Hazel – 9

Setahun kemudian….

“Abang Syahazyle!”

Dia keluar dari dapur dengan memegang mug. “apa jerit-jerit ni Nia?” marahnya pada adik bongsunya itu.

“ada orang call. Nah!” telefon bertukar tangan.

Ganggang telefon di dekatkan dengan telinga. “Assalammualaikum.” dia mengambil tempat di sebelah telefon rumah. “siapa ni?” mug di letak di atas meja. “oh,kau. Lama tak dengar cerita?” senyum terukir. “aku balik ni,cuti. Cuaca dekat sana tak baik,aku? Alhamdulillah sihat.” Mata memandang TV yang mati itu. “oh,kau nak tanya apa?” dia mengurut pelipisnya. “err. Kenapa tiba-tiba kau tanya?” rupa-rupanya kawannya itu telefon kerana hendak bertanyakan sesuatu. “oh. Tak.”

Tiba-tiba hatinya sebak. “kalau ada jodoh aku dekat barat dia dekat timur pun boleh bersatu..” Mug di ambil dari meja di sua ke mulut. “aku yakin Allah merancang sesuatu yang baik. Yelah,bila kau balik Malaysia ni?” dia hanya mendengar kawannya di talian sana bercakap. “aku habis lagi setahun je. Lepas tu kerjalah. Oh,ye?” tiba-tiba dia ketawa.
“ha,oklah. Nanti banyak pula bil telefon. Ok, asslammualaikum”

Telefon di letak pada tempat asal. Tak sangka dah bertahun sahabatnya itu masih ingat akan ceritanya dulu. Dia senyum sendirian.
“kenapa senyum sorang-sorang tu?” tegur Pn.Alisa.

Dia senyum “tak ada apa-apalah.”

“kamu dah ada calon nak kahwin?”

Rasa nak tersembur sahaja air yang di minumnya itu.

“kenapa tanya?” lembut dia bercakap.

“ni,umi ada calon untuk kamu. Baik budaknya.”

Sudah. Umi nak carikan dia jodoh ke? Dia hanya senyap.

“..umi minat tengok dia. Baik aja. Cakap pun sopan santun.”

Dia masih senyap.

“bolehlah ya? lagipun umi nak lah juga eratkan hubungan umi dengan
mak dia tu. Kami dah kawan lama dah. Kalau jadi besan kira baiklah tu.”

Dia menggaru kepalanya.

“.. cinta lepas kahwin ni baik. Tengok umi dengan ayah. Bahagia sampai sekarang.”

“umi,saya tengah belajar lagi.”

“tapi kamu ada pendapatan kan? Syarikat yang kamu kerja tu sponsor semuanya.”

Dia senyap lagi. Tak pernah dia hendak membantah kata-kata umi.

“dulu yang kamu cakap kalau umi restu sampai masuk meminang tu siapa?”

Dia berfikir sebentar. “oh,itu. entahlah.”

“kalau boleh sebelum kamu balik Jepun balik, nikah je lah dulu. Nanti bila dah balik Malaysia bolehlah buat majlis.”

Aik,tak setuju apa-apa pun umi. “nanti dululah umi.”

“kamu jangan lambat-lambat. Pejam celik pejam celik cuti kamu dah habis dah.”

Dia mengangguk. “bagi 3 hari ya. hari keempat keputusan.”
“umi tunggu.”

_____________________________________________

Nur membaca wall-facebook Hazel. Kejap dia senyum,kejap dia tarik muncung. Selepas hatinya puas menelek facebook itu dia sign out dari facebooknya. Diari di sisi katil di buka.

DIARY!!!

Hmm,selamat facebook Hazel itu tak private boleh aku tengok walaupun tak jadi friend. Lama tak nampak dia. Lepas habis ceramah tahun lepas,masing-masing sibuk. Dia sibuk sebab dah final, aku still sibuk sebab tak habis belajar lagi. Nampaknya kali ini Hazel balik Malaysia kalau ikut status yang dia letak dekat wall tadi lah. Aku je yang tak boleh balik Malaysia kena duduk dekat Beijing ni.

Ya Allah,sampai ke hari ini minatku pada dia tak pernah hilang. Tak tahu kenapa. Rasanya dalam setahun ni ramai je yang nak berkenalan tapi tak satu pun menarik perhatian. Mama kata ada orang datang meminang, bila aku buat solat istiharah jawapannya negative. Selalu kalau aku buat mesti aku akan terdetik di hati Hazel, tak pun aku mimpi dia. Hm, kalau ada jodoh tak ke manakan.

Tengok gambar-gambar dia dekat Jepun macam gembira je duduk sana. Semoga dia berbahagia.

Ya Allah KAU jagalah hati dan iman Hazel agar dia tak jatuh ke lembah berdosa. Kalau ada jodoh tak ke mana kan. ..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s