Hazel – 3

DIARY!!!!!

Alhamdulillah pagi tadi sembahyang Subuh dekat masjid. So,tak adalah terlepas sujud tilawah. Pagi tadi suara imam tu merdu. Bak kata Mira suara imam tu best ! seronoknya. Lepas tu,waktu nak keluar dari masjidkan Hazel pandang aku. Alahai,dia senyum dekat aku. Ish,ish,ish. Tak tahulah dia betul-betul senyum dekat aku ke atau pun aku yang perasan! Hm, aku tunduk lepas dia senyum tu,jaga pandangan. Nanti hilang semua ilmu-ilmu aku. Yang penting jantung ni berdebar-debar. Selamat waktu cakap dengan Mira jantung dah tak berdegup kencang. Harulah Nur ni kan kan…

Ya Allah,hamba suka sangat dengan Hazel tu. Suka sangat ! hmmm,biarlah hanya Allah dan diary ni je tahu aku suka Hazel. Orang kata kalau kita simpan perasaan kita ni dapat pahala. Betullah kan. Kalau kita bagi tahu orang yang kita suka tu nanti takut akan menjerumus ke lembah maksiat. Lagi-lagi aku ni perempuan. Rasanya tak perlulah nak bagitahu lelaki yang aku suka tu. Perempuan mesti pandai jaga maruah diri.

Hazel. Pertama kali aku tahu kewujudan dia waktu dia bagi tazkirah waktu solat Maghrib tahun lepas. Eh,lama jugak kan aku admirer dia senyap-senyap! Kalau ikutkan kata-kata orang dia seorang yang islamik dan tak pandang perempuan. Wah! Dahlah handsome . SubhanaAllah ! Allah mencipta wajahnya dengan sempurna sekali. Kalau dah si Hazel tu kacak,Nabi Muhammad mesti berlipat kali ganda handsome kan.

Tiba-tiba air mata Nur jatuh. Sebak.

Ya Allah hamba rindu dengan Rasullullah. Rindu sangat ! andailah Baginda lihat keadaan dunia sekarang ini pasti Baginda menangiskan melihat umat-umat yang di sayang ramai dah berkiblat barat.
Sedangkan waktu Baginda bertarung dengan sakaratul maut pun
Baginda masih menyebut umat-umatnya tapi umat-umatnya sekarang
kebanyakkannya lupa pada Baginda.

Nur mengesat air matanya. Dia sangat sensitive kalau teringatkan Rasulullah. Dia seorang yang sangat mencintai Rasulullah dan semua sunah-sunah Rasulullah. Diarinya ditutup. Pen di letak tepi. Jam di tangan di lihat. 2315.

Dia bangun dari meja belajarnya. Mira telah lama di buai mimpi. Nur menuju ke tandas. Sebelum tidur dia akan melakukan solat sunnat taubat. Sebelum terlambat baik buat. Mana nak tahu tiba-tiba nyawa di ambil waktu tidur ke. Nauzubillah. Tak terjawab rasanya dalam kubur nanti.

__________________________________________

“tak tidur lagi?”

Aliff menarik cermin matanya di batang hidung. Perlahan dia mengeluh. “Akmal..”

Akmal memandang Aliff yang serabut itu. “kenapa kau ada problem ke?”

“aku dah buat banyak dosa ni.”

Akmal senyum pada Aliff. “Ya sahabat. Apa yang sedang kau fikirkan ni?” mustahil Aliff si tuan president merangkap naqib(ketua
perbincangan agama) melakukan banyak dosa. Hm,tapi tak mustahil.
Dia juga manusia biasa.

“Akmal… aku takutlah..”

“Liff,cuba kau cerita. Kalau kau cakap macam ni berkias-kias aku tak
dapat nak tangkaplah.” Mug di tangan di letak di meja. Dia duduk di
katil berhadapan dengan Aliff yang berada di meja belajar.

“tak tahu nak mula dari mana.”

Akmal ketawa kecil “di mulakan dengan bismillah…” Aliff senyum mendengar sahabatnya itu mengalunkan lagu Raihan. “..kau risau sebab jawatan president ke?” aliff menggeleng. “kau risau anak buah kau tak buat kerja?” dia geleng lagi. “..kau cuak nak tempohi hidup ?” Aliff mengangguk dan menggeleng. “..Aliff,cerita je lah. Aku tak faham.”

“nak hidup lepas habis degree ni memang risau. Masalah yang satu ni pun risau juga.”

“ceciter?”

“aku suka seorang budak perempuan ni.”

Bulat mata Akmal. Kawan dia seorang ni bukan senang nak suka dekat orang. Pegangan agamanya sangat kuat. “speechless aku. Ha,sapa?”

“adalah. Macam mana ea?aku dah 2 tahun setengah tengok dia dari jauh.”

Akmal menelan air liur. Lama. “huii. Lama tu..kau pernah confess dekat perempuan tu ke?”

“tak.”

“buat solat istiharah lah.” Cadangan yang bernas.

“dah.”

“berapa dah kau buat?jawapannya?”

“dah dua tahun setengah aku buat solat tu.”

Ternganga Akmal. Ini memang serious yang teramat. “err..so?”

“the answer is positive. And aku yakin.”

“kau nak buat apa?”

“aku nak melamar dia lah. Memang aku yakin sangat dia jodoh aku.”
Akmal senyap. Tak sangka sahabatnya ini pandai menjaga perasaan dari di ketahui oleh orang lain. Bagus ! dia luahkan pun sebab dah yakin nak jadikan wanita itu isteri.

“Akmal.”

“hmm,kalau kau dah yakin, nanti kau risik lah dia. Apa yang kau rungsingkan ni?”

“lepas habis degree ni aku kerja 6 bulan dengan syarikat yang aku interview hari tu.” Akmal mengangguk. “..then aku sambung master untuk 2 tahun dekat Jepun.”

Sekali lagi Akmal terkejut. “hui,cepatnya kau nak buat master.”

“dah ada orang nak sponsor.”

“oh,so masalahnya?”

“kalau aku merisik dia. Let’s say dia terima, tak akan nak tunang 2 tahun kut. Tak pun kalau nikah. Hui,2 tahun aku kena tinggalkan dia.”

Jauh juga kawan dia ini berfikir. “Aliff, pemikiran kita ini terbatas. Kau tahukan apa nak buat?”

Aliff menarik nafas perlahan. “tahu.”

“Good. Allah sentiasa dengan kita. Aku akan doakan yang terbaik juga untuk member dunia akhirat aku ni.” Aliff senyum.

Semoga Allah memberi petunjuk padanya. Telah lama dia menyukai wanita itu kerana agama yang di pegang teguh oleh wanita itu.

Advertisements

4 thoughts on “Hazel – 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s