acuh.

“yelah. Yang dekat kiri sekali tu Akmal,yang sebelah tu
Izzhar,..hm,yang tengah nyanyi tu Fitri yang paling hujung tu Aliff.”
Terang Mira satu persatu.

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Mata Nur Zaharatul Jannah jatuh pada ahli kumpulan yang berdiri paling kanan. Aliff. Cepat-cepat dia tunduk apabila matanya bertembung dengan mata Aliff. Ya Allah,dah salah niat dah ni. Tadi niat nak dengar ceramah,tak sangka pula lepas ceramah ada persembahan nasyid. Nur beristighfar dalam hati.

Terikat janji bakal membina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan dijiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda…..

“Nur…habis nasyid ni terus balik ya?” Mira menguap. “..saya dah mengantuk sangat ni..”

Nur senyum. “ok.”

________________________________________

“Mira…” tangannya memegang bahu sahabatnya yang sedang nyenyak tidur. “..Mira.. bangun.. dah pukul 5.30 ni..”

Mira menggerakkan badannya. Perlahan-lahan matanya di buka. “arrgghhhh !!” jeritnya. Nur kebelakang sedikit apabila kawannya refleks hendak membaling barang ke arahnya. “Ya Allah..terkejut saya Nur..”

Nur ketawa halus. “apa nak terkejutnya?”

“awak pakai telekung. Dahlah saya mimpi seram tadi. Huii.” Dadanya di urut.

“dah lah cepat bangun. Hari ni nak solat Subuh dekat masjid tak?”
Mira berfikir. “hari ni baca surah Al-Sajdah ek?” mata memandang sahabatnya.

“hm,yelah. Hari ni Jumaatkan..dah..dah..cepat siap.” Nur menarik tangan Mira agar turut bangun.

Pagi Subuh itu mereka berdua ke masjid Taqwa yang berhampiran dengan asrama puteri. Kebiasaan imam pada hari Jumaat akan membaca surah Al-Sajdah kerana pada ayat yang kelima belas surah itu mereka akan melakukan sujud tilawah.

Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila anak Adam membaca ayat sajdah,lantas ia sujud maka larilah syaitan sambil menangis dan berkata ‘hai celaka anak Adam disuruh sujud mereka sujud maka mereka akan memasuki syurga,dan aku disuruh sujud aku enggan maka bagi aku api neraka’ ”

“Aliff,kau jadi imam solat Subuh ni.”

Aliff mengangkat wajahnya dari al-mathurat itu. Dia memandang Fitri.
“ok” senyum. Al-mathurat itu di letak pada rak buku di tepi. Aliff bangun menuju tempat imam. Fitri menghidupkan P.A system masjid untuk azan.

“Saff..” para jemaah menuju ke saff apabila mendengar imam memanggil.

Advertisements

3 thoughts on “Hazel – 1

  1. salam….
    saya memang minat kumpln nasyid zulfan ni…sume lagu dya best2 n suara pon sedap2
    paling best seri di hati, permaisuri n kedamaian…
    cpt smbung ye…(^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s