Hazel – 17

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kini, telah tamat kehidupan Nur di Beijing. Saat yang di tunggu untuk pulang ke Malaysia. Sepatutnya 4 bulan yang lepas dia tamat program pertukaran itu, tapi rezekinya untuk menimba pengalaman di sebuah syarikat menangguhkan niatnya untuk pulang ke Malaysia. Sudah lama dia tidak menghubungi mama,Mira dan Aisyah di Malaysia. Mungkin hampir setahun. Mana tidaknya, telefonnya hilang – nombor telefon orang memang dia tak ingat . Telefon di kediamannya di Beijing telah tukar nombor baru. Jadi orang di Malaysia memang tidak dapat menghubunginya. Tambahan lagi dengan kehidupan yang kian sibuk.

Niat untuk menyambung master di negara itu di tanggungkan dahulu. Nur menarik bagasinya. Beg tangan di bahu kanan di perbetulkan. Langkah di perkemaskan. Niat basmallah di mulakan.

______________________________

“Assalammualaikum.”

Semua mata di ruang tamu itu memandangnya. Nur senyum. Perlahan
dia melangkah masuk ke dalam.

“ha, baru nak balik?” sinis sahaja kata-kata mama.

Nur senyum. “mama sihat.?” Nur bersalaman dengan mamanya.

“sihat je. Hm,ni kamu dah balik ni bagus lah. Tak adalah orang tu nak
menunggu lagi.”

Dahi Nur berkerut. “tak fahamlah mama.”

“dulu lepas sebulan kamu balik dekat Beijing ada orang melamar. Mama
call banyak kali tak pernahnya nak dapat. Mama suruh adik-adik kamu
ni tengok facebook kamu, kamu tak pernah online pun, mama suruh
bagi message kamu tak balas.”

Nur senyap. Memang salahnya. “maaf,telefon saya hilang. Telefon
dekat sana dah tukar nombor baru.” Facebook – saya takut nak buka.
Hanya dalam hati sahaja jawapan itu.

“ni,kamu pergi mandi semua. Nanti turun bawah, bincang perkara ni.
Lama dah dia menunggu jawapan.”

Nur akur. Dia melangkah ke arah tangga untuk ke biliknya.
Kepulangannya kali ini sangat mengejutkan. Siapa yang datang
melamar sebulan selepas aku ke Beijing?

_________________________________

“tapi ma.. bagi lah saya peluang untuk fikir dahulu.”

“tak payah fikir dah. Kamu ikut je cakap mama ni. Terima dia.” Tegas
mamanya bicara.

Nur diam. Tak di kenal siapa lelaki itu. Tiba-tiba, mama suruh terima –
minggu depan nikah sebab nak dekat setahun lelaki tu tunggu
keputusan. Tak akan drastik sangat.

“Nur nak ke bilik.” lembut dia berkata. Sebak. Nak di bantah kata
mamanya dia tak berani. Mama dah banyak kali berkorban deminya.
Mama sanggup menjaganya. Mama membanting tulang empat kerat
untuk menyara yuran sekolahnya dulu.

Tafsir Al-Quran di capai. Nur memejamkan mata. ‘Ya Allah berikan aku
petunjuk’ perlahan dia membuka tafsir itu secara rambang. Matanya
jatuh pada ayat :

‘ boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui ’ 216,Surah a-Baqarah

Air matanya mengalir. Andai ini takdir dari-Mu .. Ya Allah, hamba redha…

____________________________

Seminggu itu amat pantas baginya. Mujurlah dulu sewaktu di universitinya dia dapat menghadiri kursus kahwin bersama Aisyah dan Mira. Nur duduk bersimpuh di dalam masjid itu. ramai memujinya cantik.
Berbaju kurung serta bertudung bidang 60. Rasanya dia tidak ber-make
up lebih-lebih pun tadi. Alhamdulillah,ciptaan Allah semua cantik.
Segala puji hanya buat Allah.

Nur tidak mengkhabarkan berita ini pada Mira. Hendak bagaimanakan. Dia ke rumah Mira tetapi rumah itu telah di sewakan. Baru dia teringat Mira pernah mengatakan yang dia satu keluarga akan pindah ke kampung.

Nur hanya senyap. Berdebar-debar dia rasa. Kadang-kadang hatinya di rundum sedih kerana tiada sahabat yang di sayangi di sisi hanya saudara mara menemani. Kedengaran suara imam berkhutbah. Memang Nur sedari tadi tunduk sahaja. Entah kuasa apa yang membuatkan dia tidak mahu memandang bakal suaminya itu. Lagipun memang dia tidak biasa memandang lelaki ini.

Kalau dulu memang dia ada memandang Hazel/Aliff tapi hanya sekali dan sekejap. Orang kata sekali itu rezeki. Dua kali itu – wallahualam. Tak payah tambah dosalah.

Masa pantas. Sepantas cahaya kilat. Nur berdebar-debar sewaktu mamanya suruh bersedia kerana suaminya telah habis melakukan sujud syukur.

Berdebar-debar.

“Assalammualaikum, Nur Zaharatul Jannah.” Kepala di dongakkan.

Akmal?

Advertisements

2 thoughts on “Hazel – 17

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s