Inspirasi Hati – 5

“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan
tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah
beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu.

Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman
berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?”

“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”

“maaf encik tiada stok.”

Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.

Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”

“tak. Awak dah jumpa buku?”

Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa…
nanti kita try dekat rumah ok?”

“okay.” Aiman membayar buku itu.

Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!”

“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah
handsome dan baik!”

“mana kau tahu baik?”

“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”

“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”

“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,
isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang
warna match. Jalan pegang tangan”

“superb! Romantic!”

“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki
yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

“betul-betul.”

_________________________________________________

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas
pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

“abang..” sapa Syahirah manja.

Aiman senyum. “kenapa?”

“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.

Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..”

“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat
tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang.
Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan.

Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka
balutan itu.

“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata
Aiman.

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.

Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di
sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat.

Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar
di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur
kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu
pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.

Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.

Advertisements

2 thoughts on “Inspirasi Hati – 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s