Inspirasi Hati – 7

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu
sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus
button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.

Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..”

Esakkan itu masih lagi berbunyi.

“Ira..awak..”

“sampai.. sampai hati abang..”

Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…”

“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-
sorang lalui kepayahan.”

“awak tak faham..” sayu Aiman jawab.

Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.”

Aiman senyap.

“abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”

Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak.

“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”

“sayang tak perlu rasa bersalah.”

Terdiam Syahirah. Ya Allah….

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya
itu..”

Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja.

“cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.

“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga.

“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan
senang.”

“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”

“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa
saya kembali.…”

Aiman hanya diam.

“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan.

Aiman menarik nafasnya.

YA ALLAH……

  • lagu untuk entry ini, click lah =)
  • Advertisements

    One thought on “Inspirasi Hati – 7

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s