Hazel – 13

DIARY !!!

Ya Allah.. tak sangka Hazel pun balik ke Malaysia. Tak sangka juga Hazel akan memberi ceramah. Semua tak sangka. Ya Allah, tenangkan hati hamba jika dia bukan jodoh hamba. Hamba redha Ya Allah. Hamba tahu KAU sedang merancang yang terbaik untuk diri ini. Hamba akan bersabar.

Nur memasukkan kembali diarinya ke dalam beg. Selesai solat Maghrib – dengar ceramah – solat Isyak. Dia dan Mira terus pulang ke rumah keluarga Mira. Esok mereka akan ke masjid. Tidak tahulah apa yang surprise. Nur senyum dan menuju ke katil Mira.

_____________________________

Aliff memberi salam kanan dan kiri. Tangan di raup di muka setelah itu di tadah.

“Ya Allah, ampuni dosa-dosaku Ya Allah.. dosa kedua ibu bapaku.. dosa sanak saudaraku.. dosa guru-guruku..dosa sahabat-sahabatku dan dosa muslimin dan muslimat sekalian. Ya Allah, Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ampuni kami Ya Allah. . .

Ya Allah, andai benar esok adalah ketentuan dan takdir serta perancangan yang baik dari-Mu untukku Ya Allah, hamba redha..” sebak.

“Ya Allah, KAU Maha Mengetahui bahawa hamba mencintai Nur Zaharatul Jannah itu pada mula hamba terdengar dia membaca kalimah suci-Mu Ya Allah.. andai jodoh hamba bukan dengannya hamba redha Ya Allah..” air matanya mengalir.

“..tenangkan hati hamba Ya Allah. Hamba rasa sangat sedih apabila terlihat dia masuk ke dalam masjid sewaktu tirai muslimat di buka tadi Ya Allah. Hati ini hanya KAU yang tahu bertapa hamba mengharap dia yang menjadi permaisuri hati ini..”

“Ya Allah, KAU tenangkan hati hamba. Jika memang benar tunang hamba itu adalah jodoh yang terbaik untuk hamba menuju syurga-Mu, untuk urusan dunia dan akhirat, KAU permudahkanlah urusan akad nikah esok Ya Allah. KAU izinkan lah hati ini untuk mencintai tunangku itu kerana-Mu, suburkanlah cintaku untuknya kerana-Mu Ya Allah..”

Selesai solat sunnat itu Aliff mengambil Al-Quran. Hatinya sedih , tapi dia tahu Allah Maha Mendengar. Dia tahu Allah sedang mengujinya. Dia tahu hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Ya, dia tahu….

___________________________________

“Mira, memang tak boleh cakap ke apa yang surprise sangat dekat masjid Putrajaya ni?” Nur duduk di sebelah pemandu.

Mira senyum. “bila kaki dah jejak dataran Putrajaya nanti saya bagitahu surprisenya apa.”

“peliklah.” Nur memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

“Nur,nanti awak tahulah.. mesti awak tak sangka sangat.!”

Nur hanya senyap. Hati dah berdebar-debar dah ni. Mira membelokkan
keretanya. Nur memandang pemandangan di dataran Putrajaya itu.
Sewaktu kereta Mira mendekati kawasan masjid terdapat banyak
kereta. Siapalah agaknya nak nikah ni.?

Mira menarik hand break apabila keretanya sudah masuk di petak meletakkan kenderaan. “Nur, dulu awak ingat tak saya,awak dengan Aisyah pernah cakap, siapa yang akan kahwin dulu.”

Nur berfikir. “ingat..”

“apa awak ingat?”

“saya ingat, kita berdua kata Aisyah yang akan kahwin dulu, tapi dia kata tak, dia kata saya yang akan kahwin dulu..” jelas Nur dan tersenyum teringat peristiwa itu.

“jom.” Tiba-tiba Mira ajak turun.

Mereka menuju ke pintu masuk masjid. Mereka berjalan untuk masuk dalam masjid. Nur melihat ramai orang tengah duduk. Mestilah,nama pun majlis akad nikah. Mira menarik tangannya. Tiba-tiba,Mira berhenti. Nur juga turut berhenti. Terkejut.

“Aisyah.” Nur terkejut melihat Aisyah berbaju kurung warna putih siap ber-make-up.

“Nur.. lambat awak sampai dah akad nikah dah. Sekarang suami saya
tengah buat sujud syukur.” Aisyah terus menerpa ke arah Nur dan
memeluk sahabatnya.

“lah..yeke. takpe,takpe ini ada rezeki lagi nak tengok majlis pembatalan air sembahyang.” Seloroh Nur setelah pelukkan dia dan Aisyah terurai.

Mira senyum.

“jom, Mira, Nur… saya nervous ni..” Aisyah mengajak sahabatnya itu
agar duduk di sebelahnya.

“siapa suami awak?” soal Nur gembira. Tak sangka Aisyah yang akan
nikah dulu.

“Aisyah,Nur .. saya nak pergi ke tandas jap.” Mira terus berlalu tanpa
menunggu respond.

“Aisyah, sedia. Suami kamu dah sudah.” Kata seorang mak cik.

Nur hanya tersenyum sahaja duduk di sebelah Aisyah. Tangan
sahabatnya itu di genggam sebagai memberi semangat sebelum si
suami datang untuk pembatalan air sembahyang.

Terkedu.

Terkejut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s