Hidayah..

Bab 7

Hamsyar kemas memakai kemeja berserta tali leher. Kasutnya telah pun di sediakan oleh pembantu rumah. Kilat.

“Tengku Anisah, mungkin saya balik lewat.” Kasut di pakai. Tengku Anisah adalah bondanya tersayang, memang dia suka memanggil nama bondanya,katanya sedap. Biar orang kata kurang ajar tapi dia suka, bondanya juga tidak kisah.

“jam berapa?”

“hmm, esok atau lusa.”

“itu bukan balik lewat namanya Tengku Hamsyar itu, tak balik langsung.”

Dia memeluk bondanya. “Tengku Anisah,saya balik tapi lambat.”

“baiklah Tengku Hamsyar, nanti sampaikan salam pada Armanda dan Armani.”

“insyaALLAH.” Pipi bondanya di cium. Tengku Hamsyar anak keenam dari tujuh adik beradik. Dia seorang yang paling unik dalam keluarga. Tersangat manja dengan bondanya, tersangat merendah diri pada semua orang.

“Tengku Hamsyar bawa kereta yang mana satu?”

“hm, saya bawa Viva je.”

“kenapa tak mahu drive Perdana?”

“mahal sangatlah Tengku Anisah, saya takut jika terjadi apa-apa tak dapat nak bayar balik pada Tengku Harun.”

Bondanya hanya senyum.

_______________________________________________________

“sayang dekat mana?” Hamsyar memberhentikan kereta di hadapan kafe berhampiran blok baru Armani. Dia keluar dari kereta.

“you dah sampai? Just give me 5 minutes.”

“okay..”

Sepanjang hendak menunggu Armani banyak betul mata-mata memandangnya dan senyum. Rimas rasanya.

“Hamsyar !” jerit Armani ceria. “..sorry I’m late.”

“is okay dear..” Hamsyar membetulkan rambut depan Armani. “why you so serabut ni sayang?”

Armani mengeluarkan kotak dalam begnya. “serabut? Sangat ke?” soalnya serious dan memandang cermin kereta . Hamsyar mengangguk. “..hm, tapi you still love me,right?” hihi

Hamsyar ketawa. “of course lah dear, you are my sunshine.” Hamsyar suka Armani sebab Armani seorang yang kelakar dan baik hati. Bukan sebab dia cantik ke apa. Sifat keanak-anakkan Armani telah merantai hatinya.

“Hamsyar, nanti you bagi kotak ini dekat sis Armanda tau.”

“okay..”

“okay, I kene siap nak pergi kuliah ni.” kelam kabut.

Tercengang Hamsyar. “lah, you tak nak cakap apa-apa dekat I ke?”

Armani buat muka pelik. “hmm,cakap apa?..” lama dia berfikir. Hamsyar hanya senyum melihat telatah Armani yang sedang berfikir itu. “hah!.. I love you, take care.. hati-hati drive..” senyum.

Hamsyar hanya senyum. “love you too. Take care too. Anything just call me, and I will reach on the spot.”

“tipu je. Penang dengan Selangor ini jauh..”

Ketawa. “daa..”

______________________________________________________

Sampai sahaja Hamsyar di Penang terus dia ke tempat tugasannya untuk projek semesta akhirnya. Penting tu. Apabila selesai semua dia berhasrat untuk ke hotel untuk berehat, esok baru berjumpa dengan Armanda tetapi bila teringat kata-kata Armani…

“dear…kalau boleh you reach je Penang you terus jumpa sis Armanda tau.. kalau you tangguh means you betray our relationship.!”

Dia senyum sendirian. Penat. Kereta di arahkan ke USM.

****************************************

“weh, budak kampung.” Panggil Sally. Armanda hanya senyum. “..projek one-two itu kau buat dengan senior yang mana satu?”

Belum sempat Armanda buka mulut. “dia partner dengan aku.” Celah seorang lelaki bert-shirt putih belang biru dan berkopiah. Baru balik surau kot.

Terkejut Armanda. dia…

Rasa nak luruh je jantung ni. Huh,speechless. Armanda terus tunduk. Astarfiruallahalazim.

“bila pula dia jumpa dengan awak?” soal Sally tergagap.

Syawal menunjukkan surat pada Sally. “this letter Prof.Ibrahim gave me.”

Sally membaca surat itu dan tarik muka. Armanda hanya memandang. Bila masa pula ada surat segala ni. Apabila sel-sel otaknya bercantum baru dia ingat pagi-pagi tadi ada surat dari Prof tapi dia tak sempat nak baca. Aduh, gawat ni.

Telefon Armanda berbunyi.

Semua mata memandangnya. “minta diri.”

“Assalammualaikum, Hamsyar.”

“hm,waalaikumsalam, aku dekat U kau ni.. which one tempat kau?”

Rasa macam nak mati terkejut je. “Eh kau tunggu dekat depan KFC. Depan tau ! jangan masuk. Jap lagi aku datang.”

Talian putus. Pelik Hamsyar.

Laju langkah Armanda berjalan. Sebaik tiba sahaja di hadapan KFC rasa nak putus nyawanya. Penat.

Terkedu Hamsyar melihat Armanda. “is that really you?”

Armanda mengeluh kecil, dia lupa dia dah pakai tudung. “yes, I am.”

“apa kata kita masuk dulu dalam KFC ini, kau ni macam penat sangat sangat sangat .”

“is okay, tolong aku beli mineral and onn air-cond dalam kereta kau dah okay.”

Hamsyar menghidupkan ejin keretanya. Dia meninggalkan Armanda dalam kereta dan berjalan mencari mineral water.

“nah.” Hulur Hamsyar dari tingkap luar. Armanda pelik kenapa Hamsyar tak masuk dalam kereta tetapi dia lega juga Hamsyar buat macam itu. sebenarnya,Hamsyar masih tidak percaya itu Armanda. Totally different !

“kenapa nak jumpa?”

“your loving sister suruh. Dia kata kalau aku tak jumpa kau, aku di kira pengkhianat cinta.”

Armanda senyum. Sungguhlah,kehadiran Hamsyar macam kehadiran Armani. “dia ada bagi apa-apa tak?”

“oh ada.” Hamsyar masuk tempat duduk belakang mengambil kotak itu dan di hulur di cermin hadapan. “nah..”

Armanda senyum. “okaylah, aku tengok kau pun penat je. Biar aku balik dulu.”

“eh, tak.. jap..” Hamsyar ke tempat duduk pemandu. “biar aku hantar kau masuk balik.”

“eh, tak apa..”

“nope…”

Armanda hanya senyap. Setiba di tempat yang di kira dekat dengan asramanya Hamsyar berhenti. Armanda keluar dari kereta, Hamsyar pun turut keluar. Banyak sungguh mata-mata memandang termasuk Sally.

“take care.”

“kau pun..” jawab Armanda. Hamsyar masuk kembali dalam kereta dan berlalu pergi.

“Sally mamat dari negara mana tu, kacak gila.” Armanda terdengar kata-kata kawan Sally itu tetapi dia buat tidak endah.

“heh, budak kampung itu, bukan sebarang kampung.” Telahan kawannya lagi seorang.

Bab 8

Hamsyar terus rebah di atas katil sebaik sahaja masuk ke bilik hotel. Jam di dinding di lihat 7.30 malam. Kuatkan semangat Hamsyar. Tiang agama tu. Dia bangun dari pembaringannya semula dan mandi untuk bersolat jamak Maghrib dan Isyak. Selesai sahaja solat terus dia tak ingat apa-apa.

Tidak sampai dua jam tidur telefon Hamsyar berbunyi . Tangannya meraba-raba meja di sebelah katil.

“hmm..”

“Hamsyar.?” Suara lelaki. Hamsyar cuba buka mata walaupun perit. Skrin telefon di pandang. Siapa call?

Syawal.

“kenapa Wal?” lemah.

“kau duduk hotel mana?”

Terus tegak Hamsyar. “mana kau tahu aku dekat hotel.?” Curiga.

Syawal ketawa lucu. “bukan kau ke yang bagi message dekat aku pagi tadi kata nak pergi Penang?”

“ha..aku lupa.. aku dekat hotel yang dulu kita stay time kau first year dekat USM.”

“oh,okay jap lagi aku sampai.”

**********************************************

“lama tak jumpa kau.” Syawal berjabat tangan dengan Hamsyar.

“hm..” Hamsyar masih menguap.

“eh,tadi kau ada pergi USM ke?”

Mata di gosok. “ada,kenapa?” pintu bilik di tutup.

“jumpa siapa?”

Hamsyar memandang Syawal. “Armani punya kakak.”

“yang kembar tahun tu ke?”

“yup.”

“Safiyya?tak pernah nampak pun dekat USM.”

“hm,dia dah pakai tudung sekarang.”

Berseri muka Syawal. “really?”

“hmm,tapi orang panggil dia Armanda lah, rasanya tak pernah dengar panggil dia Safiyya, kecuali kau..” Hamsyar buat muka pelik. “..mana kau tahu aku pergi USM?”

“nampak,tapi tak sure nak tegur.”

“bertuah punya sepupu. Call lah kalau tak sure nak tegur.”

“kebetulan aku nak cepat tadi. Eh jap.. so nama kembar Armani, Safiyya Armanda Bt Zafrul?”

“hmm.” Hamsyar telah bangun dari kerusi untuk membuat air bagi tetamunya.

Syawal senyum lebar. Armanda. Nama dalam surat Prof.Ibrahim tadi pun sama.

“kau nak minum apa Wal?”

“eh,tak yah susah lah, tapi kalau boleh teh O  satu..” Syawal berjalan dalam bilik itu. “..Hamsyar,kenapa kau booked bilik yang dua katil single? Ada kawan kau lagi ke?”

Hamsyar datang dengan segelas mug. “hm,tak ada bilik kosong.  Nah”

“fuh,macam bagi aku tidur sini je. Thanks.” Syawal senyum penuh makna. “..esok cuti..”

“yelah,memang katil ini untuk kau pun.”ayat sarkastik. Telefon Hamsyar berbunyi. “..jap eh.”

“Hamsyar !” jerit suara di talian.

Hamsyar menjauhkan telefon dan menelan air liur. “eh, saya belum pekak lagi tahu.”

“sapa kata kau pekak.?” Ketawa.

Hamsyar merenung tingkap bilik hotel itu.“hmm,kenapa?”

“dear, dah jumpa sis Armanda?”

“dah.”

“how’s she? Good?”

“very good”

“sounds interesting, kenapa awak kata macam itu?”

“sebab dia dah pakai tudung.” Mendata.

“really?!!!” suara Armani menjerit lagi.

“awak janganlah jerit.” Syawal pula hanya mendengar sambil menyelak-nyelak majalah tahun bila entah.

“I’m so surprise. You tipu eh..”

“eh,selama hari ini saya ada tipu awak ke?”

“ceh,mana nak tahu kau ni bukan boleh percaya sangat. Eh you, bila balik sini?”

“esok petang.”

“kenapa tak balik pagi esok?”

“Syawal ada. Ingat nak jalan-jalan dengan dia.”

“what Syawal? Eh, before sis Armanda pergi Penang kan, dia ada buka satu profile facebook tau. Profile picture macam Syawal but nama nya Putera Jih.. ji apa entah.”

Hamsyar memandang Syawal. “Putera apa?”

“I’m not sure lah dear, time itu sis dah tutup laptop dia.”

“oh, esok ada kelas?”

“esok Sabtu lah dear.. I ingat nak tengok wayang tapi you pulak tak ada.”

“if I ada pun, I tak pergi tengok wayang.”

“lorhh, kenapa?”

“I ada test lah next week.”

“lupa. Okaylah you, bye. Selamat malam.”

“bye.”

Syawal memandang Hamsyar.

“apa pandang-pandang?” Hamsyar menuju ke katil sebelah Syawal.

“best ke in relationship with someone?”a.k.a couple.

Huh, “soalan apa kau tanya ni?”

“tak ada lah. Kau really sure ke nak kahwin dengan si Armani tu?”

Hamsyar ketawa. “kau ni kelakarlah. Macam pak cik-pak cik.” Selimut di tarik hingga ke dada.

“weh,jawab lah. Tak baik kau mainkan perasaan orang tahu.”

“sure lah. Aku dah mengantuk ni.” Mendata tanpa perasaan. Mata dah berat.

“relax lah, nak tanya lagi ni.”desak Syawal.

Hamsyar merengus perlahan. “hmm,tanyalah.” Mata di pejam. Lega.

“kau dengan dia dah lama kan kenal, kau tak rasa nanti kalau kahwin kau akan rasa bosan ke?”

Dia menoleh pada sepupunya itu. “kau nak cakap apa sebenarnya?” mata di pejam kembali dan….

“bagi aku kahwin lepas tu cinta , lagi sweet, yelah baru nak bercinta and semuanya dah halal dah, baru kenal, cinta pun kerana Allah., hmm, Hamsyar? Hamsyar? .”  Syawal senyum dan menggeleng. “tidur pula.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s