Hazel – 11

Suasana di KLIA agak sibuk. Dia mengucapkan syukur dalam hati kerana selamat sampai. Alhamdulillah. Jika mengikut jadual sebenar memang dia tak balik lagi ke Malaysia. Di sebabkan Mira telefon dua bulan lepas beriya-iya menyuruhnya balik kerana ada sesuatu yang menarik katanya. Tak tahulah apa yang menarik. Nur terus melangkah sambil menarik bagasinya.

Jaket di perbetulkan. Topi di kerusi sebelah di padankan di kepala. Cermin mata hitam di dalam poket di pakai. Dia bangun dari kerusi. Beg sandang di sangkut silang di badan. Sebelum melangkah kalimah basmalah di ucapkan. Kaki melangkah.

“astarfiruallahalazim..” terkejut Nur apabila dia di langgar oleh seorang lelaki.

Dia terkejut. “maaf..”

Nur hanya menggeleng. Dia tidak memandang lelaki yang berkaca mata
hitam dan bertopi itu. “Is okay.” Dia meneruskan langkah dan menarik
bagasinya. Laju.

Aliff terkedu. ‘Nur..’ dia menghantar dengan pandangan mata pemergiaan wanita itu. Dia balik ke? Bukan dia dekat Beijing ke? Seperti mana Nur yang mengetahui cerita Hazel atau lebih tepat Aliff melalui facebook begitu juga Aliff. Dia mengetahui perkembangan wanita itu juga melalui post-post daripada facebook.

___________________________________

“umi kata lepas habis study baru nikah. Ni kenapa tiba-tiba je..” dia
duduk di berhadapan dengan uminya di ruang tamu.

Pn.Alisa senyum. “bukan apa, macam lama sangat je kamu tunang. Tak
baik. Nanti lepas habis belajar baru buat majlis.”

“lepas ni tak akan dia nak ikut balik Jepun kut?” dia tak kenal pun siapa tunangnya itu. Adalah umi pernah tunjuk gambar. Macam pernah tengok tapi tak ingat di mana. Ada juga umi sebut nama tapi waktu itu dia tengah fikir benda lain maka tak dengarlah. Nak tanya balik nanti umi kata dia tak tumpu perhatian pula. Nak tak nak senyap je lah.

“yelah. Tak akan kamu nak tinggalkan dia dekat sini kot.”

Dia menarik nafas. “baik.” Itu sahaja yang mampu terkeluar.

Cepatnya. Macam tak ada feel je. Tiba-tiba balik kali ni dah nak nikah.
Baru dua bulan tunang. Jumpa tak pernah. Telefon lagi tak pernah.
SMS? Pernahlah sekali. Itu pun sekali balas je.

+ Assalammualaikum, awak pasti nak bertunang dengan saya?

Dan tunangnya itu balas.

+ Waalaikumsalam, InsyaAllah jika itu yang terbaik.

Dan dia dah tak balas dah. Sampai ke hari ini. Tiba-tiba , balik kali ini dah nikah. Ya Allah andai ini yang terbaik. KAU permudahkanlah.

_____________________________________________

Nur membaringkan dirinya di katil setelah selesai solat Isyak . Sewaktu dia balik tiada siapa yang menjemput kepulangannya. Ya, Nur Zaharatul Jannah seorang anak yatim piatu. Ibunya meninggal sewaktu melahirkannya. Setelah itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda anak 3 dan ayahnya di jemput illahi sewaktu umurnya 5 tahun. Kini, ibu tirinya yang di panggil mama yang menjaganya.

Walaupun, mama tidak pernah mengambil tahu tentangnya tapi mama masih lagi bertanggungjawab dalam menyekolahkan dan memberi didikan agama. Walaupun dia tahu mama tidak suka dengannya tapi mama menjaganya seperti anak sendiri walau terkadang dia di persalahkan atas kecuaian adik-beradik tirinya yang lain.

Dia bersyukur sebab ada lagi insan yang lagi teruk darinya. Terima kasih Allah.

Mata cuba di pejamkan. Tiba-tiba, telefon berdering..

Salam berbalas.

“saya ada di rumah ni.” mata memandang syiling.

Suara riang di talian. “esok datang U..”

“buat apa?” dahi berkerut.

“ada ceramah.”

Nur senyum. Lama tak dengar ceramah. “lepas Magrib ke?”

“yup.”

“InsyaAllah onn. Mira..”

“ya?”

“perkara surprise tu apa?”

“oh, lusa kita pergi Masjid Putrajaya.”

Tangan memicit pelipis. “ ada apa dekat Putrajaya punya masjid?”

“ada majlis.”

Huh. “ majlis apa?”

“majlis akad nikah.”

Dia tercengang. “ siapa yang nikah?”

Ketawa perlahan. “itu kena tunggu. Orang tu suruh rahsiakan dulu.”

“ ‘orang tu’ ke yang nak nikah? Sapa nikah sapa ni?”

“nanti tahu lah. Nama pun rahsia. Kalau saya cakap sekarang, bukan
rahsia lagi dah.”

“okay.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s