Inspirasi Hati – 4

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu.
Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung.

Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.

“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.

Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman
yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah
(mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang!

Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”

Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.”

“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.

“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu.

Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di
dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal
dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.

“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.

Aiman menyambut. “thanks.”

“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang
duduk di sofa itu.

“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak.

“ada sinetron baru tau.”

Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”

“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta
fitri.”

“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?”

“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!

Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?”

“lagu.”

Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam
hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.

“best jugak tapi sedih.”

“kenapa?”

“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”

“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu
juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi
pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan
Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari
seberang.

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

“Abang kita jadikan lagu kita nak?”

Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya

Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya…

Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”

Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”

Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”

Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.

“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan.

“sure.”

Advertisements

One thought on “Inspirasi Hati – 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s