Hazel – 6

“huish,lirik macam doa jodoh” Akmal merenung kertas A4 yang tercatat lirik nasyid Permata Yang Dicari-Dehearty.

Izzhar yang tengah mengetuk-ngetuk meja dengan irama yang tak dapat di kenal pasti menyampuk. “entah,aku baru tahu ada lagu tu. Aliff kata bawa lagu tu. Sesuai dengan tajuk ceramah.”

Fitri yang sedari tadi senyap kerana sedang membaca buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan Telaga Biru menutup buku itu. “Aliff mana?”

“lagi 5 minit dia kata dia sampai. Dia ada perjumpaan dengan bakal MPP.” Jawab Akmal.

Izzhar bangun dari kerusi. “Lappy mana? Nak dengar nasyid tu.”

“Lappy? Apa benda tu?” berkerut dahi Akmal menyoal.

“lap..” Izzhar memandang Akmal sambil melentokkan kepalanya ke kiri“..top.” sambungnya lagi. Pelik juga si Akmal ni tak tahu apa itu
‘lappy’.

Diam sekejap.

Lama untuk Akmal memproses maklumat “huish,hodohnya nama! Kalau laptop aku tu bernyawa mesti dia marah gila.” Protes Akmal. Fitri dan Izzhar hanya ketawa. Walaupun si Akmal ni budak 4 flat tapi kebiasaannya dia yang selalu ketinggalan perkara-perkara baru.

“dah..jangan benda kecik ni nak jadi isu pulak.” Pintas Fitri setelah ketawa mereka reda.

“Assalammualaikum.” Aliff masuk dalam bilik kecil itu. Bilik yang memang khas untuk kumpulan nasyid universiti.

“waalaikumsalam.” Jawab Fitri,Izzhar dan Akmal serentak.

Alif memandang ketiga-tiga sahabatnya itu. Pelik. “err,korang kenapa?” setahunya sebelum masuk tadi dah dengar suara sahabat-sahabatnya ini ketawa dari tempat letak kereta lagi.

Akmal senyum. Izzhar pun senyum. Fitri pun melakukan perkara yang sama. Aliff senyum – nak tak nak – . Kenapa semua senyap? Pandang macam apa je ni.

“er,kenapa?” soalnya lagi.

Ya,sahabat-sahabatnya masih lagi tersenyum.

Aliff menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fail di tangan di letak atas meja. “hm,dah faham dah..” Aliff melipat lengan kanan kemejanya. “..dah korang ketawa terbahak-bahak tadi.” Beralih pula lengan kiri kemejanya di lipat “..senyum-senyum ni nak kata tak ada apa-apa berlakulah.” Terus dia merenung seorang demi seorang.

Izzhar,Fitri dan Akmal ketawa halus. Mereka buat macam tu agar tak kena ceramah free Aliff malam-malam ni,saja tukar topic agar Aliff tak tanya ‘kenapa korang ketawa tadi?’ . Dekat masjid tadi punya tazkirah lepas Maghrib pun tak digest lagi. Aliff pantang kalau orang ketawa tanpa sebab macam orang gila ni. Katanya lagha(sia-sia).

Memang cara dia tegur tak menyakitkan hati tapi menusuk hati. Aliff kalau tegur orang memang lembut tapi berbisa. Walauapapun, Aliff sangat sporting dan ramai orang suka berkawan dengannya.

“Aliff,kenapa kau pakai baju kemeja malam-malam ni?” senyum Fitri setelah bertanya.

Aliff baru perasan. Tadi habis kelas dia ada perjumpaan. Lepas Asar tadi terus dia uruskan fail peribadi dekat Jabatan Rekod Pelajar tak sempat balik bilik terus pergi surau solat Maghrib. Tak sempat dengar tazkirah sebab ada perjumpaan tergempar dengan bakal MPP. Habis je,terus ke masjid solat Isyak, selamat baru masuk saff, so dia sempat jemaah. Then,terus datang sini. Huh,perutnya berbunyi. Lapar. Baru teringat tak makan apa-apa lagi.

“aku tak sempat balik bilik.” mendatar.

Izzhar tanya.“dari pagi kau tak makan?”

Aliff mengangguk. Meminta simpati.Mana tahu mereka nak belanja ke?

“dari habis kelas kau busy ke?” Akmal pula tanya.

“hmm.”

Fitri sekali lagi tanya. “kau tak mandi lagilah ni?” soalan ke ?

Aliff memandang sekeliling bilik itu. Matanya memandang kembali Fitri. “aku sentiasa wangi.” Ketiga-tiga sahabatnya mencebik.

“dah..dah..” Aliff menuju ke arah Izzhar yang bersama laptop Akmal itu.
“..la,yang kau tenung laptop ni kenapa,onn lah.”

“battery tak ada.”

“power cabel mana?”

“tak bawak.”

Aliff yang kepenatan tu bersuara. “korang tak de mood nak practice ke?”

Dan,ketiga-tiga sahabatnya mengangguk laju.

“ok,off. Tapi esok pagi kena practice tau sebab ceramah tu malam esok.”

“thanks Aliff.”

__________________________________________

Selepas tamatkan perjumpaan dengan kumpulan Al-Ikwan tadi terus dia ke café untuk makan. Lepas itu balik bilik. Selesai mandi dan bersiap tadi Aliff terus mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja belajar. Nama seseorang dicari dan button hijau di tekan. Tut..tut..
Salam berbalas.

“Umi,tak tidur lagi?” towel di leher di gantung di penyangkut. “..ohh,ayah mana?” dia menuju ke katil. “yeke. Apa?” Aliff mencapai kalendar “.. esok tak boleh lah umi..” lembut dia menjawab. “..oh,ok..InsyaAllah.” entah apa yang uminya katakan hingga dia ketawa dalam nada yang perlahan. “..ada jodoh tak ke manakan.” Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. “..kalau umi restu terus masuk minang je.” Dia perasan Akmal roomatenya masuk. “oh,ye. Baiklah. Selamat malam umi. Haa. Ok. Waalaikumsalam.” Talian di matikan.

Akmal yang baru masuk bilik itu tersenyum. “ kenapa kau senyum-senyum ni?” Aliff bangun menuju meja belajar.

“Aliff, lagu Dehearty tu best juga kan?”

“hmm.”

“lagu tu bagi kau inspirasi ke?”

Aliff memandang Akmal. “inspirasi apa?”

“that girl yang kau cerita.”

Aliff senyum. “yelah kot.”

Akmal mengangguk-ngangguk. “oh,bila nak masuk meminang dia?”

“entahlah, next week final. Habis final nanti lah.”

Akmal mengambil buku surah-surah pilihan di atas meja belajar dan duduk di katil. “nanti apa-apa jangan lupa beritahu aku.”

Aliff menyusun buku-buku di atas meja belajarnya. “InsyaAllah. Kau jangan beritahu sesiapa ya hal ni..”

“ok”

Seketika kemudian suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran suara Akmal mengalunkan surah Al-Mulk. Jika sudah membaca surah al-Mulk tu,maknanya Akmal nak terus tidurlah selepas itu. Aliff masih lagi membaca buku dan membuat nota. Memang sejak akhir-akhir ini dia tidur lewat dan bangun awal pagi. Ramai yang menegurnya sudah kurus kering. Hendak bagaimanakan tanggungjawab dunia perlu di laksanakan yang akhirat juga perlu di lebihkan. Tidur lewat untuk mengulakaji pelajaran. Bangun awal untuk melakukan qiamullai. Dia sudah biasa dengan keadaan itu.

Advertisements

2 thoughts on “Hazel – 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s