Hazel – 18

Matanya beralih pula pada Mira yang tersenyum di sebelah Akmal. Air matanya mengalir tiba-tiba sewaktu Aliff menghulurkan tangan kanan – yang memberi salam itu Aliff. Nur sungguh tak faham. Dia tidak menyambut tangan Aliff itu.

Mira berbisik di telinga Nur. “tak baik awak biarkan suami awak macam
tu..” Mira mengambil tangan Aliff agar di satukan di tangan Aliff.
Perlahan-lahan Nur menghulurkan tangan. Tiba-tiba, di tarik kembali
tangannya.

Semua yang berada di situ terkejut. Aliff hanya senyum. Tanpa Aliff dan Nur sedari, Akmal telah menyuruh orang ramai meninggalkan mereka berdua. Pada mulanya memang semua terkejut. Suka hati je nak suruh orang keluar tetapi bahasa lembut Akmal itu seakan pukau untuk orang dalam masjid itu keluar meninggalkan Aliff dan Nur di tengah-tengah masjid itu.

Mira dan Akmal senyum sewaktu hendak berlalu pergi .

“sayang, tak baik tau biar suami tunggu hulur tangan lama macam ni.
Penat tau..” kata Aliff.

“saya..saya..saya tak nak bermadu dengan Aisyah..nanti Aisyah
sedih..” air matanya mengalir. “saya.. pasti dia akan sedih

sangat..saya tak nak dia sedih dan terguris.”

Aliff mengesat air mata Nur. “dah nikah dah pun. Dah sah dah pun.”
Lembut Aliff berkata.

Nur sentap. Ya Allah…….

“Nur, lama saya tunggu awak tau..”

Nur hanya diam dan tunduk.

Aliff mengambil tangan Nur dan di cium. “saya cintakan awak kerana
Allah.” Cincin di sarung pula di cari manis Nur. “saya harap pernikahan
ini di redhai-Nya” Tak pernah di buat orang suami yang mencium
tangan isteri.

Tiba-tiba Nur memeluk Aliff. “saya sayangkan awak. Saya pun cintakan
awak kerana Allah. Saya nak awak bimbing saya ke jalan-Nya tapi saya
tak sanggup nak biarkan Aisyah sedih dengan cara ni..” teresak-esak
Nur menangis dalam pelukkan Aliff itu.

Nur menguraikan pelukkan apabila sedar yang kini dia berada dalam
masjid.

Sekali lagi Aliff mengesat air mata Nur. “sshh..Aisyah dah lama kembali
ke rahmatullah, sayang..”

Nur tersentap. Tipu! “saya tak percaya..”

“selepas saya nikah dengan dia hari tu, dia beriya-iya hendak
memandu kenderaannya untuk pulang ke rumah. Dia kata dia nak pergi
ke suatu tempat dahulu. Saya nak hantar , dia tak bagi. Kenderaan
yang di pandu Aisyah berlanggar dengan lori. Arwah tak dapat di
selamatkan.” Tiba-tiba hati Aliff sebak. Tak di sangka baru beberapa
jam wanita itu menjadi isterinya sah tiba-tiba dia menemui ilahi dahulu.
Sungguhlah, ajal itu tidak mengenal masa,siapa dan tempat.

Nur diam. Air matanya deras mengalir. Ya Allah………. Aisyah..

___________________________________

Aku meminta kepada ALLAH setangkai bunga segar namun
diberikan-NYA aku kaktus berduri. Aku meminta kupu-kupu, tapi
diberikan-NYA ulat. Aku kecewa dan sedih, tetapi tetap sabar. Namun
tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu
menjadi kupu-kupu. Rupanya begitulah cara ALLAH mengasihi dan
mendidik hamba-NYA….

Majlis akad nikah berjalan lancar. Tak sangka Nur majlis
perkahwinannya akan diadakan di salah satu dewan di Putrajaya.
Sungguh,dia tak tahu suaminya itu telah merancang semua dengan izin
Allah.

“termenung apa tu?” sapa Mira.

Nur tersentak. “eh,awak.. hm,tak ada apa-apa. Saya nak ziarah kubur
Aisyah nanti.”

“bila?”

“tak tahu lagi. Awak teman ya?”

“saya kena mintak izin suami saya dulu.” Terkejut Nur. Bila pula si Mira
ni kahwin.

“maksud?”

“saya dah nikah dengan Akmal. Itulah,awak tak perasan ke saya tag
awak dekat facebook kad perkahwinan saya.?”

Nur hanya diam dan senyum. Patutlah tadi Akmal pegang tangan Mira
sewaktu hendak keluar masjid.

“apa kata Nur pergi dengan Aliff?”

“tak maulah.”

“laa..kenapa?”

“saya segan.”

Mira ketawa. “awak ni.. nak segan apanya. Suami awak dah pun.”

“ha, bualkan apa ni?” sergah Akmal.

“ni ha..Nur..” pantas Nur memukul perlahan paha Mira agar tak berkata
apa-apa.

“tak ada apa-apa.” Jawab Nur.

Tiba-tiba Aliff datang dan terus duduk di sebelah Nur. Rasa nak jatuh
je jantung Nur ke lantai. “bincang apa ni?”

“tak ada apa-apa.” Jawab Nur lagi. Huh,gemuruh. Tak pernah terfikir
nak duduk dua-dua dengan lelaki ni. Rapat-rapat pula tu. Hei, Nur dah
sah jadi suami lah.

Akmal bangun. “aku rasa, aku balik dulu lah Aliff. Esok kami datang
awal.”

“ok, datang tau.” Pesan Aliff.

“sure.”

“awak saya balik dulu.” Mira bersalaman dengan Nur.

“Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.” Hanya mata mereka menghantar pasangan itu.

Diam.

Tiba-tiba, Aliff mengeluarkan sebuah buku dari belakangnya. Terkejut
Nur. Buku itu cukup di kenalinya. Hikayat Hazel. Nur hanya diam. Aliff
membelek-belek buku itu.

“Hikayat Hazel?” Aliff membuka muka surat pertama. Nur dah muka
merah. Ya Allah, malunya!

Syahazyle Aliff = Hazel (aku tak tau nak sebut nama dia apa, Hazel tu
okay lah kot.)

“Eh,kenapa ada nama abang dekat sini? Buku siapa ni?” Aliff pura-pura
tanya. Nur senyap.

Aliff membuka muka surat seterusnya. Nur rasa macam nak nangis je.
Sesekali Aliff memandang Nur dengan hujung mata. Tak ada perasaan
ke malu?

“hm,awak pegang jap buku ni. Abang nak ke dalam jap.” Aliff memberi
buku itu pada Nur.

Perlahan buku itu di ambil. Selepas agak Aliff dah tiada di di situ Nur
membuka muka surat yang terakhir dia tulis. Nak tahu juga, apa last
peristiwa dia tulis sebelum buku itu hilang.

DIARY !!!

Ya Allah.. tak sangka Hazel pun balik ke Malaysia. Tak sangka juga
Hazel akan memberi ceramah. Semua tak sangka. Ya Allah, tenangkan
hati hamba jika dia bukan jodoh hamba. Hamba redha Ya Allah. Hamba
tahu KAU sedang merancang yang terbaik untuk diri ini. Hamba akan
bersabar.

Mata Nur jatuh pada perenggan seterusnya.

Assalammualaikum,

Tak sangka juga jodoh kita ada. Tak sangka pula yang ‘aku’ akan
bersatu dengan ‘Hazel’nya. Tak sangka sungguh ! Ya Allah, semogo
jodoh kami ini sampai ke syurga-Mu. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah
atas takdir ini.

Kebahagian (^__^)

Janji NYA pada hambaNYA

Besar ganjaran nya pada orang yang BERSABAR
Bukan senang untuk kita kecap kebahagian .
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita.
Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.
Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita.
Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

Suamimu,
Hazel.

Nur senyum. Air mata bahagia jatuh jua.

Advertisements

7 thoughts on “Hazel – 18

  1. haha..
    cter niy mmg sweett sgtt..:)
    ngis lg bce..
    hehe,,
    xtau laa sbb mmg sgt sweet smpi bole ngis or mmg aq je yg tlbey emo..;)
    haha..
    nway,,nice one..

  2. huhuhu….
    betol2 suspen la bab 17 tu…
    ingtkn nur kawin dgn ikmal..
    yees!!!akhirnya nur kawin jgk dgn hazel…(^_^)

  3. Huaaa!!! Best nya cerita ni!! Sungguh! Rasa nak nangis.. Ringkas tapi best! Boleh tak saya copy cerita ni.. Untuk simpanan? Kalau di izinkan.. Kalau tak, tak apa, tapi jangan delete tau. (^_^) Aaaa! Sweet betul cerita ni.. Best story ever~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s