Inspirasi Hati – 3

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang
tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.

“lamanya abang pergi..”

Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada
urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah.

Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan
isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia
nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!

“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.

“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”

“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar
ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si
Syahirah ni.

Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada
nada risau di situ.

Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”

Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.”

Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

__________________________________

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ
asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.

Salam berbalas.

“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.

Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke?
Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau?
” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu
abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi
mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya
bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air
mata Syahirah mengalir.

Aiman terdiam. Syahirah juga diam.

Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?”

Diam lagi.

“awak, saya…”

Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “
abang sihat tak?”

“Alhamdulillah sihat.”

Diam.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.”

Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”

Aiman ketawa. “next?”

“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..”

Aiman hanya mengangguk. “lagi?”

“..selalu beristigfar”

“okay. Lagi?”

“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”

“alright, next?”

“sentiasa berselawat.”

“okay.”

“abang ni last.”

“apa dia tu?” soal Aiman lembut.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.”

Aiman senyap sekejap. “sure.”

Advertisements

3 thoughts on “Inspirasi Hati – 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s