Hazel – 2

“Nur….” Jerit Mira kecil.

Nur melipat telekungnya. “kenapa Cik Mira?”

“tak sia-sia pergi masjid pagi ni.”

Dahi Nur berkerut. “aik,lain macam je bunyi,kenapa?”

“suara imam tu sedap sangat ! merdu ! huh,rasanya itulah first time solat saya khusyuk tau !”

Nur menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat telatah sahabatnya itu. Memang betul pun,suara imam Subuh pagi ni merdu.
“hm,Alhamdulillah Allah kurniakan dia suara yang sedap.”

“awak cam tak suara siapa?”

“manalah saya tahu.”

“haish,nak tahulah siapa.. suara dia best !”

Nur memasukkan telekungnya dalam beg. “awak nak buat apa kalau tahu siapa dia?”

“tak adalah. Saya nak tahu je. Untunglah siapa dapat jadi isteri dia. Dapat solat jemaah hari-hari mesti khusyuk.”

“hm..dah lah Mira.. jom dah lambat ni. kita balik bilik lepas tu breakfast. Pukul 9.30 nanti saya ada kelas.”

“owh..ok..” mereka menuju ke pintu masjid untuk keluar. Tiba-tiba telefon Mira vibration. “..Nur saya jawab jap..” Mira berjalan pantas untuk keluar masjid. Nur hanya senyum sahaja.

Dia duduk memakai kasut di pintu utama masjid. Tiba-tiba dia terpandang seorang wanita sedang berjalan menuju ke pintu pagar. Tertarik dia melihat wanita itu. Sopan ! matanya beralih pula pada sahabat wanita itu yang sedang bercakap menggunakan telefon di depan pagar. Matanya memandang lagi sekali wanita yang hendak menuju ke pagar itu.

Nur menoleh ke tepi. Berdesau darahnya apabila matanya bertentangan dengan seorang lelaki sedang memakai kasut . Lelaki itu senyum padanya. Nur terus memandang ke hadapan dan tunduk. Astarfirullahalazim.

Mira mematikan talian dan memasukkan telefonnya di dalam poket baju kurungnya. “Nur..sorry..”

“kenapa sorry?” jawab Nur yang sudah berada di hadapannya.

“saya tak dapat teman awak breakfast lah.”

“oh,kenapa?”

“pukul 7.30 nanti saya nak keluar.”

“oh,tak apalah.” Nur senyum pada Mira.

“awak tak marah?”

Nur ketawa halus. “taklah Mira sayang oi. Dah jom balik bilik nanti
lambat pula nak siap.”

“thanks.” Mira memeluk manja lengan sahabat baiknya itu.

_______________________________

“Nur Zaharatul Jannah.”

Nur menoleh pada empunya suara yang memanggil nama penuhnya. “oh,Aisyah. Panjangnya nama saya awak panggil.”

Aisyah ketawa kecil. “nama awak sedap!”

“ada-ada je. Kenapa ni?”

“dah habis kelas?”

“dah,baru je.”

“awak nak pergi mana-mana tak Nur?”

Nur memeluk buku yang di pegang. “tak kut. Nak terus ke bilik. ada assignment nak buat.”

“oh,oklah macam tu. Nanti kirim salam pada Mira dengan lafaz Assalammualaikum ya.”

“InsyaAllah. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Setelah mengakhiri perbualan dengan Aisyah,Nur terus berjalan untuk menuju ke asrama perempuan. Sedang dia berjalan matanya terpandang sekumpulan lelaki sedang duduk dalam bulatan di pentas kecil bersebelahan café, mungkin sedang ber-usrah (perbincangan tentang agama). Bagus pelajar lelaki yang mengikuti usrah, bukan senang remaja sekarang nak duduk berbual,berkongsi tentang agama. Antara lelaki itu yang dia perasan kumpulan nasyid Al-Ikwan dan lelaki itu…

Nur beristighfar dalam hati. Orang kata kalau tengok sekali rezeki,kalau tengok banyak kali tu memang sah gatal ! Nur, jaga pandangan mata. Awak tu dahlah tengah menuntut ilmu. Tapi lelaki itu selalu bermain di fikirannya. Ya Allah,maafkan hamba…

Advertisements

3 thoughts on “Hazel – 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s