Inspirasi Hati – 9

Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah
abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.

“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah.

Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah
datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.

Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.

“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.

“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat
abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak
perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini.

“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya
itu di turuti Syahirah.

“Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

_________________________________

“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta
perjalanan untuk pulang ke rumah.

Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.”

Syahirah senyum senang.

“Ira…” panggil Aiman.

“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu.

Aiman diam sekejap. “thanks.”

“thanks untuk apa?”

“sebab awak saya dah banyak berubah.”

Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.”

“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak
berubah..” kata Aiman.

Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis
di Luh Mahfuz.”

Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”

Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”

“settlekan bil-bil syarikat tu..”

“kita suami isteri kene saling membantu.”

“mana Ira dapat wang banyak macam itu?”

Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan
Allah yang tahu derita bahagia ini.

Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang
banyak macam itu?”

Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.”

“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.

“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.”
Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.

Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.

Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut
tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.

Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu.

Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”

“kita pergi klinik.”

Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”

“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu.

Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah
ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.

Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia
menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga
semuanya baik-baik sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s