Inspirasi Hati – 6

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.

Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat
mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok
agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya?
ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail
itu di meja pejabat Aiman.

“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”

Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua
duit tu?”

“Abah..”

“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle
kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da
duit banyak tu.”

“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar
dari pejabat itu.

Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir.
Ada apa abang iparnya ini telefon.

“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.

“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”

“er, kenapa along?”

“kau balik je!”

Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang
abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat.

Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja
cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang
mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa
kereta dia.

_____________________________

“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.

“eh, kau diam lah dik..”

Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”

“hah, sampai pun kau..”

Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”

“aku nak bawak Syahirah balik..”

Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?”

“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan
langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir.

Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..”

“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku
ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya
hampeh je.”

“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata
membela Aiman.

“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga
kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan
pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”

“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi.

Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang
masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia
nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat!

“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.

“saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”

Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata
di pejam.

“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya.

Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Advertisements

One thought on “Inspirasi Hati – 6

  1. ALLAH beri dugaan pada Aiman kerana ALLAH sayang pd hamba nye,sedeh nye Aiman tabah kan hati mu Aiman.sedeh lh dek…akak suke sngt pendekatan crite ne pd insan yg jujur berHijrah ke jalan ALLAH S.W.T.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s