Inspirasi Hati – 1

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak
menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah
bersama Dato Masyitah.

Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini
pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang
stok tudung labuh pulak tu.

Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.

Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas,
Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku
kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan
Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah
ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.

“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk
di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat
mana surau.?

“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung
labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”

Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa
kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya
mengangguk.

Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak
tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa .
Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.

“abang,surau belok kiri tu.”

Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu
isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman
masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta.

Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”

Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali
dengar. “ya?”

“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”

Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah
ni.”

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang
masuk bab-bab agama.

“jom.” Ajak Syahirah.

“hmm.” Enjin kereta di matikan.

_________________________________

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat
tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan
agama.”

Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.

“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian
kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh
berubah. Allah Maha Pengampun.!’

Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat
juga dia amaran abang iparnya.

“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman
hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.

“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak
sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.
Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”

Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!

Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia
ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.

“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki.

Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap.

Lama.

Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom
Cruise..” main-main Aiman.

“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!”

Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”

Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.”

“ha! Tahu..tahu..Syah!”

Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”

“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia
pula jenis yang boleh je ‘masuk’.

“abang buat apa?”

“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”

“tanya apa?”

“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”

“sebab Allah.”

Aiman diam sebentar. “tak faham.”

“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”

Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi.
Sebak tiba-tiba.

Advertisements

One thought on “Inspirasi Hati – 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s