Hazel – 5

“Izzhar, nanti pesan dekat Akmal dengan Fitri hari Sabtu ni kita kena buat persembahan.”

Izzhar memandang Aliff yang seakan tergesa-gesa itu. “oh,ada apa?”

“hm,ada ceramah tentang baitul muslim.” Bab-bab berkahwin.

Izzhar mengangkat kening dan senyum. “whoa,menarik.”

Aliff ketawa halus. “ ingatkan dekat mereka tau. Kita bawa lagu
Permata yang di cari.”

“kumpulan apa ek nasyidkan?”

“hm, Dehearty yang nasyidkan. Oklah,aku dah lambat ni.”

“ada meeting dengan pentadbiran ke?”

“yup.”

“kirim salam dekat dekan.” Izzhar senyum nakal.

Aliff juga turut senyum. “right.. k.. assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Dekan itu ayah Izzhar.

____________________________________

Mesyuarat hari itu mengenai kenaikkan jawatan baru. Selaku president pelajar, Aliff wajib menghadiri mesyuarat tergempar itu. Lagipun dia akan meletakkan jawatan kerana lagi 3 minggu dia akan tamat pengajian. Sepatutnya tiga bulan yang lepas dia telah meletakkan jawatan tetapi pihak pentadbiran masih memohon agar dia masih setia dalam organisasi itu atas sebab tertentu.

Aliff keluar dari blok pentadbiran. Dia menuju ke masjid. Tak solat Asar
lagi ni. Lama sungguh mesyuarat tadi. Sedang dia berjalan matanya terpandang pada sebuah pokok. Bukan pokok itu,tapi insan yang duduk di bawah pokok itu.

‘Astarfiruallahalazim’ laju Aliff mengalihkan pandangannya dan melangkah kaki ke masjid. Memang setiap petang Rabu dia melihat sekumpulan wanita berkumpul di situ. Semuanya bertudung labuh. Err,termasuklah dia…

_______________________________________

“Nur,hari Sabtu ni ada ceramah tentang baitul muslim jom?” ajak Mira yang baru masuk dalam bilik.

Nur senyum. “Assalammualaikum Mira.”

“hehe. Sorry,waalaikumsalam.”

“awak excited sangat nak beritahu tentang ceramah tu sampai tak sempat nak beri salam.”

Mira telah pun duduk di atas katilnya sambil memandang Nur yang seakan sibuk dengan laptopnya. “yelah kot. Nak pergi tak? Kumpulan Ikwan buat persembahan tau.”

Nur menutup laptonya. “awak nak pergi dengar ceramah ke nak dengar kumpulan Ikwan bernasyid?” dalam nada berseloroh.

“dua-dua.”

Mereka berdua ketawa. “ok,kita pergi sama-sama ya hari Sabtu ni.” kata Nur. Sebenarnya memang dia dah tahu lama tentang ceramah itu. Mana tidaknya dia antara salah seorang yang menjayakan ceramah itu nanti. Dia nak cakap dekat Mira,tapi takut Mira terasa lagi dengan sikapnya yang menegur tentang couple tempoh hari.

Syukur,Alhamdulillah Mira yang mulakan dulu. Doanya di makbulkan,thanks Ya Allah ^_^

“ha,Nur lagi satu..”

“kenapa?”

“saya dah tukar nombor telefon.” kata Mira,

“telefon awak hilang ke?”

Mira senyum. “saja je tukar.” terasa perit untuk dia menelan air liurnya.

Nur hanya senyum kembali dan tidak bertanya lanjut kerana riak wajah Mira ‘macam’ sedih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s