Hazel – 14

Nur terkedu melihat suami Aisyah itu adalah ‘Hazel’nya.

Aliff terkejut melihat Nur di sebelah isterinya.

Aisyah terlampau gemuruh hingga tangannya tidak terkeluar sewaktu
Aliff menghulurkan tangan untuk menyarung cincin. Nur perlahan-lahan membantu mengangkat tangan Aisyah agar bersatu dengan tangan Aliff. Sebak.

Hatinya terguris apabila Aisyah automatik bersalaman dengan suaminya itu. Dan bertambah terguris apabila di depan matanya dengan jarak yang dekat secara spontan Aliff mencium dahi isterinya. Air mata di tahan dari keluar, senyum terpaksa di ukir.

Ya Allah sakitnya rasa ini….

Nur perlahan-lahan bangun. Dia berjalan ke arah yang tidak banyak orang dalam masjid itu. Air mata sedaya upaya di tahan dari menitis.

Sakit !

“eh,Nur.. awak nak ke mana?” soal Mira yang baru keluar dari tandas.

Nur teragak-agak. “er, saya kena balik sekarang. Ada urgent sangat ni.”

“saya hantar?”

“eh,tak apa. Awak temankan Aisyah. Kata saya kirimsalam dengan lafaz Assalammualaikum. Saya ada perkara penting hendak di urus.”
Sakit hati Nur apabila terpaksa menipu Mira.

“tapi..”

“saya pergi dulu Mira. Assalammualaikum” Nur terus berlalu. Mira hanya mengangkat bahu dan berjalan menuju ke arah Aisyah. Mungkin penting sangat.

Keluar sahaja dari masjid air matanya mengalir deras.

Nur, jangan menangis.

Sakit.

Nur, dia bukan jodoh kau.

Aku tahu.

Nur, sabar.

Maaf, air mata ini bukanku pinta untuk mengalir.

Nur, Allah merancang yang terbaik untuk kau.

Maafkan hamba Ya Allah.

Sudahlah Nur jangan menangis.

Izinkan aku menangis kerna rasa ini sakit sangat.

Ingat Allah Nur.

Astarfiruallahalazim, Ya Allah,maafkan hamba menangis kerana cinta
duniawi.

Dia bukan jodoh kau Nur.

Ya Allah tenangkan hatiku.

Air matanya deras mengalir. Nur menahan teksi. Sewaktu masuk dalam teksi tadi telefon yang di genggamnya terlepas dan jatuh di jalan. Nur tidak perasan. Terus dia menyuruh pak cik teksi itu menghantarnya ke alamat yang di sebut tanpa menyedari telefonnya jatuh. Sabarlah hati..

Advertisements

4 thoughts on “Hazel – 14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s