Hazel – 16

Sudah dua hari Nur tiba di Beijing. Hari-harinya banyak berdiam diri dan membaca Al-Quran. Dia tahu hanya mengingati Allah hatinya akan tenang.

Nur barjalan menuju telefon yang telah di khaskan untuk menelefon.
Langkahnya terhenti apabila rakan sebiliknya menegur.

“Nur..” dia menoleh.

“kenapa Laila?”

“telefon tu rosak.”

Nur senyum. “terima kasih.” Niatnya nak telefon mama. Nampaknya terbantutlah.

Ya Allah jadikanlah kami termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami terhadap putus asa dari rahmatMu.

Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu atas segala nikmat dan ujian. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik dari sisiMu. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.

Nur menyemak jadualnya. Sepatutnya waktu pertukaran pelajar akan tamat lagi tiga bulan. Nur berfikir ‘kalau mohon sambung master dekat sini lagi boleh ke?’ Nur menyelak-nyelak lagi kertas-kertas itu. Kena beritahu mama kalau nak buat apa-apa pun. Masalahnya telefon hilang, telefon dekat sini pula rosak. Nak buka facebook? Hm,tak apalah, hati baru je nak sembuh dari luka. Nanti terbaca apa-apa yang boleh buat luka lagi…hui,sakit. Tak mau, tak mau.

Nur berjalan ke arah begnya. Niat nak cari diari. Puas di selongkar semuanya. Mana ni? ‘Ya Allah, mana hilangnya buku ni…’ Nur duduk seketika di katil dan berfikir. Sungguh dia tak ingat kali terakhir buku tu di mana. Biarlah dia hilang. Moga sedih ini juga turut hilang.

_____________________________________

“kita kena ada semangat untuk tegakkan agama kita !! agama Islam ni !! kita cuba hayati kisah Sultan Muhammmad Al-Fateh ! muda-muda dah jadi ketua angkatan perang ! kita kena ada semangat ! Islam itu agama kita !! ”

Nur tercengang melihat lelaki yang memberi ceramah itu. fuh, semangatnya dia. Nur melihat atur cara majlis itu untuk mengetahui siapa penceramah itu. Syahazyle Aliff.

‘nak sebut apa ni? sya-hazli ke? Sya-hazel ke? Apa ke pelik benar nama ni?’ sedang leka melihat nama dan berfikir untuk memanggil apa bahunya di sentuh. Dia menoleh. “eh, Aisyah..”

“Nur,esok majlis penutup orientasi..”

Nur mengangguk dan senyum. Kertas itu kembali di letak dalam beg.

******************

“kalau kita suka orang tu, boleh ke,kita cakap dengan dia , saya suka awak?”

Aisyah senyum. “buat malu je lah kita cakap dengan dia kita suka dia..”

Nur mengangguk. “habis tu?”

“kalau boleh biarlah Allah sahaja yang tahu kita suka dia. Jihad tu.
Kalau ada jodoh kita dengan dia tak ke mana”

“tapi kalau dia jenis yang soleh? Dulu Saiditina Khadijah menyuruh orang melamar Rasulullah..?”

Aisyah senyum lagi. “itu beliau pasti dia nak kahwin dah. Kalau kes kita ni tengah belajar, kalau kita cakap dengan orang yang kita suka tu, nanti takut-takut dari suka sebab Allah jadi suka lain pula.. nanti dah masuk bercouple pula. Nanti takut terjerumus dalam zina hati, zina mata…”

“Aisyah, saya nak suami yang soleh.”

“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI ” Aisyah menekankan perkataan jadi dan cari itu. Nur terharu.

“saya nak pakai tudung labuh.” Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut
Nur. “saya nak ikut awak join usrah.” Dia sambung lagi. “saya nak jadi
solehah.”

Aisyah senyum.

Nur senyum. Tanpa di sedari air matanya mengalir. Teringat kenangan
yang dia berubah. Dia nak jadi solehah. Selepas berkenalan dengan
Aisyah dia kenal pula dengan Mira. Seperti mana Aisyah menariknya
agar ke landasan yang di redhai Allah begitu juga dia menarik Mira agar
ke landasan yang di redhai-Nya.

Persahabatan kerana Allah sangat indah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s