hidayah

BAB 1

“hey,sis..” kerusi di tarik duduk di hadapan kakaknya itu. Senyum.

Armanda memandang kembar tidak seirasnya itu. “happy nampak.” Biskut di sua ke mulut.

“well, eh sis I nak hang out dengan Hamsyar this evening, wanna join?”

“tak pe lah, I busy nak packing all the things nak bawa gi Penang.”

Armani hanya mengangguk “buat orang sedih je.”

“whoa,you nak sedih benda nya.?”biskut di makan lagi.

“yelah sis, you continue study ke main jauhnya dekat Penang. Leave me alone.”

Armanda mencebik. “eleh, you kan ada Tengku Hamsyar B. Tengku Harun tu.”

“geez,mana sama boyfriend dengan sibling. You tu darah daging I, ha kembar I lagi tu.”

“fracternal twins. Kita kembar tahun ya sis.” Pembetulan yang selalu di buat oleh Armanda.

Telefon Nokia C3 milik Armani tiba-tiba berdering minta di angkat.

“hang up lah.”

Armani hanya senyum. “later we talk.” Kakaknya hanya mengangguk. Faham sangat dengan adiknya seorang ni. Sudah berpacaran sama si Hamsyar itu dari tingkatan 3 sampai sekarang dah berumur 19 tahun. Apa kelebihan Hamsyar tu pun tak tahulah. Kalau si Armanda ni langsung tak ada perasaan dekat lelaki. Bukan lesbian,tak tahulah kenapa dia tak rasa perasaan itu. tapi sikit rasa itu ada, tapi pada siapa? Hmm.

“hai sayang.”jauh dia jawab call sampai ke luar rumah.

“you buat apa?” suara macho Hamsyar kedengaran.

Armani membelek-belek telefonnya. Correction-dia guna earphone. “nothing, just a little upset cause Armanda nak gi jauh dah.”

“oh,when?”

“two days more.”

“oh I see..”

Senyap.

“weh..if you just call me and quiet better you don’t waste your prepaid jap lagi kita nak jumpa dah..”

Kedengaran suara Hamsyar menarik nafas. “awak, I nak cakap kita cancel date for this evening.”

Berdiri tegak Armani. “huh,kenapa out of the blue cancel.?”

“my grandma nak datang so, papa suruh stay at home,unless you nak join our meeting.”

“if like that is okay, aku pun ada benda nak buat. So I can spend more time with Armanda.”

“serious you don’t mind?”

“Hamsyar,ni aku lah Armani. Dah berapa tahun kau kenal aku haa.”

Hamsyar ketawa. “yes, I cukup kenal you. Eh dear, so tomorrow lah eh,kita date?”

“okay, later you call me.”

“okay..daa..”

____________________________________________________

‘tuala….baldi….track-suit…apa lagi ya…’

“SIS !”

Huh,terkejut. “hey, don’t yell .” pandangan tajam untuk si adik “.. why tak keluar lagi.?”

“cancel.” Dia duduk di birai katil. “..grandma datang.”

“oh, sedih ke?”

Armani senyum. “hehe, tak. I can spend more time with you.” Kakaknya di peluk.

“eee, dah-dah rimas lah.” Pelukkan cuba di leraikan.

“aleh..” mencebik. “..sis, I hope you tak berubah eh dah sampai Penang nanti.”

Pergerakkan memasukkan baju dalam bagasi terhenti. “what do you mean by ‘berubah’ ?”

“yelah, mana tahu you tak nak kawan I lagi ke.. yelah dah dok kat Penang sana..”

Susah dapat adik immature ni. “kita kan sibling bukan kawan. So tak ada lah istilah ‘tak nak kawan tu’.” Tangan kembali tangkas mengemas barang-barang.

Armani senyum menampakkan lesung pipitnya. “you pakai tudung ke nanti?” Armanda hanya diam. “.. I dengar Penang tu boleh tahan jugak Islamiknya.”

“so, what’s the matter?” sungguh tak ada perasaan kakaknya ini.

“tak ada apa-apalah.” Armani mengambil bingkai gambar di sisi katil. Gambar : dia-Armanda dan Hamsyar. “..sweetlah gambar ni.”

Armanda hanya senyum.

“tak pe biar I yang snap the picture.”

Hamsyar hanya senyum melihat telatah dua beradik ini.

“no.. I nak ber-picture dengan you and Hamsyar..” rungut Armani.

Armanda merampas kembali kemera itu. “is okay, mana ada people dekat sini. Biar I ambilkan..” 

“dah-dah.. biar aku ambil gambar korang.” Cadang Hamsyar.

Armani masih dengan pendiriannya. “no, alah Hamsyar aku nak bergambar dengan kau dan sis..” suara macam nak nangis.

“okay-okay. Wait here..” arahan Hamsyar. Ketika itu Armanda dan Armani hanya duduk di kerusi taman itu sementara menunggu Hamsyar.

“okay girls, jom.” Hamsyar memberi kemera itu kepada seseorang. Dan mereka bertiga pun bergambar.

“jauh menung.”

“gonna miss you dear.” Akhirnya si Armanda yang tiada perasaan itu meluahkan rasa.

“I knew it.”

Mereka pun berpelukkan dan mengalirkan air mata.

Pintu diketuk.

“ibu..”

“ai, sesi emosional ke?” Pn. Zakiah mengambil tempat di sebelah anak-anaknya.

“Armani lah ni. Mulakan dulu sesi touching-touching ni.” Rungut Armanda dalam tangisan ketawa.

“ibu…” Armani memeluk ibunya. “..sis nak tinggalkan I..”

Pn.Zakiah memeluk kedua anak perempuannya. “ pergi untuk belajar. Tak apalah berkorban.”

“listen that.” kata Armanda pada Armani. “bukannya pergi berperang tak balik-balik.”

Armani hanya mencebik. “yela-yela..”

“dah, jom makan. Ayah dah tunggu lama dah.”

“jom!”

BAB 2

“aku rasa weird lah.”

Hamsyar menghirup air 100 plus nya itu. “since when kau reti weird ni?” mata memerhatikan Armani yang sedang membeli sesuatu di gerai.

Armanda buat muka. “kau ni kan. Ee, tak adalah, suppose to be kau je dengan si Armani ni dating hari ni, ini aku pun terjebak sama. Haru betul.”

“your sweetest sister tu nak kau jumpa aku, aku jumpa kau for the last time.”

“ceh, macam aku nak pergi berperang then mati syahid je.”

Hamsyar ketawa dalam nada yang terkawal. Sesungguhnya dia memang macho. “belajar itu kan ibadah juga, kalau mati, syahid kecil apa..”

Huh,.. “sejak bila kau reti cakap benda-benda macam ni.?” Ketawa.

“well…”

“hai korang…” Armani datang dengan berbungkus-bungkus plastik. “..see I beli banyak makanan tau.” senyum puas.

“dear..siapa nak makan banyak-banyak ni?” terkejut Hamsyar.

“kitalah.” Tangan mengagihkan makanan. “this one for my Hamsyar,.., this.. for my sister.. and this for me..”

“by the way, thanks.” Armanda membuka bungkusan makanan dan makan.

Hamsyar membuka tin air untuk Armani, dia tahu Armani tak reti buka. “tak baca doa makan ke?” Armanda yang mulut penuh berhenti makan. Sheesh.!

Armani melihat ketegangan di wajah kakaknya. “ish kau ni. Dia dah baca dalam hati lah.”

“oh..so dear.. I baca doa makan ,you tadah tangan k..”

Armani senyum. “okay.”

Dan di sebabkan itulah Armanda malas nak ikut kalau si Armani ini pergi dating. Mesti dia akan asyik kene perli dengan Hamsyar dan rasa nak muntah tengok adegan mesra mereka. Dan sampai sekarang Armanda masih tak faham bahasa diri yang di gelarkan mereka kadang-kadang dear-I –you –awak-kau-saya-aku-..

Huh, agak pelik.

_________________________________________________

Armani masuk ke bilik Armanda. Sunyi. Kakaknya tengah duduk di meja belajar dengan telinga sumbat earphone mata focus pada skrin laptop. Facebook. Siapa punya facebook? Dia cuba meninjau tiba-tiba, pap!

Armanda menutup laptop itu dan pusing kebelakang sambil tangan mematikan lagu dalam mp4nya. “what are you doing?”

Armani senyum. “tak buat apa-apa pun.”

“tak reti beri salam ke masuk bilik orang?”

“I dah beri salam tadi, siap ketuk lagi, knock,knock but you tak answer pun so I assume you bagi masuk.” Hehe…

Armanda hanya diam dan menuju ke katilnya.

“sis, tadi you tengok profile siapa dekat facebook.?”

Armanda memandang adiknya. “ bila you nak mature ha?”

Buat muka. “how dare you ask that kind of question?” huh, sentap..

“I’m just asking. Is that hurt you?” risau juga kalau orang tersinggung dengan persoalan kita.

Armani senyum. “tak lah. Sis, tomorrow you nak pergi dah.” muka sedih.

Armanda senyum. Comel ! “I tak sabar-sabar.”

“eh,you ni, orang sedih, you tak sabar-sabar pulak.”

Armanda hanya senyum dan menggeleng.

“why don’t you send me to Penang tomorrow?”

“if can, I nak juga hantar but I kan kene register juga esok.”

Armanda diam. “lupa.”

“ha, but I can tell Hamsyar to send you.”

Nak tercekik Armanda. “is okay,tak payah, better dia teman you register esok.”

“alah, I can handle by myself. Hamsyar itu kan I , so bila dia hantar you esok, you akan rasa I pun hantar you.” Toink,toink. Senyum.

Armanda senyum. “is okaylah. I saja je tadi. Tak perlu susahkan orang lain”

“dia tak kisahlah sis..”

“yup dia tak kisah but I care.”

“okay…”

___________________________________________________________

“waalaikumsalam, ya..” tali kasut di betulkan. “..hm, around 3 something I reach there..” telefon di kepitkan di telinga tangan belah kanan cuba membetulkan rambut. “..insyaALLAH kak.” Senyum.

Armani hanya memerhatikan kakaknya. Cakap dengan siapa? Bahasa yang di gunakan sopan sungguh !

“..nanti sampai sahaja saya terus jumpa akak.” Beg sandang di gantung di bahu.

“..okay, doalah sama-sama dapat blok yang sama.” Armanda memandang pelik adiknya. “..okay, waalaikumsalam.” Telefon di masukkan dalam beg sandang.

“you cakap dengan siapa?”

“sibuk je.”

Armani menarik tangan kakaknya. “kenapa you panggil dia kakak? Siapa tu?”

Susah betul dapat adik yang tahap ingin tahunya tinggi ni. “my friend lah dear.Dia study dekat Penang same with me.”

“oh..i..” tak habis cakap.

Pn.Zakiah menghampiri anak-anaknya. “Armanda, are sure nak pergi naik bas je?”

“ya ibu.” Tangan bersalaman dengan ibu. Kemudian dengan ayah dan….

Armani telah pun mengalirkan air mata. “jangan lah emosional sangat.”

Senyum.

“sampai hati you… ni first time kita berpisah tau..”

Armanda mencuit pinggang Armani. “macam you duduk zaman batu je kan, tak ada line telefon semua. Webcam pun boleh”

“I’m serious.”

“then, I tak serious ke?” Armanda hanya ketawa.

“heartless.” Rungut Armani.

Armanda mengambil tangan adiknya dan mereka berpelukkan. “jaga ibu dengan ayah.” Amanah seorang kakak pada adik. Armani makin banjir.

“dah..dah..lambat nanti.” Pesan ayah.

“bye.. Assalammualaikum.”

____________________________________________________

“Alhamdulillah.”

Armanda berjalan menuju ke surau di perhentian R&R itu. Dia masuk ke dalam. Kosong. Semestinya baru jam 10.30 pagi. Dia bertolak dari rumahnya di Selangor tadi jam 7.00 pagi. Beg sandang di ambil dan di keluarkan sesuatu.

“Ya Allah,ini penghijrahanku kerana-MU, izinkan aku menemui cinta-MU dan petunjuk-MU..”

Baju kurung dan tudung di bawa keluar dari beg sandangnya. Pintu surau di kunci. Baju kurung itu di genggam.

Jangan tolak satu kebaikkan kerana akan ada banyak kejahatan menunggu.

Selesai bersiap. Dia mengambil wudhuk untuk solat Dhuha.

Berbanyak kesyukuran di panjatkan pada Ilahi.

Cap di kepala di turunkan. “sorry, terlanggar.”

Perempuan tudung labuh itu hanya senyum. “is okay.”

“err..kak, nak saya ganti apa-apa tak?” mana tahu baju kurung yang kakak ni pakai mahal ke? Macam mana boleh tertumpah air ni.

“eh,tak apalah dik..”tiba-tiba fail kakak itu jatuh.

Armanda tunduk untuk mengambil. ‘usrah pelajar USM,Penang.’

“er.akak pelajar USM ke?”

“ya,kenapa?..”

“I’m going to be.. ..akak senior saya.” Senyum.

Kakak tudung labuh itu hanya senyum. “sounds good. Boleh jadi kawan.”

“sure.” Tangan berjabat. Sejak hari itu mereka terus berkawan. Ya,berkawan kerana Allah. Banyak yang kakak itu ajar tentang hidup. Hidup cara Islam.

Deringan telefon mematikan lamunan Armanda.

Hamsyar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s