Hazel – 4

“awak couple ya?” soal Nur lembut pada Mira.

Mira serba salah. Dia hanya mengangguk.

Nur senyum. “dah berapa tahun?” tanyanya lembut.

“2 tahun.”

Nur pula mengagguk. “kenapa couple dengan dia?”

“saya..saya..sayang dia..”

“oh” Nur berjalan menuju ke meja belajarnya. Terkejut dia sewaktu Aisyah cakap tadi – dia nampak Mira tengah ber-dating dengan seorang lelaki. Mula-mula dia tak percaya sebab Mira tahu hukum bercouple itu berdosa. Kenapa buat juga? Nak di marah itu bukan haknya untuk memarahi Mira.

Mira hanya memandang Nur yang membelakangkan dirinya. Dia tahu dia bersalah. Dah banyak kali dia dengar ceramah,tazkirah,usrah tentang – jaga batas pergaulan. Tapi untuk dia melupakan kekasihnya itu bukan senang. Bila syaitan dah berbisik memang haru !
Nur memandang Mira. “awak dengan dia memang 100% yakin ke nak berkahwin?” soalnya lagi lembut.

Mira teragap-agap. Nur Zaharatul Jannah merupakan naqibahnya.
So,segala masalahnya ketua usrahnya itu perlu ambil tahu. “tak..”

Nur senyum. “tak yakin?” dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “saya tahu setiap manusia hendak merasai rasa di cintai dan mencintai,tapi sekarang bukan waktunya. Kalau awak dengan dia terus dalam situasi ni, dating, sms dan semua perkara yang boleh mendatangkan kelalaian di khuatiri kita akan jauh dengan KEKASIH kita Yang Maha Esa itu.” terang Nur lembut.

“awak tahukan, Allah ta’ala telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang bisa mendekati perzinaan sebagaimana firman-Nya: “ Dan janganlah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra’ : 32). Terang Nur lagi.

Nur menarik nafasnya perlahan. “Mira, mendekati bukan melakukan. Kalau mendekati dah tak boleh,nak lakukan lagilah tak boleh. Bayangkan awak dan dia tak jadi berkahwin,tegar awak bagi secondhand punya hati dekat jodoh awak kelak?”

Mira terkelu. “hmm..err,tapi awak, kami tak buat pun benda-benda yang terkutuk tu.”

“memang Mira..awak tak buat.. tapi mendekatikan? Kalau berdua itu,yang ketiga pasti syaitan kan?couple itu mendekati zina sayang..”

Mira hanya senyap.

“saya tak marah awak. Saya hanya cakap je. Terserahlah apa yang awak nak fikir. Kalau saya marah pun,marah itu tanda sayangkan.” Tiba-tiba air mata Nur jatuh. Sebak. Tak pernah terlintas di hatinya nak menegur Mira. Dia sayang sangat dekat Mira.

Mira perasan dengan air mata Nur. Hatinya dirundum serba salah. Dia berdiri.

“Nur,saya minta maaf.” Mereka berpelukkan.

“awak tak perlu minta maaf dekat saya. Awak minta maaf dekat Allah. Saya hanya nasihat apa yang patut. Kalau saya buat perkara yang sama, awak pun kena tegur saya.”

__________________________________________

DIARY !!!

Ya Allah,tadi mula-mula takut nak tegur Mira. Alhamdulillah,KAU beri kekuatan. Tak sanggup rasanya nak melihat Mira terus hanyut dengan cinta duniawi. Ya,aku tahu perasaan cinta itu. Aku juga menyukai sesorang. Aku suka Hazel tapi tak pernah terlintas untuk aku hendak mencanangkan ke seluruh dunia yang aku suka dia. Aku tak nak perasaan yang kerana Allah ini bertukar kepada perasaan nafsu.

Ya Allah,jika Hazel itu baik untuk agama-Mu keluargaku dan urusanku dunia akhirat KAU satukanlah hati kami,tapi Ya Allah kiranya dia bukanlah yang terbaik,KAU jodohkanlah aku dengan seseorang yang lebih baik darinya serta KAU redhakan lah hati hamba ini. Amin.

Nur menutup diarinya. Mira di katil sebelahnya di pandang sayu.

Mira terjaga apabila jam locengnya berbunyi. Terkejut dia memandang Nur tidur di atas sejadah dengan telekung. Sayu dia melihat sahabat yang telah di anggap macam kakak itu. Nur terlalu baik. Sejak kenal dengan Nur dia mula memakai tudung dan menjaga solatnya. Wanita itu sungguh baik.

Mira mencapai telefonnya di atas meja belajar. Dia menaip sesuatu. ‘kita putus.’ SEND. Battery telefon itu di keluarkan. Sim card di tarik keluar dan di patahkan. Kalau nak berubah jangan bertangguh !

Mira berjanji akan menjaga batas pergaulannya. Betul cakap Nur dia tak sanggup nak bagi secondhand punya hati dekat bakal suaminya kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s