Hazel – 12

Nur mengunci semua pintu di rumah. Mama dan adik beradik yang lain pergi Langkawi. Malam ini dia akan ke masjid di universitinya dahulu kerana ada ceramah. Dia juga akan bermalam di rumah keluarga Mira kerana esok hendak ke masjid Putrajaya.

Mira setia menunggu di dalam kereta Kancil pemberian papanya. Dia senyum melihat kelibat Nur yang menghampiri kereta.

“letak beg baju itu dekat sit belakang je.”

Nur membuka pintu belakang. Beg itu elok di letak di tempat duduk belakang. Setelah itu pintu depan pula di buka. “susahkan Mira je jemput saya dekat rumah.”

“apalah Nur ni. kitakan saudara mana ada istilah susah.”

Nur hanya senyum. “Aisyah tak ikut?”

“oh,dia sibuk sikit.” Mira menumpukan perhatian untuk memandu.

____________________________________
Kaki melangkah masuk dalam masjid itu. Azan maghrib telah pun berkumandang. Para jemaah berpusu-pusu menuju ke arah saff. Nur senyum. Dia rindu saat ni.

Selesai solat – berzikir – membaca doa. Nur bangun. “Mira, saya nak pergi toilet sekejap.” Mira hanya mengangguk. “saya letak telekung ni sini. Waktu ceramah start saya nak duduk sini.” Kata Nur lagi. Kain telekung di letak di sebelah Mira. Tiba-tiba hatinya terdetik ‘Hazel.’

Entah kenapa? Tak ada rebut tak ada angin terdetik pula. Dua bulan dia cuba melupakan segala-galanya. Kini, teringat pula. Nur cepat-cepat menepis. Kaki melangkah ke tandas.

Selesai mengambil wudhuk kembali Nur berjalan menuju ke dalam masjid. Alamak,tirai muslimah dah buka, malunya nak masuk. Perlahan-lahan Nur masuk menyelinap mencari Mira. Jumpa!

“Assalammualaikum,…” Nur yang baru hendak duduk bersimpuh itu terkedu apabila mendengar suara penceramah yang memberi salam itu. Kepala di dongakkan agar memandang meja di tempat duduk imam.
Aliff.

“..Alhamdulillah,syukur kehadrat illahi masih memberi peluang kepada saya untuk berceramah. Alhamdulillah, harap anda semua sihat. Mula-mula tu kawan saya Fitri ajak saya ke masjid U hari ini, saya pun onn lah kebetulan balik Malaysia kali ini, katanya ada ceramah..” semua khusyuk mendengar mukadimah si penceramah. “.. tiba-tiba dia kata, Aliff kau bagi ceramah lah, penceramah asal tak datang. ,mau tak terkelu lidah ni, tak ada preparation langsung.” Aliff senyum.

“..alhamdulillah, sebelum sembahyang maghrib tadi Allah bagi idea. So,malam ini saya nak bawak tajuk ceramah ‘lidah tidak bertulang’.”

Kelihatan beberapa orang pelajar sedang mencatat sesuatu di buku nota mereka. Termasuklah Mira dan Nur yang masih terkejut itu.

Aliff membetulkan letak duduknya. “..dulu, di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang sangat taat perintah agama. Walaupun sudah lama berkahwin mereka masih tidak di kurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, mereka sangat bahagia dengan rezeki yang Allah beri. Mereka masih lagi bersabar.”

Semua jemaah khusyuk mendengar.

“suatu hari, si suami di kehendaki ke luar kota dan terpaksa meninggalkan si isteri. Sebelum pergi ke luar kota, si suami mengambil seorang orang gaji untuk menemani si isteri sepanjang ketiadaan dia nanti.”

Aliff masih tenang bercerita. “ hari berganti hari, minggu berganti minggu dekat sebulan si isteri bersama dengan orang gaji itu. Si isteri seronok dengan kehadiran orang gaji itu kerana dia seorang wanita yang baik dan pandai mengambil hati majikan.”

“..suatu petang, orang gaji ini bertanya pada majikannya yakni si isteri. ‘puan,tidak teringin akan cahaya mata kah?’ si isteri pun menjawab ‘sudah semestinya mahu.’ Orang gaji pun memberi cadangan. ‘jika puan ingin akan cahaya mata, puan kena ambil sedikit janggut tuan dan setelah itu berikan pada saya.’ Si isteri terkejut. ‘eh,benarkah? Kamu mahu apakan janggut itu?’

Orang gaji itu senyum tenang. ‘jangan fikir yang bukan-bukan puan. Janggut itu sebagai ganti untuk puan mendapat cahaya mata kelak.’ Si isteri bertanya lagi. ‘khurafat namanya itu.’ ” Aliff masih bersemangat cerita.

“ ‘jangan risau puan,nanti janggut yang itu akan di bacakan ayat Al-Quran dan di tanam, tapi ada syarat untuk puan ambil janggut itu.’ si isteri bertanya lagi ‘syarat yang bagaimana?’ orang gaji pun berbisik ‘puan,kena ambil janggut itu sewaktu tuan tidur. Puan sorokkan dahulu gunting di bawah bantal. Setelah rasa tuan sudah lena, puan guntinglah janggut itu.’ ”

Seketika Nur di tempat muslimat tersenyum. Seronok mendengar cerita daripada Aliff yang siap dengan ajukkan suara. “hari pun makin berlalu. Si suami pun akan pulang ke rumah. Sewaktu si isteri ingin menjemput si suami, orang gaji menghalang. Orang gaji itu menyuruh si isteri menghias rumah untuk menyambut ke pulangan suaminya. Orang gaji itu pun pergi ke pelabuhan untuk menyambut majikannya.”

“sampai sahaja di pelabuhan si suami pelik dan bertanya pada orang gaji ‘di mana isteri saya? Kenapa dia tidak menjemput saya?’ si orang gaji membuat muka sedih ‘puan,sedang bermesraan dengan lelaki lain tuan.’ Si suami terkejut ‘kamu jangan memfitnah! Saya tidak percaya.’
Orang gaji bercakap lagi dengan nada yang sedih ‘percayalah tuan.
Malam ini puan sudah merancang dengan kekasihnya untuk membunuh tuan. Puan,akan meyimpan gunting di bawah bantal dan membunuh tuan.’ Si suami senyap. Dia tidak percaya langsung akan kata-kata orang gajinya itu. Dia cukup percaya akan isterinya.

Aliff menarik nafas. “selepas sampai di rumah, si isteri menyambut ceria kepulangan suaminya. Si suami tidak syak apa-apa. Apabila waktu malam si suami resah gelisah. Dia khuatiri apa yang orang gaji cakap petang tadi betul. Justeru, si suami pun pura-pura tidur. Manakala, si isteri yang sangka si suami telah tidur nyenyak itu mengeluarkan gunting di bantal untuk mengambil sedikit janggut suaminya.”

Semua yang mendengar ternanti-nanti akan cerita daripada Aliff.

“..si suami buka mata dan terkejut melihat isterinya memegang gunting dengan pantas si suami mengambil gunting itu dan menikam berkali-kali isteri tercinta tanpa mendengar penjelasan. Orang gaji itu menghebohkan kepada jiran-jiran yang si suami membunuh si isteri.

Apabila jiran-jiran masuk ke rumah mereka terkejut melihat si isteri sudah tidak bernyawa dan si suami berlumuran darah dengan memegang gunting. Jiran-jiran membawa si suami keluar untuk di hukum gantung. Sekian.”

Ada riak muka yang terkejut. Ada riak muka yang tersenyum. Ada riak muka yang – tak ada riak.

Aliff tersenyum. “see. Di sebabkan lidah tak bertulang ini , suami isteri yang taat perintah Allah, yang saling sayang menyanyangi pun boleh termakan kata-kata dusta.”

Mira sempat berbisik pada Nur. “bestlah cerita dia.” Nur hanya senyum.

“justeru itu, kita jaga lah setiap perkataan yang terkeluar dari mulut ini. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata?…” Aliff berhenti. “.. terlajak kata ? renung-renungkan..”

Advertisements

One thought on “Hazel – 12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s