Inspirasi Hati – 11

Haji Amran melawat menantunya di penjara.

“abi..percayalah saya..”

Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..”

“abi, macam mana keadaan Syahirah?”

Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya.

“abi kenapa dengan isteri saya?”

Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman,
berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-
baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.

“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.

“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.

Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba
tak kuat…..

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya
itu..”

Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja.

“cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada
warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu
berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku.
Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.

Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya.

Allah…
________________________________

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya.

Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.

“bebas juga saya abi..” kata Aiman.

“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.”

Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara
Aiman ceria.

Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.

Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat
ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu.

Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”

“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.

Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah
duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak
doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan.
Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal,
effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”

Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah…

Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di
atas katil itu.

Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya
ujian ni..

“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis.

Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa
mengucap.”

“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.

Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak
Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia
memandang wajah jenazah isterinya itu.

Sakit.

Ya Allah sakitnya rasa ini.

Sakit sangat!

Kenapa Ya Allah.

Syahirah……….

Air mata lelakinya deras mengalir.

  • video cinta kita – click sini =)
  • “lagu apa?”

    “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
    Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu
    juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
    earphone pada Aiman.

    “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi
    pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

    “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan
    Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

    “Abang kita jadikan lagu kita nak?”

    Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”

    kenapa harus begini…..

    Advertisements

    One thought on “Inspirasi Hati – 11

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s