Inspirasi Hati – 10

“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni.
Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”

Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?”

“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.”

Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?”

“hmm, 4.30 pagi.”

“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”

“okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman.
Terkejut juga Aiman.

“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium
tadi.

Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.

Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah.

“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa
memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua
makan minum.”

Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta
maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah dan senyum.

Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”

Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.”

Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”

“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.

“sayang awak juga.”

_____________________________

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang
dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi
dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!!

Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke
rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan
bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk
rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.

Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di
tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi
malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata
terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah.
Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam
mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis
masuk ke dalam rumahnya.

“bukan saya.”

“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”

Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu
membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air
mata berlinangan.

“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara.

“bukan Aiman bah!!”

Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman.

“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak
mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis.

Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”

“cepat bawa dia!” arah alongnya.

Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba
dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia
selamat.

Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang…

Bantu hamba Ya Allah………

Advertisements

One thought on “Inspirasi Hati – 10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s