hidayah..

BAB 13

“pasti nak dia join?” soal Syawal tegas.

Armanda tunduk dan mengangguk. “pasti.”

Syawal meraup mukanya “hm ok ,so esok kita bertiga akan mulakan projek ini.” Dia bangun dan terus berlalu pergi. Nanti lama-lama berduaan dengan Armanda ni lain pula jadinya. Nanti kena fitnah pula.

Armanda menarik nafas . ‘Macam tak suka je si Syawal ni berkerjasama dengan Sally.’ Apa-apapun, semuanya sudah selesai setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Armanda bangun untuk menuju ke pondok bersebelahan dengan masjid kerana ada perjumpaan dengan rakan-rakan usrahnya.

Setibanya di pondok itu, Armanda senyum. Ada dua orang sahabat sahaja. Mungkin yang lain tidak habis kelas lagi.

“Assalammualaikum.” Armanda dan rakan-rakan lain senyum serta bersalaman.

“waalaikumsalam. Tepat Armanda datang. kami baru nak selesikan satu persoalan.”

Armanda senyum. “oh ya.. jom mula.”

“kenapa kita mesti ada satu perasaan dekat lelaki?” soal Anntasya. Armanda yang baru hendak keluarkan buku nota usrah terhenti. “..ana nak tahu. Kadang ana rasa terseksa sangat dengan rasa ni. kadang ana rasa macam….” Sebak. “..ana tak tahu nak kata macam mana.”

Dengan tenang kak Fazira menjawab persoalan Anntasya itu. “perasaan cinta itu fitrah jangan sampai kita jadikannya fitnah. Tahu tak kadang Allah beri kita dugaan dengan perasaan suka atau cinta pada manusia. Allah nak uji kita sama ada cinta kita ini pada DIA atau si dia yang lebih mendalam.”

“..tapi kak.. kenapa sampai terkadang itu ana menangis sebab nak buang rasa suka itu.”

Kak Fazira tersenyum. “dik, kita kena tegas dengan diri kita. Kalau kita layan sahaja perasaan kita ni memang terseksa . doalah, kalau betul dia jodoh kita semoga Allah menjaga hati kita dan dia.”

Armanda hanya mendengar  perbualan itu dan kadang senyum membalas senyuman kak Fazira dan Anntasya sedang jauh di kotak fikirannya berfikir.

“Armanda nak tanya apa-apa?” lembut kak Fazira bertanya.

Senyum. “tak ada.”

 

BAB 14

Cinta itu subjektif.  Cinta dan sayang dua benda yang berbeza. Cinta ini kita sanggup buat apa sahaja. Hamsyar tekun menonton video dalam youtube mengenai surat cinta. Pada mulanya tidak berkenan dia hendak meluangkan masa menonton video itu tambahan dalam bahasa Indonesia, tapi apabila cara Syawal mempromote video itu membuatkan dia tertarik.

“ya tuan-puan sekalian, pernah tidak mendapat surat cinta? Apa ya rasanya bila dapat surat cinta itu. ayuh kongsi abang di sudut sana…” suara fasi dalam video itu memecah kesunyian bilik Hamsyar.

Fasi itu mendekati seorang lelaki. “apa perasaan kamu tatkala mendapat surat cinta?.”

“ya..sudah tentunya bahagia.”

“kenapa bahagia?” soal si fasi itu lagi.

Ketawa. “siapa enggak bahagia dapat surat dari orang yang kita cintai.”

“siapa ya orang yang di cintai?”

“tentunya teman wanita.”

Si fasi tersenyum dan melangkah ke bahagian perempuan “dapat surat cinta dari teman wanita buat kita bahagia ya… apa pula pendapat adik ayu ini?”

“normal ya, seorang manusia itu bahagia mendapat surat cinta.”

“memang normal, tapi dari siapa? Dari ibu bapa, jika di kirim surat tidak dapat memberi wang saku bulan ini, adakah itu bahagia?”

Ketawa memecah studio. Hamsyar hanya senyum.

“abang, berapa kali di baca surat cinta itu?” fasi itu meneruskan lagi persoalan.

“sekali udah.” Senyum.

“maksudnya dalam sehari sekali?”

“iya..”

“adik, kamu pula? Berapa kali?”

“berkali-kali.”

“wah, setiap masa ya membacanya.”

Senyum.

“para penonton sekalian, apa ya yang hendak di sampaikan. Kok dari tadi cerita nya tentang surat cinta. Apa itu surat cinta sebenarnya? Ayuh kita saksikan.”

Tersentap Hamsyar apabila video itu memaparkan ayat Al-Quran dan membacanya. Sungguh hatinya rasa di ketuk. Sungguh merdu ayat Al-Quran yang dibaca itu.

“wahai para penonton sekalian tahukah kita bahawa Al-Quran itu surat cinta dari Allah untuk kita… berapa kali kita membaca surat cinta itu…. ya, mungkin benar dalam setiap rumah orang muslim pasti ada sebuah Al-Quran, tidak kira muslim itu menutup aurat atau enggak pasti ada satu. Al-Quran itu di letak di tempat yang tinggi dalam rumah itu. jika jatuh dia ambil, di cium, dan di letakkan semula di tempat tinggi. Kita lupa…. Kita tidak membaca Al-Quran itu. itu surat cinta dari Allah untuk kita tuan-tuan, puan-puan…. Cuba lihat balik, sudah berapa lama kita meninggalkannya, kita boleh membaca surat cinta dari manusia berulang kali, tapi kita payah untuk membaca surat cinta dari Yang Maha Satu itu, sedangkan yang memberi nikmat itu DIA, tuhan kita. …”

Telefon bimbit Hamsyar berbunyi.

“Assalammualaikum..” suara Syawal kedengaran.

Pantas tangan Hamsyar mematikan video itu. “waalaikumsalam.” Ada kelainan dalam suara itu.

“buat apa?”

“baru lepas revision, aku ada test.”

“oh, dah tengok video yang aku bagi tu?”

“video?” saja dia berpura-pura. “..kalau free aku tengoklah.” Tipu Hamsyar.

Syawal diam seketika. “suka hatilah..”

Diam.

“kenapa call?”

“oh, aku nak ajak kau pergi kursus kahwin.”

Tercengang Hamsyar. “weh, aku belum lagi nak kahwin kot..” huh..

“jom lah. Ini lain dari lain tau..”

“suspend nya bunyi kau. Tak yah nak buat benda pelik lah kan. Kau nak kahwin dah ke? “

Syawal menarik nafas. “tak adalah. Mula-mula ada ceramah Baitul Muslim, then lepas tu kita pergilah kursus tu. Nanti tak yah dok fikir dah..”

Hamsyar menggaru kepala. Tak pernah dia terfikir. “bila?”

“lagi 2 bulan. Lepas final.”

“lambat lagi.”

“tak lambat mana lah. Pejam celik dah dua bulan. Aku beritahu awal agar kau get ready dan mem-free kan diri kau time tu..”

“ok-ok..”

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s