hidayah..

BAB 11

Selesai bersolat Armanda dan Athirah ke kafe untuk membeli makanan. Armanda mengambil keputusan untuk menelefon Prof Ibrahim. Selesai bercakap dengan Prof Ibrahim akan apa yang hendak di tanya dia senyum.

“yes! Alhamdulillah !” ceria wajah Armanda.

Athirah yang baru selesai membeli makanan duduk di hadapan rakan biliknya itu. “happy?”

“tadi call Prof Ibrahim kata boleh tak tambah lagi seorang untuk projek one-two tu, tahu tak Prof kata ‘okay’..”

Athirah senyum. “baguslah, layan pula ya Prof kalau hari Ahad macam ni student call.”

“Prof tu baiklah.”

“so, siapa yang ‘seorang’ tu?”

Armanda menghirup sekejap airnya itu. “haa, Sally.”

“what sally?!!! gila ke apa?!”

Armanda buat muka bersalah. “kenapa tak boleh? Kesian tak ada senior pun nak partner dengan dia.”

Athirah merengus. “haishh…eyy, tak tahulah nak cakap macam mana.”kepala di geleng-geleng. “Syawal nak tak partner dengan dia?”

Hehe. “tak tahu.” Bahu di jungkit.

“nak tahu tak, dulu Sally tu pernah buat adik perempuan Syawal hampir bunuh diri..” tegak Armanda dengar. “…Syawal dengan Sally itu satu kampung.”

“dia buat apa sampai adik Syawal nak bunuh diri?”

“bulilah. Kalau buli suruh buat ini buat itu tahan sikit kot, ini sampai buli perasaan jiwa itu, siapa boleh tahan. Lagi-lagi duduk asrama 24jam jumpa.”

Armanda diam dan berfikir. “habis macam mana ni, kesian tau, tak ada orang partner dengan dia.” Patutlah hari waktu Sally tanya dia partner dengan siapa tiba-tiba Syawal menjawab. Ada kisah sebenarnya tapi tak percayalah Sally sekejam itu.

Athirah hanya mengangkat bahu dan makan.

__________________________________________________

“macam mana boleh dapat partner dengan Syawal?” soal kawan Sally.

Sally buat muka meluatnya. “well, dia kan takut dengan aku so,dia buatlah macam mana sekali pun untuk aku ada partner.”

“serious.? Kecut juga ya dia tu.”

Armanda di balik dinding terkejut. Rasa diri ini di permainkan. Hari itu Sally yang datang merayu-rayu dekat dia,tiba-tiba kutuk dia macam ini pula. Huh, budak ni. Armanda terus berlalu dari situ. Dengan hati yang panas dia berlalu dan hampir terlanggar….

“sssorry makcik..” Ya Allah.. “..saya tak sengaja.”

Mak cik itu senyum. “tak apa. Mak cik ok sahaja.”

“mama.” Suara seorang lelaki di belakang. Armanda dan Mak cik itu menoleh pada empunya suara.

Lelaki itu bersalam dengan mak cik itu dan memeluk mak cik itu. Armanda hanya melihat sahaja adegan itu.

“eh, Safiyya?” tegur lelaki itu.

Tergagap. “aa..” macam mana ada dekat sini.

“dia tak sengaja terlanggar mama tadi, mama pun cuai sangat.”

Jantung rasa macam nak pecah je berdegup. “mak cik sorry tentang tadi.”

“tak apalah nak..haa, kebetulan dekat dengan kafe ni, apa kata kita makan dulu. Nampak gaya Syawal pun macam kenal kamu sahaja.”

Armanda hanya mengangguk dan menurut untuk ke kafe. Segan !

“ni Safiyya, kakak pada Armani yang kawan dengan Hamsyar itu.” terang Syawal.

Mak cik itu hanya mengangguk. “oh…” tiba-tiba ketawa kecil. “..kalau Syawal berkawan dengan kakak Armani pun tak kisah kan..”ayu budaknya.

Armanda dah merah muka. Malu.

“mama ni…” Syawal segan. “..mama datang dengan siapa?” tukar topik.

“papa kamu ada meeting dekat Balik Pulau, so mama singgah sini.”

Syawal hanya mengangguk.

Armanda dah kaku. “err..maaf nama mak cik apa ya?”

“oh, Tengku Zainab.”

Armanda buat muka pelik. “er..kenapa Syawal tak ada Tengku depan nama dia macam Hamsyar?”

Eh.eh. nak ambil tahu pula. “ayah saya tiada gelaran Tengku dekat depan, so dalam sibling yang ada tengku anak perempuan sahaja.”

“ohh..” Armanda malas hendak bertanya lebih lanjut lagi.

 

BAB 12

‘bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku di utus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok2 dan bergelak ketawa’

Armani terkedu mendapat message daripada Hamsyar. Kebetulan ketika itu dia tengah bergelak ketawa tengok drama korea Lee Min Ho berlakon. Huh. SMS itu tidak di balas. Laptop di hadapannya di tutup. Dia merengus. Kenapa semua orang dah berubah ni?

“aik,kenapa tiba-tiba stop?” soal Syafinaz. Dari tadi seronok dia tengok Armani ketawa terbahak-bahak, tiba-tiba baca message dekat telefon bimbit terus senyap.

“tak ada mood dah.”

Syafinaz senyum. “drastik sangat. Tiba-tiba je kenapa? Tadi happy je?”

Armani diam dan menuju ke katilnya. Dia duduk menghadap sahabatnya itu yang sedari tadi belajar di atas katil. “Syafinaz,awak nak tanya apa-apa dekat saya tak?”

Syafinaz pelik. “tanya apa?”

“awak tak rasa pelik ke kawan dengan saya?”bantal hello kittynya di peluk.

“tak pun..” Senyum.

“first impression awak tentang saya? Please jujur.”makin erat bantal itu di peluk.

Syafinaz menarik nafas. “ mula-mula tu, saya takut juga nak berkawan dengan awak sebab dress up awak menampakkan awak ni dari background family yang berada, kecantikkan awak pula membuatkan yang saya tak mungkin dapat kawan dengan awak, then, cara awak speaking dengan budak-budak lain, jelas  yang saya langsung tak akan dapat sekepala dengan awak.”

“macam mana awak berani nak tegur saya waktu tutor English tu?”

“oh.. tu saya kuatkan semangat je cakap dengan awak sebab yang lain semua dah ada kumpulan.”

“ohhh”  Armani mengangguk-angguk.

“then, lepas kawan baru saya tahu awak ni low profile je and manja.”

Armani buat muka pelik. “manja?”

Syafinaz ketawa. “time saya teman awak petang tu nak jumpa Tengku tukar bilik. Manja gila awak dengan dia.”

Pecah ketawa Armani. Malu aku di perhatikan rupanya! “shhtt.. tak ada lah manja, tu memang dari dalaman punya perangai.” Tiba-tiba dia teringat message tadi. Terus senyap. “..awak tahu tak,saya ada kakak kembar tapi tak seiraslah, kitaorang kembar tahun, dia bulan satu saya bulan dua belas. Perangai dia dengan saya memang macam langit dan bumilah. Walauapapun saya sayang sangat dengan dia. Yang merungsingkan saya sekarang dia dah berubah tau, dan perubahan dia menyeksa saya sangat-sangat !”

Syafinaz yang sedari tadi tekun mendengar memberi respond. “perubahan yang macam mana?”

“entah, hari itu Hamsyar ada jumpa dia dekat Penang, dia kata kakak saya dah pakai tudung, then bila saya call dia pun cara dia cakap macam dah sopan sangat tak banyak ketawa macam selalu, kalau saya cerita pasal Hamsyar mesti dia tukar topik. Hipokrit tak tu? Itu bukan perangai dia yang sebenar.” Huh,terluah juga rasa ni.

Syafinaz seakan tersentak. “Armani, kalau kita berubah kearah kebaikkan itu adalah baik sangat-sangat, kita bukan hipokrik tetapi kita berubah, dua perkataan itu sangat berbeza. Hipokrik berpura-pura. Berubah pula dia nak kekal macam itu tulus ikhlas dalam hati dia. Awak tak boleh lah nak marah atau apa sebab mungkin dia dah dapat hidayah. Awak kene bersyukur itu.”

“macam mana dia boleh dapat hidayah. Saya tak pun.”

Telefon Syafinaz berbunyi. Sebelum bangun dan menjawab panggilan itu Syazfinaz sempat mengatakan “hidayah itu kene cari. Minta diri.”

Armani duduk di situ keseorangan. Kena cari? Dia mengeluh perlahan.

_____________________________________________

“Safiyya Armani.” Panggil suara yang berdiri di meja hadapannya di perpustakaan.

Armani hanya diam seakan tidak mendengar. Tangan masih lagi menulis kerja-kerja tutornya.

Tengku Hamsyar geram dan menarik kerusi duduk dihadapan Armani. “kenapa diam?” nada perlahan. Nanti bising-bising kena halau pula. “..dear, I nak ambil test kejap lagi. Tak ada kata-kata semangat ke?”

Diam. Mata masih lagi dalam pembacaan.

Hamsyar menarik nafas. “say something,please? Lama tak dengar suara you…” pujuknya lagi.

Telefon dalam poket di bawa keluar. Dia mencari sesuatu dan di tunjukkan pada Hamsyar.

Hamsyar membaca kandungan message itu. “oh, ni… alah malam tadi I bagi message ni sebab Syawal bagi , I bagi lah you pulak. Ilmukan tak baik di simpan sorang-sorang.”

“I terasa.”

Hamsyar ketawa dalam nada terkawal. “why? Time tu you tengah ketawa eh?”

Jelingan maut. “diamlah.”

“lagipun asyik message benda yang sama je message, tengah buat apa? Dah makan? Rindu I tak? Sayang I tak? Cinta I tak? So, I try lah message lain dari yang lain malam tadi.”

“oh..” belum sempat Armani berkat-kata…..

“hai  Tengku…” sapa seorang perempuan dan di percayai lebih tua dari Armani dan mungkin sebaya Hamsyar.

Hamsyar senyum. “eh, Sara. Kenapa?”

Perempuan yang berambut panjang hingga ke pinggang, sedang memeluk beberapa buku menjawab. “saja tegur. Awak free tak sekarang? Dah lama kita tak pergi minum sama-sama.”

“oh, sorry my dear Sara, saya ada test kejap lagi.”

Armani terkejut. Sedap je Hamsyar ni bercakap ‘dear Sara’ sayang Sara ke rusa Sara? Huh, oh, rupa-rupanya dekat U macam ni perangai dia. Lelaki…lelaki..

“oh,really. Ok, saya pergi dulu.. daa..”

Hamsyar hanya senyum dan kembali memandang Armani yang sedang menulis menulis tu. “nak pergi makan tak?” ajak Hamsyar.

“bukan you ada test ke kejap lagi.” Nada mendata. Mata masih di buku. Geram dengan kelakuan Hamsyar tadi.

Hamsyar menarik pen Armani. “lagi 2 jam setengah baru test. Ada masa lagi. Dah jom.”

“tak nak.”

“ohh, jealouslah tu.”

“siapa jealous?” mata mereka bertentangan. Lama.

Tiba-tiba… “I tak sabarlah nak kahwin dengan you.” Nada perlahan dan lembut.

Mata Armani jadi serba-salah. Buat pertama kalinya Hamsyar mengutarakan AYAT itu.

PERTAMA KALINYA.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s