Hidayah 2.

Bab 3

“apa aku nak buat ni?”

Armanda pelik. “buat apa?”

“your cutiest sister sedih sangat kau tak ada.”

Armanda membetulkan tudungnya. “habis kau nak suruh aku  buat apa. Kau pujuk lah dia.”

“nak pujuk macam mana.?”

“wahai Tengku Hamsyar, kau dengan adik aku since dia 15 tahun lagi kan. And, you know her better than me.”

Hamsyar mengeluh. “okay, I try my best. Take care.”

“bye.”

___________________________________________________________

“tadaa!!” Hamsyar senyum menunjukkan lesung pipitnya dan sebaris giginya yang kemas itu.

Armani cuba untuk-tidak-senyum.

“alah, sayang.. I know you nak senyum kan…” Armani mengalihkan pandangannya.

Hamsyar menarik kerusi dan duduk di hadapan Armani. “I penat tau siapkan makanan ni, you tak nak pandang pula.”

“orang tengah sedih ni.”

Hamsyar senyum. “tahu..ni I buat you tak sedihlah ni.”

Akhirnya dia senyum juga. “sweet lah you dear.”

“baru tahu ke.”

Armani memandang kiri dan kanan. “ I malulah.”

Hamsyar pelik. “malu sebab apa?”

“weh,dah lah aku junior dekat university ni then tiba-tiba date lak dekat taman ni siap makan-makan lagi tu. Huh, malu gila.”

Hamsyar ketawa perlahan. “dear, relax lah. I senior dekat sini.”

“senior lah sangat !” mencebik.

“you patut bangga I jadi senior and merangkap your special boyfriend tau.”

Tiba-tiba Armani buat muka tekejut. “ha?”

“why?”

Hehe. “I lupa pula you ni boyfriend I..”

Hamsyar buat muka. “how dare you..”

“la,dear jangan marah.”

Hamsyar hanya senyap. “nak I suap tak?”pujuk Armani.

Senyap juga. “Hamsyar….” Suara perlahan. “..sorry” pujuk lagi.

“tahu takut.”

Armani mencebik dan senyum. “tak takut mana der..” dalam nada perlahan.

“pardon please?”

“eh,nothing..” peace !

_______________________________________________

“apa kau punya relationship dengan lelaki dekat taman tadi?” mendata.

Armani senyum. “my …” tak sempat habis cakap perempuan merangkap senior itu telah memotong.

“aku warning kau jangan nak rapat dengan dia. Kau tu baru lagi, and aku lagi kenal dia. Faham?!”

Armani rasa macam nak nangis. Kureng betul lah senior ni ! “faham..” aku kenal Hamsyar lagi lama dari kau tahu…

Selepas kakak senior itu berlalu telefonnya berdering. Air mata mengalir.

“hello.”

“nangis?” suara Hamsyar kedengaran.

“what the hell.. huh..” deras air matanya.

Terkejut Hamsyar. “hey,you cakap dekat sapa ni?”

“wehh, tak nak duduk hostel !!!” makin deras. Pintu bilik di kunci. Dia bersandar pada pintu.

“Hamsyar….ada budak warning aku…”

Suara kerisauan Hamsyar. “warning apa?”

“aku tak kisah sangat dia warning tu, aku teringatkan sis Armanda…dia tak pernah tengking aku”

Hamsyar mengeluh. “dear…janganlah macam ni..”

“dia tengking aku tadi…”ulangnya lagi. Geram.

“dia warning apa?”

Armani mengesat air matanya. “..hm, ada orang datang biliklah Hamsyar.. later we talk.” Saja tukar topik. Kalau boleh Hamsyar tak boleh tahu. Tak payah nak memperbesarkan hal yang kecil ni. Nasihatnya dalam hati.

“okay,nite..”

Talian di matikan. ‘I just want to trust you…’ Armani menuju ke katilnya yang baru. Partner roomatenya pergi ke kafe. Selamat dia tak ada waktu senior perempuan itu datang. Kalau tidak malu je.

-jgn sedih2 – Hamsyar.

Armani senyum menerima message itu.

+I’m okay ^_^ – Armani

Selang tiga minit.

-I know you strong dear. –Hamsyar.

Armani tidur dengan message tidak berbalas itu.

 

Bab 4

“kita dapat satu blok,satu aras.” Senyum.

“Alhamdulillah, doa senjata mukmin.”

Armanda tunduk. “akak, saya nak mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.” Sebak.

“insyaALLAH kita belajar sama-sama. Petang esok ada usrah nak join?”

“usrah itu apa?”

“hm,usrah itu keluarga. Hm, satu perbincangan tentang agama. Bertemu dan berpisah kerana Allah.”

“nak join !” ceria suara itu. “..akak, nanti kita sambung lagi saya kene pergi orientasi dan pembahagian kumpulan sebentar lagi.”

“oh, sila-sila.”

“Assalmmualaikum.”

“waalaikumsalam.”

______________________________________________

Armanda kemas memakai baju kurung warna pink dan tudung berwarna pink cair. Kalau Armani tahulah dia sentuh ‘apa-apa’ berwarna pink mesti terkejut yang lagi terkejutnya Armanda kini sudah memakai tudung! Whoa!

“excuse me..” Armanda menoleh pada empunya suara.

Pelajar perempuan itu buat muka. “euuww, I so surprise tiba-tiba ada minah kampung pula dekat falkulti ni. You pelajar ke tugang sapu sampah.?”

Fuh,kasar gila bahasa. Aku nampak kolot sangat ke? Geez, aku tak reti sangat pakai tudung. Mesti compang camping tu yang dia ingat aku tukang sapu sampah. Huh, hina sangat ke tukang sapu sampah? Tanpa mereka negara kita macam tong sampah tau. Dah lah rakyat Malaysia tak semua pandai buang sampah dalam tong sampah.

“eh,tak saya student.” Sopan.

Pelajar perempuan itu membetulkan rambutnya. “oh..by the way, I’m Sally. I need your favour can you bring this..” tangan yang memegang buku di hulur pada Armanda. Terkejut Armanda. Pertama kali di suruh- di beri arahan oleh orang. Sabar..sabar…

“sorry, I busy.” Armanda terus berlalu. Dia ingat dia sapa.

“weh,budak kampung. Tak payah nak berlagak ! kau tak kenal aku siapa!” marah Sally.

‘yes, and you don’t know me too.’ Armanda berlalu tanpa menoleh ke belakang.

Telefonnya berdering. “Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam! Sis!”

Armanda menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. “jangan jerit.”

“kenapa you tak call pun I..”

“hm, I’m busy..”

“..then, I’m busy too but I have a time to think of you..”

“sounds so sweet.” Armanda senyum. Lupa segala yang Sally cakap.

“baru tahu ke your little sister ni sweet.”

Armanda hanya ketawa perlahan dan berjalan menuju ke kerusi untuk duduk. “Hamsyar, jaga you dengan baik tak dekat U dia tu.?”

“of course.” Senyap.

Dan senyap.

Terus senyap.

“you have problem?” naluri seorang kakak.

Terdengar suara esakkan Armani. “I miss you.”

Armanda memandang sekeliling dan mengeluh. “kita kembar tak seiras tau, kenapa you selalu touching ha?”

“well, I ni mungkin ber-chromosome XXX kot..”

Ketawa Armanda pecah. “banyak lah you, habis I apa?”

“chromosome XO…”

“weh,, Turner’s syndrome tu… tak mau lah, I still have a shape as woman being.”

“tahu pun. Ingatkan tak ada perasaan langsung.” Ejek Armani.

“okay, what’s your problem?”

“ada seorang senior ni tengking I. Kureng betul…”

“kenapa dia tengking? You buat dia marah?” perlahan dan prihatin nada itu.

“tak..dia warning I jangan rapat dengan….”

“Armanda jom..” satu suara memanggil.

“later I call you back, don’t sad.. bye.. assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

_____________________________________________________

“kak..masuklah..”

Hajar senyum dan melangkah masuk ke bilik itu. “mana Athirah?” roommate Armanda.

“oh, dia pergi bilik kawan dia.”

“esok jadi join usrah?”

“of course !”

Hajar senyum. “macam mana USM dah masuk hari ketiga ni?”

“not bad.. okaylah.”

“ada kene buli tak?”

Armanda ketawa. “tak lah buat masa ni.”

“bagus-bagus. Ni akak bawa buku surah-surah pilihan. Jom baca surah Al-Mulk before tidur.”

Armanda senyum. “okay,tapi saya baca Al-Quran merangkak-rangkak sikit.”

“tahu lebih baik dari tak tahu.”

“yeah..”

Malam itu Hajar dan Armanda bersama-sama membaca surah Al-Mulk dan berkongsi sedikit ilmu. Hajar yakin yang Armanda akan menjadi seorang muslimah yang baik dan mungkin lebih baik dari dia sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s