Inspirasi Hati – 12

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di
sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.

Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality.
Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
mata.

Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari
tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.

Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal
bersama abah dan mamanya di villa mereka.

“Aiman, nak pergi mana?”

Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan
wanita itu. “nak keluar.”

“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula.

Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi
dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

_________________________________

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya
terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama
masjid.

Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid.
Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.

“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur.

Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.”

“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.”

Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak
tidur sinilah pak cik.”

“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.”

Aiman mengangguk.

Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.
Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di
jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.”

Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”

Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.

Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.

Sayang.

Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya
dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan
Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah
hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.

___________________________________________

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu.
Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia
kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang
ajalnya dah makin tiba.”

Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk
bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check
nadi dia. Dia menemui Ilahi.”

Mengalir air mata isteri Dato Rahimi.

Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah
rahmat-MU.

Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih.

Bagi kita?

wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah.

Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik.
Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.

hope. ada ilmu yang dapat. sudi-sudilah memberi komen walaupun satu perkataan amat berharga buat saya. Wallahualam, segala silap dan salah kelemahan saya. segala kebaikkan hanya dari Allah. love you fillah ^_^

wallahualam.

Advertisements

17 thoughts on “Inspirasi Hati – 12

  1. Asslm . Seriously , sy ta pena bce cter2 yg dikrg smbil mnangis krna indahnya ilmu yg dikongsi oleh pngarang . Berbahgialah umat-umat Islam yg meninggal dunia dlm keadaan yg diredhai Allah . Smoga kita nty , InsyaAllah , dipermudahkan ketika ajal dtg menjemput . Keep it up . Teruskan menulis . Sesungguhnya setiap apa ilmu yg ditulis dan dikongsikan bersama org ramai , insyaAllah akan mmberikan kita ganjaran yg stimpal .

  2. Terima kasih. Sebenarnyer saya nak ucapkan terima kasih lebih awal tapi sebab asyik sangat membaca, sedar tak sedar dah di last chapter.

    Terima kasih saudari. Seronok saya sebab hari-hari saya jumpa bermacam-macam nasihat. Saya ini umpama Aiman yang dulu, kini berhajat menjadi Syahirah. 🙂

  3. sgt sedih citer nie..byk pengajaran yg kita dpt..hopefully dpt jd isteri yg solehah mcm syahirah nie..ya Allah..thanks kpd yg membuat citer ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s