Hazel – 15

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Nur menutup tafsir Al-Quran mini itu. Perlahan-lahan dia membuka telekung di kepala. Setelah itu di lipat. Tafsir Al-Quran dan telekung di letak atas rak. Kaki melangkah lemah ke arah katil. Beg tangan di capai.

“Ya Allah..mana telefon ni..” puas dia mencari. Tidak jumpa. Tiba-tiba, dia terjumpa satu kertas. “..appointment dengan Dean.. lagi 4 hari..hmm,kena balik Beijing esok juga ni..” Nur turun ke ruang tamu bawah. Mama dan adik-beradik tirinya belum pulang dari Langkawi.

Nombor seseorang di dail. “tak dapat..” dia berfikir sesuatu.
“memanglah tak dapat. Mira dah tukar nombor telefon. Tak ingat
nombor baru dia. Nombor lain pula di dail. Setelah panggilan berjaya
dan permintaannya di terima Nur tersenyum. Telefon di letak kembali.

“Alhamdulillah,dapat tiket untuk balik ke Beijing esok.” Nur berlari anak ke bilik. Kena kemas barang ni.

___________________________________

Dia mencari tempat duduknya. Senyum terukir. Jumpa. Nur terkejut. Kenapa dapat tempat sebelah kanan dan kiri lelaki ni. Seorang lelaki perasan Nur tercegat di situ. Di melihat kawasan tempat duduk mereka. Ada tiga tempat duduk. Di tengah kosong. Mungkin wanita ini tak mahu duduk di tengah-tengah.

“awak..” panggil lelaki itu.

Nur memandang.

“awak duduk sini. Biar saya duduk tengah.” Offer lelaki itu.

Nur teragak-agak melihat lelaki yang berkopiah itu.

“tak apa. duduklah.” Lelaki itu telah pun beralih ke tengah. Jadinya Nur
duduk paling kanan. Nanti senang nak keluar.

Nur duduk. “terima kasih.”

Lelaki itu senyum. “macam pernah lihat.” Kata lelaki itu.

Nur hanya senyap. Baru dia ingat,bukan ini Akmal ke? Ahli nasyid
Al-Ikwan.

“awak Nur ya?” soal Akmal.

Nur terkejut. Huish,mana kenal nama aku ni. “hmm.”

“awak pergi Beijing ke?”

Dah la tu ramah-tamah ! “hmm”

Akmal senyum dan mengangguk.

_________________________________________

Alhamdulillah,sampai juga. Nur terus mengambil barang-barangnya dan
terus keluar dari kapal terbang itu tanpa berkata apa-apa pada Akmal.
Tak biasa dia nak berbual-bual, nak beramah mesra dengan lelaki ni.

Akmal hanya menghantar dengan pandangan mata. Tiba-tiba matanya
jatuh pada buku di atas tempat duduk Nur tadi. Buku itu di telek.
‘Hikayat Hazel’. Buku apa ini? Akmal cepat-cepat menyimpan buku itu
dalam beg apabila lelaki di sebelah kirinya menyuruh dia keluar.

Advertisements

One thought on “Hazel – 15

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s