Hidayah.

Bab 5

“ibu, Armani sedihlah duduk sini.”

Pn.Zakiah hanya tersenyum dan menggeleng. Anak bongsunya ini telefon suruh dia datang katanya urgent. “kenapa sedih?” sampai dia kene tangguh penerbangan ke Brunei.

“yelah…everything I need to do by myself..”

“independent lah, setahun je. Kan Hamsyar?”

Hamsyar hanya senyum. “itu pun tak sampai , semesta 1 je stay hostel.” Wajib.

Armani memberi jelingan tajam pada Hamsyar. Orang nak manja dengan ibulah.

“ha,kakak kamu dekat Penang tu tak merungut apa-apa pun.” Kata En.Zafrul.

“sis tu lain lah ayah..”

“apa lainnya human being jugak kan..” potong Hamsyar.

“Hamsyar ni……” Armani buat muka marah.

Pn.Zakiah hanya tersenyum. Dia tahu anaknya ini telah berkawan dari umur 15 tahun,ketika itu Hamsyar 17 tahun. Semua dah macam keluarga.

“aunty.. Armani marah saya pula, betul lah saya cakapkan uncle?”

En.Zafrul senyum. Dia sayang sangat dengan Hamsyar ini. Yelah,tiada anak lelaki. Walaupun keturunan Hamsyar sangat di hormati(bukan sebab dia berketurunan Tengku tetapi papanya seorang ahli politik yang sangat adil dan saksama hingga rakyat amat menyayangi beliau) tetapi Hamsyar seorang yang sangat low-profile.

“apa kata next week kita pergi Penang nak?” cadang Armani dengan wajah penuh harapan.

“I ada test lah next week.”

“you.tak.payah.ikut.” menjeling .

Tercengang Hamsyar kekasihnya berkata macam itu. “how dare you..”nada perlahan. Dia pelik betul sejak kes Armani cerita dia kene warning semua yang Hamsyar cakap dia nak marah. Emosional betul.

Hamsyar membelek telefonnya “hm, uncle, aunty, saya pergi dululah. Lagipun ada kerja nak buat. Assalammualaikum.” Tanpa memandang Armani.

Armani mengetap bibir. Aduh..

“kan,dia dah merajuk. Yang kamu nak cakap kasar-kasar dengan dia kenapa?” tegur si ibu tersayang.

“biarlah.” Sebenarnya memang Armani nak Hamsyar pergi pun, nanti kalau senior kebayan itu nampak Hamsyar dengan dia dan keluarga mesti lagi teruk dia kene tengking. Dahlah Armani ini seorang yang tidak suka di tengking dan menengking.

_____________________________________________________

– what’s wrong with you?- Hamsyar.

Armani merenung lama message itu sebelum di balas.

+  apa yang tak kena nya? – Armani.

Selang setengah jam telefon Armani berdering.

“hmm.” Kepala di sandar di atas kerusi belajar. Buku yang di baca di tutup. Telefon di telinga kanan.

Hamsyar hanya senyap di talian belah sana.

“if you call nak senyap better I letak..” gertak Armani.

“I miss old Armani.”

Armani hanya senyap.

“sayang kenapa ni?” pujuk Hamsyar.

“I rasa…”

Senyap.

“you rasa apa?”

Senyap.

“Armani, talk.” Desak Hamsyar.

“hmm,hormone I tak betul. So I minta maaf if I’m hurt you.”

Huh, “before ini tak pun. Ada something yang you tak beritahu i? hmm.”

Ketawa hambar. “seriouslah, mana ada apa-apa. Everything I had told .”

“betul ni?”

“yelah, my Hamsyar tak akan I nak tipu kot. Hmm, I’m so sleepy, can I sleep now?”

“okay.” Nada pasrah.

“daaa..” dia tak marah sangat pun dengan Hamsyar tapi tak tahulah kenapa dia rasa nak merajuk, nak emosional. Huh,betullah hormone tak betul.

____________________________________________________

“Armani, yang kerja kumpulan untuk tutor subject English boleh buat sama-sama?” kata seorang pelajar perempuan yang molek berbaju kurung berserta tudung.

Armani senyum. “err.. I ingat nak buat alone, but if you don’t mind to be my partner, I onn je.”

“ok, partner. My name Syafinaz.” Mereka berjabat tangan.

Armani senyum. Yeay dah dapat kawan! “awak blok mana ya?tak pernah nampak pun.”

“blok Cempaka 5. Yelah, I baru register semalam. Lambat sikit ada hal, tu lah roommate pun I tak ada.”

Tegak Armani dengar ‘roomate pun tak ada’ “eh, awak rasakan kita boleh tukar bilik tak?”

“maksud awak?”

“kalau saya nak tukar ke blok awak?”

“hehe,saya tak tahu lah wak.. saya baru je sampai semalam.”

Ye tak ya juga. “tak apa. kejap ya saya nak buat satu panggilan.” Kalaulah dapat tukar blok aku lah manusia paling gembira sekali. Jauh dari senior kebayan itu.

“Hamsyar..”

“why calling?”

“eh,tak boleh ke?”

Suara dalam nada perlahan. “ I have kuliah right now..”

“then, how come you can answer my call?”

Hamsyar ketawa. “ cause tiada pensyarah.” Haha.

Armani rasa nak ketuk je si Hamsyar ini. Suara ke main serious tadi.

“eh,kalau nak tukar blok boleh tak?”

“mana boleh !” cepat aje potong.

“alah, use lah your jawatan to make me pindah blok, please…?”

“hmm, I see you this evening. Letc dah sampai”

“okay.!”

Armani menghampiri Syafinaz. “awak,kalau boleh pindah blok saya pindah bilik awak boleh?”

“boleh sangat !” senyum.

 

Bab 6.

Armanda rasa tidak selesa. Semua yang menghadiri usrah petang itu bertudung labuh. Cakap lemah lembut. Terasa diri ini hina sangat. Ya Allah..

“eh,Hajar kata bawa sahabat  baru?”

“oh,ni Armanda. Kenalkan Kak Nur,Kak Mira, Sakinah and Muslihah……”  dan seterusnya.

Armanda salam seorang demi seorang dengan manis muka.

“kak Nur dengan kak Mira ni dah kahwin.” Sambung Hajar lagi.

Armanda hanya mengangguk.

“Alhamdulillah, sebelum kita mulakan usrah kita, ucapan syukur pada Ilahi kerana masih memberi kita kudrat untuk datang ke sini. Pertama-tama sekali kita update niat kita datang ke sini kerana Allah s.w.t. selamat datang juga pada sahabat baru kita Armanda. Sebelum kita memulakan apa-apa, marilah kita bertadarus dan takdabur ayat Al-Quran.”

Selepas sesi tadarus dan taaruf ( perkenalan).

“..hari ini nak bawa tajuk iktilat antara lelaki dan perempuan.” Kata Kak Nur.

Armanda senyum dalam resah. Sudah….iktilat itu apa..?

“..atau kata lainnya pergaulan antara perempuan dan lelaki.”

Interesting.

“kita sedia maklum sekarang ini gejala sosial remaja semakin berleluasa ini semua bermula dengan cinta. Cinta kepada manusia. Cinta kepada berlainan jantina.”

Armanda telan air liur.

“kadang-kadang ada juga yang kata, cinta islamik bolehkan. Nak beritahu di sini dengan kata penegasan tiadanya istilah cinta islamik ke hubungan apa pun sebelum kahwin.” Tegas kak Nur lagi.

Armanda tekun mendengar.

“..memang ana tahu cinta itu fitrah manusia, tetapi ingat jangan sampai fitrah itu menjadi fitnah. Dalam Islam ada caranya untuk bercinta bukan dengan berdating, bersms, berfacebook atau ber- yang macam-macam lagi. Kita seorang perempuan kena pandai menjaga maruah.”

“Mira nak share apa-apa?”

“nak.. hmm, ana nak share tentang alam yang kita dah,sedang dan akan hadapi. Bukan nak cerita secara detail tetapi cukuplah subtopic cinta itu. seperti yang kita tahu first sekali kita berada dalam alam roh, then alam rahim, alam dunia, barzah, mahsyar dan syurga atau neraka. Kita sedia maklum sewaktu di alam roh kita semua adalah tanpa jantina, sewaktu itu kita dekat sangat dengan Allah. Roh kita mengaku kita kenal Allah, roh kita nampak Allah. Allah sangat sempurna membuatkan kita jatuh cinta pada Allah. Ketahuilah di situlah cinta pertama kita iaitu Allah. Sewaktu itu kita membuat perjanjian dengan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi menjadi manusia insan. Dan perjanjian itu kita sentiasa ulang setiap hari dalam solat iaitu doa iftitah.”

Armanda senyum. So sweet !

“nak tambah…” kata Sakinah pula. “..kalau kita nampak orang buat maksiat selain kita tegur dia kita kene doa macam ni ‘Ya Allah kau berilah hidayah pada hambaMU ini, mungkin jika mereka tahu mereka akan lebih baik dariku,dan jauhilah aku dari maksiat. Doakan senjata mukmin.”

Semua senyum. Armanda juga.

“..Armanda ada apa-apa nak share?” soal kak Nur membuatkan dia tersentak.

“er..nak tanya boleh?”

“sila.”

“hidayah itu macam mana?”

“hidayah itu petunjuk dari Allah untuk hamba-hambaNYA yang DIA kehendaki. Ingat hidayah ini kena di cari. Anologi lainnya, hidayah ini ibarat air hujan, luas. Cuma kita je nak menadahnya atau tidak. Kita kene ingat juga let’s say kita dah dapat hidayah then kita nak orang tu pun dapat hidayah, kita paksa dia, macam itu tak boleh, sebab hati manusia itu Allah yang pegang, bersabar dan jangan berputus asa untuk membantu dia dapat hidayah, doa lah…hmm, jawab soalan tak?”

Armanda senyum dan mengangguk.

____________________________________________________

“sis, I’m waiting for your call…fuh lama!”

Armanda diam dan senyum. “ibu dengan ayah dah balik ke Brunei?”

“dah lah pagi tadi. Selamat I duduk hostel kalau tak alamat asyik kene tinggal seorang je lah I..”

“hai, suka pula duduk hostel.”

“eh,mestilah. Petang tadi Hamsyar menggunakan jawatannya untuk I pindah blok yang I suka.” Jawab Armani dan ketawa.

Armanda diam. “ you nak cakap apa ya hari tu, tentang tengking tu.?”cuba tukar topik.

“oh, that day… you nak tahu I kene tengking dengan senior kebayan tu. Dia suruh I jangan dekat dengan Hamsyar. Gila ke apa, Hamsyar itu kan boyfriend I.”

“you nangis sebab itu?” nada perlahan.

“yelah. I sayang Hamsyar tau, u knew it,right?..”

Mata Armanda bergenang. “tapi itu cinta manusia..” dengan nada yang amat perlahan.

“pardon please? I tak dengar. What manusia?”

Armanda mengesat air matanya. “nothinglah dear. You salah dengar ni.”

“you cakap slow sangat. So macam mana Penang? Best?”

“Alhamdulillah okay.”

Armani terdiam seketika. “Armani?”

“err..haa, I’m here.”

“what’s wrong?”

“nothing. Eh,ingat next week nak pergi Penang but…”

“but?”

“cancel, cause ibu dengan ayah dah balik Brunei. Hamsyar ada test. Tinggal I sorang, tak akan nak pergi sorang-sorang kot..”

Armanda menarik nafas. “tak apa nanti dapat jumpa juga.”

“eh, but next two days Hamsyar pergi Penang tau.” Kata-kata Armani membuatkan dia tersentak.

“aa..dia buat apa?”

“pihak U ada bagi tugas apa entah. I tak dapat follow  cause ini under university but I had told him to meet you, jumpa Hamsyarkan macam jumpa I ..”hehe

Armanda serba salah. “if dia tak jumpa I pun tak apalah, dia datang sini pun ada tugas.”

“nope! I will make sure he meets you. Ok, I ada kerja nak buat, nite sis .”

Belum sempat Armanda meneruskan kata-kata Armani telah pun mematikan talian.

 

 

Advertisements

One thought on “Hidayah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s