Inspirasi Hati – 8

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..”

Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman.

Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?”

“Nasihat Rasulullah pada Ali.”

“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?”

Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”

“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”

Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”

“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.

Tangannya menyelak muka surat pertama.

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….

Terkedu Aiman. Ya Allah…

Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata
dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia
agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah
memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong,
tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

_________________________

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak
mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya
khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau
kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu.

insyaALLAH. – Aiman.

____________________________________

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.

“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.

“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.

“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar
satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.”

“terima kasih abi.”

Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang
memahami.

Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di
sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu
adiknya Syahirah itu hidup melarat.

Matanya tertala pada email versi video itu.

  • kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu.
  • Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.

    Advertisements

    2 thoughts on “Inspirasi Hati – 8

    1. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
      Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
      Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
      Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
      Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
      Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….

      saya suka ayat ni. minta izin share dekat myblog ye 🙂

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s