Inspirasi Hati – 2

Seminggu berlalu….

“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya.

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi
imam itu!”

Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka
bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.

“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.

Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni
kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..”

Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.

Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman
masuk dengan membawa laptop.

“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”

“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
Syahirah senyum.

_____________________________________

“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.

Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni
tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.

“okay apa..”

“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa.
Campur je semua. Gulai sayur.”

“boleh ke macam itu?”

“boleh je.”

“okay..”

“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman
langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak
isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni.

Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !

_________________________________

“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat
Maghrib itu.

Ustaz itu menoleh. “ya?”

“saya nak…”

“nak apa?”

Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.

“anak nak apa?”

“saya nak belajar agama.” Terluah juga.

Ustaz itu senyum. “mari.”

Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia
menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu.
Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.
Walau apapun senyum paksa di beri.

“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”

“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.

Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Advertisements

One thought on “Inspirasi Hati – 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s