Hidayah…

Bab 9.

“pelik..pelik…pelik..” Pagi-pagi Sabtu lagi Armanda nak macam cacing kepanasan.

Athirah rakan sebiliknya pun naik pening. “kenapa ni Armanda?”

“Athirah,aku peliklah macam mana boleh partner projek one-two dengan senior Syawal, sedangkan hari itu Prof yang kata cari senior sendiri, tiba-tiba aku pula yang di carikan partner.”

“oh, Prof.Ibrahim ke?”

“haa.”

“Prof itu memang macam itu, senior yang dia pilih itu biasanya student kesayangan dia, but yang partner dengan junior itu biasanya dia pilih random je. Kebetulan lah kau dengan Syawal tu. Okay apa, aku dengar Syawal itu budak usrah, so tak ada lah gatal macam lelaki lain kot.”

Armanda memandang Athirah. “tapi selagi dia memiliki chromosome Y tu, still juga tak boleh percaya.”

Athirah ketawa. “kau ni macam anti-lelaki je.”

“mana ada.” Armanda membaca sekali lagi surat yang mengarahkannya untuk berkerjasama dengan pelajar yang bernama Syawal Khairullah B. Batrisyah pelajar tahun akhir dalam bidang itu.

“Armanda, aku dengar Sally buli kau ye ke?”

Armanda menyimpan kembali surat itu. “berani dia nak buli aku.”

“ceh,ayat kau… kau tak kenal lagi si Sally tu.”

Armanda mencebik. “macam mana semua kenal dia ya? Sedangkan dia pelajar sem satu sama je dengan junior lain, tapi dia lagi popular.”

Athirah buat muka. “kau ni ketinggalan sungguhlah, dia tu pelajar ulangan. Memang semua kenal dia.”

Armanda hanya senyap. “aku rasa mesti ada kebaikkan dalam diri dia yang kita tak nampak.”

“huh, apa kebaikkannya? Kalau dah hati busuk tu, busuk jugak!”

“tak baiklah Athirah..mesti ada punyalah kebaikkan.”

Athirah bangun menuju ke arah meja belajarnya. “kau buat lah research tentang kebaikkan dia. Dah dapat bagi tahu aku.”

Armanda hanya senyum.

__________________________________________________

Armanda tiba-tiba rasa kekok bila berdepan dengan Syawal. Sebelum ini pernah je jumpa, Hamsyar bawa pergi rumah dia kenapa dekat sini pula kekok. Si Hamsyar ini pagi-pagi dah call suruh turun kafe nak pergi outing. Buang tabiat pulak dia. Tak akan nak duduk dalam kereta itu dua lelaki seorang perempuan,sungguh tak masuk akal. Tak cukup ratio kot.

“cepatlah Armanda. Cepat pergi,cepat balik.” Kata Hamsyar.

Armanda serba salah. Syawal juga lihat ‘keserbesalahan’ si Armanda ni. “er..kalau tak pergi tak boleh ke?”

“laa, please lah Armanda your prettiest sister pagi-pagi call aku suruh bawa kau pergi makan laksa.” Rayu Hamsyar.

Sungguh, Armanda menyesal cakap dengan adiknya malam tadi yang dia teringin nak makan laksa. Adik kesayangan dia seorang ni lah, memang haru ! dengan kaki yang berat Armanda masuk di tempat belakang kereta. Huh.

Hamsyar senyum. Pagi-pagi belum Subuh lagi Armani call.

“dear,bawa my sis pergi makan laksa . Before you balik Selangor.”

“if she don’t want.”

“no ! by hook or by crook you kene bawa juga. Kesian tau dekat my sis, dia lonely dekat Penang tu, family jauh. Kebetulan you dah pergi sana, happy kan lah dia.”

“okay sayang..”

“eh, Armanda kau kenalkan dengan Syawal ni?” Hamsyar cuba memecahkan kesunyian.

“hm, kenal kot.”

“kau Syawal?” sheesh ! Hamsyar ni tak ada soalan lain ke.

“kenal.”mendata.

“ish,korang ni. Tak friendly langsung.” Rungut Hamsyar.

Selang 10 minit

“Safiyya?” panggil Syawal yang duduk di hadapan itu. Hamsyar hanya focus memandu.

Armanda tersentak. “kenapa?”mendata. pelik betul budak lelaki ni panggil aku Safiyya.

“dah dapat belum surat dari Prof?”

“sudah.”

“so,bila nak start.?”

“hm, depends on Syawal lah.”

“tomorrow?”

Hari Ahad . Ini nak buat assignment ke nak dating. “hm, not sure cause mungkin ada program.” Yes, ada usrah!

“program? I heard that usrah postpone tak jadi esok.” Jawab Syawal tenang.

Armanda ketap bibir, mana dia tahu aku join usrah ni. Ini usrah perempuan bukan lelaki. “mana tahu?”

“just heard. Sebab yang bawa usrah untuk perempuan itu isteri kepada yang bawa usrah untuk lelaki.”

So sweet! Suami isteri. “tengok lah.”

“anything just message lah.” Kata Syawal.

Nombor dia pun tak ada nak message dekat mana.

Hamsyar memberhentikan kereta. “okay,dah sampai. Makan sini eh.”

Semua hanya senyap dan mengangguk.

Sementara menunggu makanan untuk sampai Hamsyar dan Syawal rancak berbual manakala Armanda hanya sunyi seribu bahasa. Bosannya.

Tiba-tiba..

“Armanda, semalam Armani ada kata tentang facebook putera ji…”

Armanda telan air liur. Oh.no… please jangan buka cerita tu. Tuan empunya facebook ada dekat sini.

“…putera ji apa entah. Oh,kau crush dengan budak dekat facebook tu ya..” Hamsyar cuba menyakat.

Armanda sabar je kalau keluar dengan si Hamsyar ni, mesti nak mengenakan orang. “apa kau merepek ni?” jawab Armanda. huh,rupanya si Armani tu nampak.

Putera Jihad. Syawal hanya diam dan senyum dalam hati. Luaran muka serious.

“aleh, suka cakap suka. Nanti aku nak search siapa putera ji tu…” Hamsyar memegang dagunya tanda berfikir. “..hebat sampai boleh pikat si heartless Armanda ni.”

Armanda pandang Hamsyar tak puas hati. Kalau tak ada Syawallah ni, memang dia dah ketuk si Hamsyar ni. “suka hati kau lah Hamsyar..” nada mengalah.

Laksa dah sampai.

“cepat Syawal baca doa makan.” Arah Hamsyar.

Selesai membaca doa makan mereka pun makan tanpa berkata apa-apa. Nampak gayanya macam semua tengah tenggelam dengan fikiran sendiri. Syawal kadang-kadang mencuri pandang Armanda yang sedang khusyuk makan laksa dengan sopan. Manakala si Hamsyar makan, kejap balas message dekat handphone. Bila nak habis lah laksa tu.

 

Bab 10

Armani tengok kanan, tengok kiri. Aduh, tak ada jalan lain untuk dia mengelak dari jumpa senior kebayan tu. Macam mana boleh tersesat dekat bangunan kuliah ni.

“weh,Armani!” jerit senior kebayan.

Armani memberhentikan langkahnya dan memandang senior kebayan itu.

“macam mana kau boleh tukar blok?”

Fuh,nak jawab apa ni. “hm,dekat blok baru tu saya aras bawah. Doctor suruh saya jangan turun naik tangga.” Mana dapat idea tu.

“oh,aku bagi amaran ya, jangan nak berlagak dekat Uni ni, kau tu hanya junior. Tak sampai sebulan pun duduk sini.”

Armani hanya tunduk. Tak suka kena buli! “hmm..”

Heh, senior kebayan itu berlalu dengan melanggar bahu Armani dengan kasar sekali hingga dia hampir hendak jatuh.

Sebak. ‘main tolak-tolak pula, sakit tau…’ Armani mengusap bahunya. Air matanya bergenang, sudah…. Armani ni dahlah hati kuman. Cepat sensitive.

“Armani!” jerit Syafinaz.

Dia menarik nafas dan menoleh serta senyum.

“eh,petang ni saya nak join usrah dekat surau uni, nak ikut tak?”

Armani pelik. “us..us..rah?”

“ya,perbincangan agama. Nak ikut?”

Armani senyum lucu. “is okay, thanks lah ya ajak. Tak pergi kot”

Syafinaz hanya senyum. “okay.”

_____________________________________________________

Armani tekun menyiapkan tutorialnya. Syafinaz sudah keluar pergi perjumpaan dekat surau uni. Dia seorang yang sangat baik! Hari-hari baca Al-Quran tak pernah tinggal sebelum pergi kuliah. Ada juga banyak kali dia ajak Armani untuk berjemaah di surau uni tapi Armani tolak. Segan. Armani tak pakai tudung so dia segan nak ke surau. Rasa tak bersedia lagi.

Tiba-tiba,Armani menutup buku-bukunya.

‘kenapa rasa something yang hilang ya?’

Telefon bimbitnya di belek. Nak contact Hamsyar dia tahu pacarnya itu mesti tengah drive nak balik Selangor. Nak contact kakaknya,mesti kakaknya akan kata ‘later I call you back’… Armani, bangun dari kerusi belajarnya dan duduk di katil. Bilik itu di teliti. Kenapa rasa macam tak ada makna ya dalam hidup? Armani melelapkan matanya dan baring.

‘kosong…’ hatinya di pegang.

Teringat perbualannya dengan Hamsyar.

“dear, dah jumpa sis Armanda?”

“dah.”

“how’s she? Good?”

“very good”

“sounds interesting, kenapa awak kata macam itu?”

“sebab dia dah pakai tudung.”

Armani berfikir apa yang membuatkan Armanda pakai tudung ya? Kalau telefon kakaknya itu pun,gaya bahasa yang di gunakan lembut dan ke arah yang sopan sedikit. Taufan apa yang melanda Penang?

Dia terfikir lagi, sejak kakaknya di Penang apa yang di cerita tentang Hamsyar mesti kakaknya itu tukar topik. Dia tak suka Hamsyar ke? Marah dengan Hamsyar ke? Hamsyar buat apa dekat kakak?

Fikir…fikir…dan fikir….

Kenapa tiba-tiba tergerak hati nak berfikir ni…

Suatu sudut di surau USM…..

“..Ya Allah berilah petunjuk dan hidayah-MU pada adikku, Sofiyya Armani…”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s